CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2209|Reply: 0

Nicol calon pilihan utama

[Copy link]
Post time 18-3-2015 10:56 AM | Show all posts |Read mode


RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David antara calon pilihan berpeluang memenangi Anugerah Atlet Terbaik SAM-100Plus 2014 buat kali kedua yang bakal diumumkan di Petaling Jaya, hari ini.
       
        Pemain kelahiran Pulau Pinang itu pernah merangkulnya pada edisi 2005 tetapi akan diberi saingan sengit atlet bina badan negara, Sazali Samad yang segar memenangi gelaran ke-10  Mr Universe.
       
        Namun, berbekalkan status juara Terbuka British dan Hong Kong serta pingat emas Sukan Asia 2014 kelebihan dijangka menjadi miliknya yang bakal disaingi tiga lagi calon, Zaqhwan Zaidi (pelumba motosikal), Lim Chee Wei (kata lelaki) dan Mohd Hafifi Mansor (angkat berat).
       
        Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyampaikan anugerah kepada pemenang.
       
        Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa berkata, banyak faktor diambil kira bagi pemilihan atlet tahun ini.
       
        "Seperti edisi sebelum ini, ia jadi sukar untuk menyenarai pendek calon penama. Banyak faktor diambil kira untuk memilih atlet ini.
       
        “Tetapi kini terpulang kepada ahli SAM untuk memilih calon menghasilkan impak terbesar dalam sukan Malaysia sepanjang tahun lalu," katanya.
sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.079597 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list