CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1672|Reply: 0

Tonik menjelang Terbuka Malaysia

[Copy link]
Post time 18-3-2015 10:59 AM | Show all posts |Read mode

V Shem (kanan) optimis beraksi cemerlang di Terbuka Malaysia, akhir bulan ini.                                                                                                                                   

BEREGU
lelaki negara, Goh V Shem optimis prestasi cemerlang dipamerkan pada Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Switzerland 2015, Ahad lalu menjadi tonik terbaik mereka terus menunjukkan kemampuan lebih baik.
       
        Walaupun impian mereka untuk menjuarai kejohanan tidak kesampaian apabila tewas kepada beregu China, Cai Yun-Lu Kai 19-21, 21-14, 17-21, namun peningkatan prestasi ditunjukkan memberi petanda positif kepada beregu di ranking 56 dunia itu.
       
        "Secara keseluruhan kami menunjukkan peningkatan mara ke final selepas tersingkir awal Seluruh England awal bulan ini.
       
        “Pencapaian ke final sudah cukup baik kerana saya baru pulih daripada kecederaan lutut kiri. Saya juga sudah mendapat semula rentak permainan.
       
        "Jadi, kemajuan ini beri motivasi besar kepada kami, malah juga menunjukkan kami kini kembali di landasan yang betul," katanya.
       
        V Shem juga mengakui prestasi itu memberi mereka keyakinan baharu untuk berdepan kejohanan selepas ini.
       
        “Perlawanan di sana memberikan kami satu harapan baharu dan saya tidak sabar untuk terus meraih keputusan yang lebih baik bersama Wee Kiong," katanya.
       
        Menjelang Terbuka Malaysia bermula 31 Mac hingga 5 April depan, V Shem mengakui, mereka bakal berdepan laluan getir apabila diundi menentang pilihan keenam dari China, Chai Biao-Hong Wei pada pusingan pertama.
       
        “Undian Terbuka Malaysia memang susah tetapi tidak bermaksud kami tidak boleh melakukannya. Kami akan membuat persiapan yang baik dan memastikan kejayaan menjadi milik kami," katanya.

sumber:sinar harian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.347771 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list