CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1333|Reply: 0

Piala Sudirman: Malaysia berdepan laluan getir

[Copy link]
Post time 18-3-2015 11:00 AM | Show all posts |Read mode
SKUAD badminton negara bakal berdepan saingan sengit menjelang pusingan awal Kejohanan Badminton BWF Piala Sudirman yang dijadualkan  berlangsung dari 10 hingga 17 Mei di Dongguan, China.
       
        Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman web rasminya, www.bwfbadminton.org, Malaysia diundi bersama juara tiga kali Korea Selatan dan India dalam Kumpulan 1D pada majlis pengundian yang berlangsung pada Isnin.
       
        Pencapaian terbaik skuad badminton negara dalam kejohanan dwitahunan itu ialah melangkah ke separuh akhir dan berkongsi tempat ketiga bersama Indonesia pada edisi 2009 di Guangzhou, China.
       
        Kejohanan berpasukan campuran itu melibatkan 35 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan 12 pasukan ranking terbaik diletakkan dalam Kumpulan 1, yang dibahagikan pula kepada empat kumpulan kecil.
       
        Sebanyak 12 pasukan ranking terbaik akan bersaing merebut trofi kejohanan manakala pasukan dalam Kumpulan 2, 3 dan 4 akan bertanding untuk memperbaiki ranking masing-masing.
       
        Penyandang juara China dijangka berhadapan laluan mudah apabila diundi bersama Jerman dan Thailand dalam Kumpulan 1A.
       
        Sementara juara Piala Thomas tahun lalu, Jepun diundi bersama Taiwan dan Amerika Syarikat dalam Kumpulan 1B manakala Denmark, Indonesia dan England dalam Kumpulan 1C.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.316306 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list