CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1646|Reply: 0

Terbuka Malaysia hilang seri tanpa Chong Wei

[Copy link]
Post time 18-3-2015 11:15 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Norza ketika ditemubual oleh wartawan Sinar Harian. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO                                                                                                                                   

KEJOHANAN
Terbuka Malaysia 2015, bermula 31 Mac ini, mungkin hilang seri dan kemeriahannya tanpa kelibat Datuk Lee Chong Wei yang masih menjalani penggantungan sementara atas kesalahan doping.
       
        Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, Chong Wei merupakan lagenda kejohanan itu selepas mengungguli kedudukan juara sebanyak 10 kali.
       
        "Sebagai penganjur, kita akan mencari jalan dan berharap ini adalah peluang kepada pelapis untuk mencuri tumpuan dan meneruskan kesinambungan Chong Wei  pada kejohanan Terbuka Malaysia ini.
       
        "Mungkin sama ada daripada pemain perseorangan mahupun beregu kita harap mereka mampu mencuri tumpuan seperti mana Chong Wei," katanya kepada  pemberita selepas majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 PLUS 2014, di sini hari ini.
       
        Kejohanan Terbuka Malaysia 2015 akan berlangsung pada 31 Mac hingga 5 April di Stadium Putra Bukit Jalil.
       
        Dalam pada itu, melihat kepada prestasi pasangan beregu negara Goh V Shem dan Tan Wee Keong pada edisi lepas dan beberapa kejohanan lain, Mohamad Norza  berkata, beregu negara itu mampu menyerlah dan kemungkinan mencipta sesuatu pada edisi kali ini.   
       
        Chong Wei digantung oleh Persekutuan Badminton  Dunia (BWF) selepas didapati positif dadah larangan dexamethasone semasa ujian rambang pada Kejohanan  Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.
       
        BWF menetapkan 11 April ini untuk mendengar kes doping jaguh badminton negara itu di Amsterdam.   
       
        Sementara itu, mengulas mengenai persiapan pendengaran kes doping Chong Wei, Mohamad Norza berkata: "Kita semua sedia untuk 11 April. Saya dah beritahu Chong Wei dan peguam supaya lebih fokus kepada proses pendengaran ini. Dan kita berharap yang terbaik." - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059931 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list