CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1729|Reply: 0

Tok Gajah rebah di kuantan

[Copy link]
Post time 19-3-2015 11:05 AM | Show all posts |Read mode














PAHANG gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada kelab dari Hong Kong, South China pada aksi Kumpulan G saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Tok Gajah bagaimanapun kekal di tangga kedua dengan empat mata, satu mata di hadapan pasukan dari Myanmar, Yadarnabon FC yang menewaskan Global FC dalam satu lagi aksi Kumpulan G semalam.
Ketiadaan tonggak serangan, Dickson Nwakaeme, Matias Conti dan Fauzi Roslan jelas dirasai apabila barisan serangan Pahang yang diketuai Mohd. Rizua Shafiqi Kamaruzaman dan Azidan Sarudin gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan untuk menghasilkan jaringan.
Sebaliknya, South China yang hanya sekali-sekala melancarkan serangan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi rembatan Chan Siu Ki dari luar kotak penalti yang mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Mohd. Khairul Azhan Khalid.
R. Gopinathan yang kerap kali berjaya mengatasi pemain pertahanan South China menerusi larian kencang dan kawalan bola yang baik, namun tidak cukup untuk menewaskan penjaga gol lawan, Mora Medrano.
Memasuki minit ke-63, pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan memasukkan pemain muda yang juga penjaring terbanyak Piala Presiden setakat ini, Mohd. Faizal Abdul Rani menggantikan R. Surendran.
Sementara itu, di Stadium Shah Alam, Terengganu melangkah ke suku akhir Piala FA dengan bergaya apabila mempamerkan kebangkitan lewat dengan menewaskan Selangor 3-1 selepas masa tambahan apabila kedua-dua terikat 1-1 malam tadi.
Skuad Gergasi Merah yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Sarawak 2-0 dalam aksi Liga Super di laman sama minggu lalu, memperoleh gol pertama menerusi De Paula pada minit ke-21.
Pasukan bimbingan Abdul Rahman Ibrahim cuba mengasak benteng pertahanan Selangor tetapi tiada sebarang percubaan tepat berjaya dihasilkan.
Saat yang dinanti-nanti Terengganu akhirnya tiba apabila pemain pertahanan skuad Penyu, Vincent Bikana menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89.
Beraksi dalam masa tambahan, pemain pertahanan import Selangor, Robert Cornthwaite gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-104.
Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic terdesak mencari gol penyamaan akhir dihukum oleh pasukan pelawat apabila Zairo Anuar Zalani meledak gol ketiga Terengganu pada minit ke-120.
Skuad Penyu bakal menentang Perak pada aksi suku akhir Piala FA, April depan.
sumber:kosmo online





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064562 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list