CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1537|Reply: 0

Sime Darby enggan dabik dada

[Copy link]
Post time 19-3-2015 11:09 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Sime Darby, Dilshod Sharofetdinov (kanan) menjaringkan satu gol ketika membantu The Giant Killer  menewaskan PDRM 4-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

MESKIPUN mencatatkan kemenangan selesa 4-2 dalam pertemuan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM), jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria menegaskan, masih ba­nyak ruang dan kelemahan yang harus diperbaiki oleh pasukannya dalam misi menjulang Piala FA.
Menurut Ismail, kealpaan benteng perta­ha­nan yang melepaskan gol se­awal minit pertama menunjukkan kelemahan benteng pertahanan yang mudah memberi peluang kepada lawan untuk menjaringkan gol.

“Kami mempunyai masa rehat tiga minggu untuk membaiki ruang-ruang kesilapan, terutamanya di bahagian pertahanan. Saya nampak banyak ruang lagi yang harus diperbaiki lagi, terutamanya bahagian serangan yang banyak mensia-siakan peluang terhidang.
“Secara ke­seluruhan nampak baik, cuma pasukan lawan mengambil ke­sempatan tetapi semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain-pemain harus dipuji untuk menghadiahkan kemenangan kepada Sime Darby.

Mengulas persiapan menentang Kelantan pada saingan suku akhir nanti, Ismail akan menilai dengan lebih mendalam dari aspek teknikal lawan.
“Saya ambil pandangan dari perlawanan ke perlawanan. Saya akan lihat laporan kerana kebanyaka­n pemain saya berada pada tahap sederhana.
“Jadi, saya perlu buat analisis. Kita tahu kehebatan penyerang lawan dan kita perlu lebih berhati-hati dalam perlawanan akan datang,” ujarnya.
Walaupun kesemua gol dijaringkan oleh pemain import The Giant Killer, namun Ismail tidak menolak kemungkinan akan menggantikan dengan pe­­main import baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang akan dibuka pada 1 April depan.

Sebelum ini, Ismail secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati terhadap persembahan empat pemain importnya, Dilshod Sharofetdinov, Ivan Dra­gicevic, Marko Perovic dan Nemanja Vidakovic yang masih gagal beraksi pada tahap sebenar.
“Itu saya akan fikirkan. Kalau ada yang terbaik lagi, mana tahu. Saya nampak di bahagian depan masih perlu ditajamkan lagi. Mungkin saya kena cari seorang penyerang baharu,” katanya.

sumber:kosmo online





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.169835 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list