CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6355|Reply: 20

Asal Usul Parit Jawa, Johor

[Copy link]
Post time 19-3-2015 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by the_killer at 19-3-2015 11:55 AM

@peYno
PARIT Jawa, Muar  yang cukup sinonim dengan keenakan asam pedas menyimpan  satu sejarah yang tidak diketahui ramai.

Parit Jawa sebenarnya tempat yang menyaksikan banyak kematian orang Melayu akibat kekejaman Komunis di negeri ini selain yang berlaku di Parit Sulong, Semerah, Senggarang dan Rengit.

Peristiwa itu berlaku ketika era  penjajahan komunis di Tanah Melayu sekitar tahun 1941 hingga 1945.

Kebangkitan orang Melayu yang diketuai Kiyai Salleh dengan melakukan serang balas akhirnya berjaya menewaskan komunis dan mengusir mereka dari Parit Jawa.


Dibuka oleh Jabar Matinadja

Sejarah Parit Jawa diceritakan oleh bekas  Pengerusi Kaji Sejarah Daerah Muar, Khamis Junid juga merupakan satu-satunya generasi lama yang   mengetahui  banyak sejarah  tentang satu-satu tempat di daerah ini.

Khamis berkata, nama  asal  Parit Jawa ialah Kampung Baharu dibuka pada tahun 1855 oleh seorang perantau bernama Jabar Matinadjati dari Kampung Malini Jati, Tanah Jawa Indonesia.

Menurutnya, Jabar berhijrah ke Tanah Melayu bersama satu rombongan terdiri daripada 39 orang dengan menaiki kapal termasuk lima rakan karibnya iaitu Amir Seri Wongso, Syed Demak, Ngarib, Shamsuri Singokarto dan Samad.

“Semasa tiba di kuala Sungai Muar, Jabar menyusuri sepanjang kuala sungai dan melihat di Parit Sakai (yang dulunya nama padang) sudah ada penduduk.

“Dia terus menyusur ke selatan kuala Sungai Muar dan jumpa satu tempat  (Parit Jawa) walaupun kawasan tersebut ketika itu  hanyalah hutan belantara,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Jabar dan rombongan tinggal sementara di kawasan berkenaan sebelum memutuskan untuk membuka kawasan  itu dan menamakan Kampung Baharu.


Parit Jawa sempena asal usul Jabar

“Mereka meneroka hutan buka kampung selain melakukan aktiviti bercucuk tanam dan menangkap ikan sebagai sumber ekonomi.

“Selepas itu, penduduk dari Tanah Jawa datang ke Kampung Baharu  dan perkampungan itu menjadi semakin besar,” katanya.

Tambahnya, nama Kampung Baharu ditukar kepada Parit Jawa secara rasminya pada tahun 1870 apabila Sultan Abu Bakar melantik Jabar sebagai penghulu.

Nama tersebut diambil sempena asal usul Jabar yang datang dari  Tanah Jawa, Indonesia.

“Terdapat sebuah kampung yang dibuka lebih awal berdekatan Parit Jawa iaitu Bukit Muar atau Bukit Mor  yang nama asalnya Kampung Batak.

“Ada kemungkinan, nama Kampung Batak diberikan kerana pengasas kampung tersebut berasal dari Batak, Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, seiring dengan pertambahan penduduk, kawasan  Parit Jawa mula  berkembang dengan wujudnya pekan.

Parit Jawa kemudiannya diperintah oleh Wan Andak yang dilantik menjadi Residen Parit Jawa.

“Pada tahun 1873, jawatan Residen Parit Jawa ditukar kepada Penolong Residen  kerana jawatan itu dipindahkan ke Muar.

“Jawatan Penolong Residen sekali lagi ditukar kepada Pegawai Daerah Parit Jawa pada tahun 1901,” katanya.


Pentadbiran di bawah daerah Muar

Pesara guru itu berkata, pada tahun 1944, jawatan Pegawai Daerah Parit Jawa dimansuhkan kerana kawasan itu dimasukkan ke dalam pentadbiran daerah Muar.

Katanya, Parit Jawa agak terkenal di daerah ini kerana mempunyai   stesen besar keretapi yang dihubungkan dari Bandar Maharani.

“Perkidmatan ini menjadi pengangkutan utama penduduk dan turut digunakan untuk membawa hasil kampung serta buah-buahan.

“Namun, pada tahun 1929, perkhidmatan ini dihentikan apabila jalan raya dibina dan pengangkutan lori diperkenalkan,” katanya.


Orang Selangor datang ke Parit Jawa

Bercerita lanjut, beliau berkata, kawasan Parit Jawa memang menjadi tumpuan utama perantau  termasuk mereka dari Selangor yang turut berhijrah dan  menetap di situ.

Katanya, mengikut sejarah orang-orang terdahulu Sultan Selangor tetapi tidak dapat dipastikan sultan ke berapa, dikatakan baginda pernah  datang melawat Parit Jawa, oleh  kerana itu, ramai penduduk negeri itu berhijrah.

“Menurut mereka (sejarah orang terdahulu), antara sebab orang Selangor datang ke Parit Jawa kerana pergolakan yang berlaku  antara Raja Mahadi dengan Tengku Kudin,” katanya.

Beliau berkata, difahamkan,  keturunan Jabar di Parit Jawa membuka banyak kebun di Senggarang dan Rengit, Batu Pahat.

Khamis berkata, tidak ada kesan tinggalan yang boleh dikaitkan dengan sejarah di Parit Jawa, hanya deretan bangunan lama di pekan tersebut yang dibina sekitar tahun 1900.

indon boleh klaim tak?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke asam.pedas depa?
Tp sana.ikan.fresh kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 11:59 AM | Show all posts
Kebangkitan orang Melayu yang diketuai Kiyai Salleh dengan melakukan serang balas akhirnya berjaya menewaskan komunis dan mengusir mereka dari Parit Jawa.


x malu ke klem nama melayu..org jawa yg perang dgn kominis, melayu plak dpt nama
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-3-2015 11:56 AM
Sedap ke asam.pedas depa?
Tp sana.ikan.fresh kan...

Bg aku biasa je kot..xsedap mana.

Asam pedas sedap aku mkn dkt johor ni..acik ni org bugis..ada kedai mkn..mmg sdp.lg satu sedap n buat aku xjemu mkn asam pedas hari2 masa belajar di melaka.asam pedas yg ada rasa kari2 sikit tu.tp lain org lain selera.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:04 PM | Show all posts
mohon dipindahkan ke bod Sejarah

humban sekali dgn @peYno dok kat situ terus.....lol

@spiderman80 @Muntz

kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lauk peyno neh...cari nyakit sungguh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2015 12:10 PM | Show all posts
tunggu celoteh peyno dengan hujah yg xpernah mampu dibalas oleh set jdt
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:17 PM | Show all posts
penari replied at 19-3-2015 12:10 PM
tunggu celoteh peyno dengan hujah yg xpernah mampu dibalas oleh set jdt

alaaaa, abis sgt dia tepek gambo mocit garam........pastu menceceh pasal pisang salai, kicap sambal, kontol gedik ngompol malem.....

mcm x tau SOP si chaprhut kontol tu

@airfilterkotor

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 12:20 PM | Show all posts
sila tampal pic makcik tabur garam segera
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 12:23 PM | Show all posts
Peyno mana Peyno
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 19-3-2015 12:04 PM
mohon dipindahkan ke bod Sejarah

humban sekali dgn @peYno dok kat situ terus.....lol

dan dan suruh bawak lari benang ni

tak sangguo melihat bangsa jawa johor laknatnya dihencap berjemaah oleh melayu tulen la tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:26 PM | Show all posts
takkan hilang jawa di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:31 PM | Show all posts
peYno replied at 19-3-2015 12:23 PM
dan dan suruh bawak lari benang ni

tak sangguo melihat bangsa jawa johor laknatnya dihencap ber ...

x sangguo kejadahar afa laaa hai, akn siap srru ko maskk cni lagi...........dihwncap beramai2 apa kw sorg jwr pun

dah trrd nih bwkan karen isu kwna laa letfk bod yg selayakhya

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
fire_place replied at 19-3-2015 12:03 PM
Bg aku biasa je kot..xsedap mana.

Asam pedas sedap aku mkn dkt johor ni..acik ni org bugis..ada ...

Yup..
Asam.pedas melaka ada rasa kari kari
Paling sedap iols makan kat area pe tah..dekat dgn kuktem.ke.apa..
Lot kedai baru bukak
Asam.pedas dia terangkattttt
Rasa nak berulang je....
Dh terliur ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:46 PM | Show all posts
ok kita lihat jah berapa pages thread ni akan pergi
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-3-2015 12:37 PM
Yup..
Asam.pedas melaka ada rasa kari kari
Paling sedap iols makan kat area pe tah..dekat dgn ku ...

asam pedas tersedap adalah johor

puteri balkish bte Tukiran

Kulai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
peYno replied at 19-3-2015 12:57 PM
asam pedas tersedap adalah johor

puteri balkish bte Tukiran

Ye ke..
Awek peyno marah ek..
Ok..asam.pedaa paling sedap.kt parit jawa..hahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 01:04 PM | Show all posts
kg aku ni....selalu aku lepak kt laut tu...ikan fresh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 09:48 PM | Show all posts
Mr.Virus replied at 19-3-2015 12:46 PM
ok kita lihat jah berapa pages thread ni akan pergi

x pegi jauh sbb mamat @peYno nih dia x suka hencap dlm tred yg khusus...dia suka melalut pasal tred lain jer....lol

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 10:10 PM | Show all posts
kecimpret replied at 19-3-2015 11:59 AM
x malu ke klem nama melayu..org jawa yg perang dgn kominis, melayu plak dpt nama

Kiyai salleh tu orang banjar, ramai org banjar kat sana
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.377868 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list