CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1878|Reply: 0

Lima pasukan tempah slot ke suku akhir

[Copy link]
Post time 23-3-2015 01:12 AM | Show all posts |Read mode


        Wakil kelab, Sime Darby FC mengetuai kemaraan lima pasukan ke suku akhir Piala FA selepas berjaya mengalahkan lawan masing-masing pada pusingan ketiga, malam ini.   

    Skuad 'The Giant Killers' nyata berada dalam kelas tersendiri selepas menang selesa 4-2 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Empat gol Sime Darby FC dijaringkan oleh Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-44; kapten pasukan, Ivan Dragicevic (48'); Nemanja Vidakovic (75' dan 80') manakala dua gol skuad 'The Cops' dijaringkan oleh Dramane Traore seawal minit pertama dan Mohamadou Sumareh pada minit ke-63.

Sime Darby FC berpeluang menebus kekalahan mereka kepada Kelantan apabila menentang pasukan Pantai Timur itu pada saingan suku akhir yang diadakan secara timbal balik, awal bulan depan.

Untuk rekod, Kelantan muncul juara Piala FA pada 2012 selepas mengalahkan Sime Darby FC 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kelantan pula terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur hasil gol tunggal Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-64.

Turut melangkah ke peringkat suku akhir adalah Perak yang menerima tentangan sengit wakil kelab Terengganu, T-Team sebelum menang tipis 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Farhod Tadjiev bagaimanapun meletakkan T-Team di hadapan seawal minit ke-14 sebelum pemain import dari Korea Selatan, Namkung Woong meledak dua jaringan pada minit ke-16 dan pada minit ke-31.

Perlawanan tersebut bagaimanapun dicemari dengan insiden pergaduhan sehingga menyebabkan pengadil, Muhammad Nazmi Nasarudin melayangkan kad merah kepada pemain Perak, Syazwan Roslan dan pemain T-Team Mohd Noor Hakim Hassan pada minit ke-67.

Perak dijadual menentang pemenang antara Selangor dan Terengganu yang bakal berentap pada perlawanan pusingan ketiga di Stadium Shah Alam, esok.

Johor Darul Ta'zim II (JDT II) turut mara selepas menang tipis 1-0 ke atas Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar hasil jaringan tunggal Muhd Akram Mahinan pada minit ke-87.

Skuad 'Harimau Selatan' bakal menentang pemenang perlawanan Lions XII dari Singapura dan SPA Putrajaya FC pada peringkat suku akhir nanti.

Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix, gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas kalah 1-2 kepada Pulau Pinang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Shahrizal Mohd Saad bagaimanapun menceriakan skuad 'Rusa dengan gol pembukaan seawal minit kedua perlawanan sebelum pasukan pelawat bangkit meraih kemenangan menerusi gol dua pemain import; Alberto Goncalves Da Costa pada minit ke-12 dan Lee Gil Hoon pada minit ke-79.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.292113 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list