CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2256|Reply: 0

Perak buru import berkualiti

[Copy link]
Post time 23-3-2015 01:14 AM | Show all posts |Read mode


        Pengendali Perak Datuk M. Karathu memuji kualiti yang dipamerkan pemain import, Woong Nam Kung selepas muncul penyelamat dengan meledak dua gol untuk membantu Perak mara ke suku akhir Piala FA.


    Gol yang dijaringkan pada minit ke-17 dan m31 itu cukup bermakna buat Perak untuk mememadam kelebihan T-Team yang terlebih dahulu dihadapan menerusi jaringan Forhad Tadjiev.

"Selepas ditimpa kecederaan, kemudian dia (Nam Kung) kembali dan bermain dengan baik serta menjaringkan dua gol.

"Dia pemain yang hebat," ujar beliau.

Dalam pada masa yang sama, dua pemain import lagi, Marco Tulio dan Charles Souza Chad gagal memuaskan hati M. Karathu yang mahu menggunakan tempoh jadual perlawanan antarabangsa ini sebagai medan pemilihan pemain import yang dihajatinya.

"Kami ada dua minggu untuk berehat dan akan perlu menyelesaikan beberapa perkara. Dari mula lagi, kami tidak mempunyai pemain import kualiti dalam pasukan saya. Kami masih memerlukan pemain import yang bertaraf tinggi."

sumber:www.stadiumastro.com
   



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.191989 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list