CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1537|Reply: 0

Kelantan jalani penilaian menyeluruh

[Copy link]
Post time 23-3-2015 01:17 AM | Show all posts |Read mode


        Kelantan kini sedang melakukan penilaian secara menyeluruh terhadap prestasi kurang memberangsangkan selepas lima perlawanan Liga Super musim ini.


    Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata beliau mengakui terdapat beberapa perkara yang menyebabkan pasukan itu beraksi di bawah tahap yang sebenar.

"Kita sedang buat penilaian secara terperinci dan bila jendela perpindahan pemain dibuka pada pertengahan bulan depan, kemungkinan kita perlu guna kesempatan itu untuk memperbaiki pasukan.

"Saya telah berbincang dengan pemain dan pegawai bagi mendapatkan gambaran serta pendapat mereka dan saya perlu sedikit masa untuk mengambil beberapa tindakan tertentu," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Annuar berkata KAFA telah meletakkan satu penanda aras yang perlu dicapai oleh pasukan itu pada musim ini.

"Kita perlu berada sekurang-kurangnya di kedudukan empat terbaik dalam liga (Liga Super) dan kalau Piala FA, kita mesti masuk separuh akhir," katanya.

Ditanya mengenai kekalahan 1-0 kepada Felda United dalam di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi, beliau berkata saingan musim ini amat menarik kerana setiap pasukan mempunyai kekuatan untuk menewaskan lawan masing-masing.

"Saya menerima hakikat bahawa sesuatu perlu dilakukan ke atas pasukan Kelantan tetapi kita tidak perlu panik, mana-mana pasukan boleh kalah dan menang," katanya.

Kelantan kini berada di tangga ketujuh Liga Super dengan tujuh mata, ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Felda United, selepas lima perlawanan.

sumber:www.stadiumastro.com
     



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.180170 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list