CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1646|Reply: 0

Import Croatia jadi pilihan T-Team

[Copy link]
Post time 23-3-2015 01:19 AM | Show all posts |Read mode


        T-Team dijangka mengikat kontrak dengan seorang pemain dari Croatia bagi mengisi slot keempat pemain import dalam mengharungi saingan Liga Perdana musim ini.


    Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain berusia 30-an itu yang enggan didedahkan nama setakat ini sudahpun berada di Kuala Terengganu sejak 4 Mac lalu.

"Kita akan adakan satu mesyuarat dan akan putuskan mengenai status pemain berkenaan. Buat masa ini, biarlah kita senyapkan dulu nama pemain berkenaan hinggalah kita buat keputusan nanti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka membuka jendela pendaftaran pemain baharu pada pertengahan bulan depan.

Menurut Mohd Syahrizan, T-Team memerlukan pemain import keempat kerana ketika ini, mereka hanya mempunyai tiga pemain import bagi menyaingi pasukan lawan.

Tiga pemain import T-Team musim ini ialah David Faramola Oniya dari Nigeria, serta dua pemain dari Uzbekistan iaitu Sadriddin Abdullaev dan Farhod Tadjiyev.

Mengulas lanjut, Mohd Syahrizan berkata melihat kepada corak permainan pemain Croatia yang lincah ketika sesi latihan bersama pemain T-Team, pemain berkenaan dijangka mampu memenuhi cita rasa pengurusan T-Team.

Katanya ini berikutan pemain tersebut dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat bersama pemain tempatan.

sumber:www.stadiumastro.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049382 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list