CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1454|Reply: 0

Pahang hilang bisa

[Copy link]
Post time 23-3-2015 01:22 AM | Show all posts |Read mode


        Persembahan yang kurang konsisten dalam mengharungi Liga Super pada awal musim ini memberi sedikit kejutan kepada pemerhati bolasepak negara di atas kegagalan Pahang memberi persembahan sebagaimana yang diharapkan.

   
    Dengan reputasi sebagai sebuah pasukan yang cemerlang pada tahun lalu, ia memberi gambaran bahawa Pahang adalah merupakan sebuah pasukan yang mampu memberi tekanan kepada lawan.

Mengekalkan pemain-pemain tahun lalu ia sepatutnya Pahang tidak mempunyai masalah untuk terus meberi persembahan yang meyakinkan dalam mengharungi saingan Liga Super. Sebagaimana yang kita ketahui Pahang hanya mampu mencipta satu kemenagan daripada lima perlawanan.

Ini memberi sedikit keresahan kepada peminat mereka dengan situasi Pahang ketika ini. Setiap perancangan yang diatur oleh Zainal Abidin seolah-olah tidak menjadi. Apakah ini ada kaitan dengan sikap pemain Pahang itu sendiri atau memang nasib tidak menyebelahi Pahang?

Itulah persoalan yang sedang bermain difikiran saya apakah yang sedang terjadi dengan pemain-pemain Pahang? Mengapa persembahan mereka tidak begitu terserlah sebagaimana tahun lalu! Bagaimana peranan pengurusan Pahang untuk memastikan persembahan Pahang akan kembali cemerlang?

Kaji selidik perlu dijalankan secepat mungkin oleh semua pihak terutama Zainal dan pasukan kejurulatihannya untuk memastikan moral pemain Pahang ketika ini mampu bertahan dan terus meningkat. Adakah dengan mencipta kejayaan dua tahun berturut-turut telah memberi kepuasan kepada pemain-pemain Pahang untuk terus mencipta kejayaan?

Sekiranya ini benar-benar berlaku, pihak pengurusan perlu ,mengambil satu inisiatif untuk memanggil pakar psikologi untuk memberi latihan dalam aspek kekuatan mental dan fokus kepada prestasi mereka. Dengan latihan itu saya yakin sedikit sebanyak memberi kelegaan dan ketenangan kepada pemain Pahang ketika berhadapan dengan tekanan ini.

Kepada peminat-peminat Pahang teruslah berdiri dan memberi sokongan kepada mereka, kerana dengan sokongan anda itu akan mengembalikan keyakinan pemain itu sendiri untuk memberi persembahan yang konsisten serta mencipta kemenagan. Jangan bersorak ketika mencipta kejayaan sahaja tetapi perlu terus bersorak dan berjuang dengan pasukan walaupun dalam kesusahan.

Kejayaan tidak datang sendiri tetapi kejayaan itu datang dengan semangat dan usaha yang dilakukan. Dengan itu saya mengharap dalam masa terdekat ini Pahang dapat kembali pada prestasi sebenar mereka supaya dapat memberi saingan kepada pasukan-pasukan yang sedang meningkat naik untuk memberi impak kepada saingan Liga Super tahun ini.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.594138 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list