CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40351|Reply: 269

Dari Heathrow ke Batang Ai @ Jika Kutulis Di Sini (antologi novella Jemari Seni

  [Copy link]
Post time 23-3-2015 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by aylanins at 26-12-2017 02:21 PM

Bab 1:


KAMILAH sudah mahu membuka bekalan makanan di hadapannya bilamana tiba-tiba dia terdengar namanya disebut.

“Mana Guru Pemulihan Khas tu? Anak Tuan Haji Mustafa tu? Bilik dia di sini ya?”

Terhenti sekejap tangannya mahu membuka plastik kuah laksa penang. Kamilah mengetap bibir. Kena keluar ke? Malasnyalah nak tunjuk muka. Sudahlah perut ini berkeroncong minta diisi. Bau kuah ikan ini pula teramatlah menggoda. Ini mesti rombongan dari bahagian nazir. Semalam mereka sudah sampai ke tempat ini. Bermalam di rumah sewa Tuk Penghulu.

“Ada…ada tu. Dia sembunyi dalam dapur tu. Kamilah! Keluar sekejap,” laung Cikgu Junaidi dari luar.

Perlahan Kamilah menguak pintu dapur. Dia tersengih memandang Cikgu Junaidi yang duduk di salah sebuah kerusi di ruang tamu itu. Ada tiga orang lelaki lagi turut duduk sama di situ. Si tali leher belang-belang, si cermin mata, dan si baju kelabu.

Wah, ada nasi lemak, tiba-tiba saja mata Kamilah mengarah pada hidangan di atas meja. Patut pun tadi dia tercium bau harum sambal nasi lemak. Ini mesti nasi lemak Kak Jaya.

“Oh…ini anak Tuan Haji Mustafa ya? Kenapa tak minta mengajar sekolah bandar? Anak mantan Timbalan Pengarah Negeri ni, takkan duduk sekolah kat pedalaman gini…” ujar lelaki yang bertali leher belang-belang merah hitam itu.

“Anak Cikgu Mustafa ke ni?” Tanya lelaki yang bercermin mata pula. Kamilah cuma senyum sahaja. Puan Nurul tak ada ke? Kalau Puan Nurul ada, tak adalah dia segan sangat nak tunjuk muka depan jemaah nazir ini.

“Duduk Milah. Makan sekali dengan kami ni. Banyak nasi lemak ni…” pelawa Cikgu Junaidi sambil tarik salah sebuah kerusi di situ.

“Duduk, duduk… jangan malu-malu,” ujar lelaki yang bercermin mata itu sambil tersenyum pada Kamilah. Mahu tidak mahu terpaksa juga Kamilah duduk di situ. Teringat pula dengan laksa penang di dapur tadi. Tak apalah, nasi lemak ini ada telur rebus juga.

“Ni kuarters guru ya? Takde orang tinggal ke?” lelaki yang berbaju kelabu itu mengitari sekeliling rumah papan itu.

“Ada kuarters baru sebelah padang sana. Yang ini dah lama, nak bagi orang duduk sini tak sesuai. Ubah jadi pejabat dan ruang rehat staf,” jawab Cikgu Junaidi sambil tangannya menyenduk nasi lemak dan meletakkannya ke dalam pinggan. Pinggan itu dia hulur pada Kamilah. Tetamu tiga orang tadi masing-masing sudah mula menyuap nasi lemak.

“Berapa bilik sini?”

“Dua,” jawab Cikgu Junaidi. “Satu bilik, Penolong Kanan KK, Puan Nurul yang ambil jadi pejabat. Bilik sebelah ni, bilik si Kamilah, untuk Pemulihan Khas.”

“Dapur tu boleh pakai ke?” Tanya yang berbaju kelabu itu lagi. Sekali-sekala datang ke sekolah pedalaman begini, seronok juga. Kreatif mereka di sini. Kuarters guru diubah jadi pejabat dan ruang rehat untuk tetamu.

“Boleh…tapi masak simple-simple je. Masak Maggi, goreng telur, bolehlah,” sahut Cikgu Junaidi.

Kamilah menyuap nasi lemak perlahan-lahan. Tak selesa betul makan depan orang yang tidak dikenali ini. Nasib baik nasi lemak Kak Jaya ini sedap, dan perutnya memang lapar.

“Cikgu Kamilah ni, anak sulung Cikgu Mustafa ke?” Tanya pegawai yang bertali leher belang-belang itu. Roslan, Kamilah membaca tag nama di bajunya.

“Ehh... tak. Saya nombor tiga,” sahutnya sopan.

“Makan…makan Cikgu Kamilah,” pelawa pegawai yang bercermin mata.

Kamilah cuma tersenyum. Ini memang rezeki… tapi tiba-tiba saja perutnya berasa sebu. Kena paksa makan, siapa tak kecut perut?

Puan Nurul, cepatlah habis mengajar, sempat hatinya berdetik. Tangannya sudah menyuap nasi lemak ke mulut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2015 06:53 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 23-3-2015 06:57 PM

SKRIN KOMPUTER di hadapannya dia lap-lap dengan tisu basah. Kemudian perlahan tangannya menari-nari di papan kekunci. Mula-mula perlahan. Kemudian semakin cepat. Sementara talian Internet sekolah masih elok ini, baik dia taip laju-laju. Nanti kalau Internet di sekolah ini datang angin kus-kus, jangan kata nak buka emel, muka depan Google pun tidak nampak.

Kamilah sudah tersenyum-senyum melihat muka depan blognya. Hendak cerita pasal apa hari ini ya?

Pagi tadi jemaah nazir datang. Sudahlah mereka makan kat ruang rehat guru, masa mereka makan tu pula, itulah satu-satunya masa aku yang free hari ini. Tak selesa sungguh makan depan orang yang tak dikenali. Tapi nasi lemak Kak Jaya memang sedap.

Kamilah terhenti lagi. Nak cerita apa lagi ni ya? Tangannya kemudian menyambung lagi.

Salah seorang pegawai itu, sempat lagi tegur aku. Katanya, cikgu mesti pakai tanda nama. Yalah, yalah. Aku tahu memang salah aku. Selalu lupa tanda nama. Patutpun Cikgu Junaidi jeling-jeling aku. Tapi, siapa juga di sini yang tak tahu nama aku? Semua orang kat sini kenal siapa orang itu siapa orang ini. Dah murid sekolah ini cuma ada lebih kurang 150 pelajar saja, mustahil mereka tak tahu nama aku.

Sebelum balik tadi, sempat nazir-nazir tu lawat kelas pemulihan aku. Dahlah kelas aku buruk. Nasib baik hari ini tak hujan, kalau tak, memang basahlah jemaah nazir tu duduk dalam kelas aku. Kelas aku tu, sudahlah silingnya asyik bocor, dinding pula berlubang-lubang. Bertampal-tampal dengan kayu. Segan sungguh aku bila pegawai-pegawai tu masuk kelas pemulihan tu.

Kenapa? Korang semua tak percaya ya kelas aku buruk? Meh sini aku upload gambar kelas aku. Nah, korang nilaikan sendiri.


Mana gambar kelas yang dia ambil minggu lepas ya, Kamilah sudah mencari-cari dalam folder komputernya. Ada pun, dia sudah tersengih-sengih bila apa yang dicari sudah dijumpai. Cepat saja tangannya meneka-nekan tetikus di tangannya.

Hem, nasib badan. Belajar tinggi-tinggi sampai luar negeri, sudahnya kena tikam ke sekolah hulu macam ini, Kamilah merungut-rungut dalam hati.



Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
@aylanins...  Cerita baru dah muncul
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Permulaan yg sangat menarik TT...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:27 PM | Show all posts
mcm ni ke sekolahnye

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 08:11 AM | Show all posts
best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2015 08:40 AM | Show all posts
saya suka
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 09:36 AM | Show all posts
Okay..... Sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 09:41 AM | Show all posts
Sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 09:43 AM | Show all posts


wahhh......sgt produktif....  

harap yg ni jgn la selalu sgt lompat kijjaaanannnggg........


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 09:49 AM | Show all posts


kesiannya...dari dibiarkan siling yg hampir roboh tu baik takyah siling terus..
tak ke bahaya kalo roboh atas kepala murid..





Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 10:51 AM | Show all posts
cik ayla.... i love u...
baru nak sedih sebab thread ni banyak citer tergantung tgh jalan.. citer ipo n ayla nak kat habis. tup tup ada citer baru. muah ciked.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah...dah ada citer baru..

Citer Mar tu dh habis lum?

Madison...mana rahsia ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 01:03 PM | Show all posts
wahh dah de cite baru....lepas rempit kat mar..

TT ni cekgu ker....hehhe batang ai tu kat swk kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada citer baru ..leh layan lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 05:57 AM | Show all posts

Kehkehkeh... lebih kurang macam itulah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2015 05:59 AM | Show all posts
UsuFie replied at 24-3-2015 09:43 AM
wahhh......sgt produktif....  

harap yg ni jgn la selalu sgt lompat kijjaaanannnggg........

Baeklah...baeklah... kali ini saya tak lompat kijang...

Kat kawasan pedalaman, kijang yang ada semua kena sembelih

Daging kijang mahal & sedap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 06:00 AM | Show all posts
anisania replied at 24-3-2015 10:51 AM
cik ayla.... i love u...
baru nak sedih sebab thread ni banyak citer tergantung tgh jalan.. citer  ...

Kali ini tak buat tergantung. Cerita ini Insya Allah full version habis-habisan sebab banyak bahan bantu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 06:03 AM | Show all posts
sue07 replied at 24-3-2015 01:03 PM
wahh dah de cite baru....lepas rempit kat mar..

TT ni cekgu ker....hehhe batang ai tu kat swk kan ...

TT ni cekgu ker


Err... biarlah jadi tanda tanya

batang ai tu kat swk kan


Ya... Batang Ai tu nama tempat kat Sarawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 06:03 AM | Show all posts
BOLA SATU KEPADA bola dua. Bola satu kepada bola dua, over!” Suara yang keluar di walkie talkie di atas mejanya mengejutkan Kamilah. Cepat-cepat dia ambil walkie talkie itu dan menekan punat.

“Bola dua di sini terima, over!” sahut Kamilah menahan gelak. Suriyaty memang mengada-ada.

“Bola satu berada dia jeti. Udang galah woi… udang galah…” jerit Suriyaty dari sebelah talian.

“Udang galah?” Kamilah cepat-cepat bangkit dari tempat duduknya. “Kejap… kejap… aku turun… nak sekilo woi… sekilo…”

Komputer ribanya ditutup. Cepat-cepat dia berlari ke pintu kelasnya, sarung selipar jepun, dan turun tangga dengan gopoh-gapah. Terbayang sudah di matanya udang galah sepit biru, saiz besar-besar lengan.

Makan besar hari ini, Kamilah sudah laju berlari keluar dari kawasan sekolah, mahu menuju ke jeti sungai yang berdekatan. Budak-budak yang sedang bermain bola sepak di padang bersebelahan dengan sekolah sudah kehairanan melihat Cikgu Kamilah, lari macam tidak cukup kaki.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.337178 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list