CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

Dari Heathrow ke Batang Ai @ Jika Kutulis Di Sini (antologi novella Jemari Seni

  [Copy link]
Post time 25-3-2015 06:59 AM | Show all posts

hahaha pnh g ctu sekali jer...wpun sendri org swk haahahahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 07:01 AM | Show all posts
tt update slalu k....setia menunggu kekdahnyee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 01:44 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 25-3-2015 01:46 PM

BESARNYA UDANG!” Mata Tajuddin sudah bulat memandang gambar udang galah sepit biru yang tertera di skrin laptopnya. “Sekilo dua puluh ringgit saja? Biar betul?”

Satu persatu ayat yang tertera di skrin itu dia baca. Sesekali dia tergelak. Dahsyat Cikgu Melah ini, siap pakai walkie talkie lagi. Takkan tak ada talian telefon kut? Update blog boleh, tapi takkan nak berkomunikasi guna walkie talkie?

“Tajuddin… kalau dapat RPT tu bagi aku juga ya?” sapa Azhari yang tiba-tiba muncul di belakang Tajuddin.

“Belum dapat lagi…” jawab Tajuddin sambil matanya masih lagi menatap skrin laptopnya.

Dari tadi dia tercari-cari Rancangan Pengajaran Tahunan di dalam Internet, selalunya ada cikgu-cikgu yang baik hati muat naik RPT itu ke Internet, guna melalui aplikasi Scribb atau Slideshare tapi bila sudah dapat peluang melayari Internet begini, ralit dibuatnya. Dari satu blog, singgah lagi baca ke blog yang lain. Ini melekat pula di blog milik Cikgu Melah.

“Dah ambil tiket balik, Judin?” Tanya Azhari yang mengambil tempat duduk di hadapan televisyen. Kerepek ubi pedas di dalam bekas di tangan dia kunyah perlahan-lahan. Matanya tertumpu pada skrin televisyen. Bila gaji masuk ya? Terfikir juga dia mahu pasang Astro di rumah sewa mereka ini.

“Aku dok survey jugak ni…” sahut Tajudiin. Tangan kanannya sudah tekan-tekan tetikus di tangannya. Cikgu Melah ini, walaupun bukan ustazah, dalam blog dia ada juga pautan ke RPT Bahasa Arab.

“Kalau ada tiket murah, bagitahu aku. Aku belum beli lagi,” kata Azhari lagi. Dia bukan macam Tajuddin yang hantu Internet itu, bila perlu saja dia akan layari Internet.

“Ehh… lupa. Aku tak balik cuti ni. Aku kan masuk maktab…” jawab Tajuddin. Matanya masih leka menatap skrin laptop.

Alamak, terlupa pula yang Tajuddin ini kena masuk kuliah kalau masa cuti sekolah, Azhari baru teringat. Tajuddin itu guru j-QAF. Bakal ustaz. Masih dalam latihan lagi sebab Tajuddin itu sekarang sedang ambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Kursus Dalam Cuti (KDC). Cuti sekolah masuk maktab, habis cuti, mengajar di sekolah macam biasa.

“Oh... tak apalah. Nanti aku check sendiri…” balas Azhari.

Tajuddin itu tentu sibuk dengan assignment lagi. Biasanya begitulah, dekat-dekat hendak cuti sekolah, mulalah Tajuddin itu kalut hendak sudahkan tugasan yang pensyarahnya beri. Mula saja cuti sekolah, masuk saja ke maktab, kena hantar semua tugasan itu. Siap siapa yang kacau Tajuddin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:32 PM | Show all posts
wah udang galah ek...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:03 PM | Show all posts
Edited by UsuFie at 25-3-2015 03:05 PM

karya2 ayla ni berkisar kisah pendidik dari dulu...masak benar ayla dgn dunia pendidikan...
kalo pun melalui pakcik gugel atau pengalaman org lain, rasanya tak sedetail camni kot...hehee

so usu pun teka mmg ayla ni cheegu... & org sarawak...

tidak pun kerani sekolah...   atau makcik kantin  

ok jgn marah..gurau2 ajer..








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 03:10 PM | Show all posts
UsuFie replied at 25-3-2015 03:03 PM
karya2 ayla ni berkisar kisah pendidik dari dulu...masak benar ayla dgn dunia pendidikan...
kalo pu ...

Okay... yang ni tak boleh tahan nak gelak

Sebenarnya...

saya memang pernah jadi makcik kantin ini memang serius, saya tidak bohong.
Saya jadi makcik kantin, kantin sekolah rendah.
Tapi saya bukan tukang masak, kerja saya cuma cuci pinggan dan sapu sampah saja .
Sekejap sajalah... satu hari je kot lepas itu saya letak jawatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-3-2015 07:15 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 26-3-2015 07:18 PM

SURAT YANG DITERIMANYA sebentar tadi dibacanya berulang-kali. Rasa hendak menangis pun ada bila dapat surat itu. Menerima tawaran itu, bermakna dia akan berada di sekolah ini untuk satu jangka masa yang panjang. Tapi, Abah kata dulu, ini tempoh percubaan, kalau rasa tidak sesuai dengan hati, boleh tolak. Tapi nanti, nama baik Abah akan buruklah, wah, Abah itu. Kata boleh tolak, tapi di hujung ayat itu siap ada amaran lagi.

Susah betul jadi anak kepada mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri ini, Kamilah rasa hendak renyuk-renyuk surat di tangannya itu. Ditolak, dia sudah terlanjur menerima tawaran mengajar di sekolah ini. Diterima, hatinya betul-betul tidak minat. Kenapalah dia setuju dengan saranan Abah untuk mengajar di sini dulu.

“Cikgu… dah siap…” suara murid yang tiba-tiba muncul di hadapannya membuatkan Kamilah menoleh. Buku latihan yang penuh dengan tulisan cakar ayam disuakan kepada Kamilah. Seketika dahi Kamilah berkerut memandang tulisan yang tertera di buku itu. Dia telan air liurnya.
Hendak ketawa atau hendak menangis? Budak Darjah Tiga menulis lebih teruk dari budak tadika, mahu saja dia mengucap panjang.

“Dah? Okay… cuba baca perkataan ini pula…” Kamilah menyorongkan pula buku yang ada di hadapannya kepada murid itu.

Farhan yang ada di sebelahnya terkebil-kebil memandang muka surat itu.

“Tak tahu baca, eja…” arah Kamilah lagi.

Sudahlah terpaksa duduk di kawasan pedalaman begini, tugasnya pula mengajar murid-murid yang tidak pandai. Sudah namanya Guru Pemulihan Khas, terpaksalah setiap hari mengadap wajah murid-murid yang tidak tahu membaca dan mengira ini. Ada yang sudah masuk Darjah Tiga, tapi membaca perkataan yang mudah-mudah pun masih belum dapat.

Macam si Farhan inilah.

“B.A…. DA…” tergagap-gagap Farhan mengeja.

“B A bunyinya BA… bukan DA…” kata Kamilah.

“C.A…. DA…” Farhan mengeja perkataan yang seterusnya.

“C A bunyinya CA… bukan DA…” Kamilah masih lagi tahan sabar. Ini kalau anak Abang Qushairy yang mengeja begini, memang dia sudah cubit-cubit paha si Rania itu. Apa nak buat, ini anak orang. Salah cubit, esok muka masuk suratkhabar.

Hai, berminggu-minggu sudah dia asyik ajar benda yang sama saja dengan Farhan ini. Semua huruf dibunyikannya DA. Eja CA pun bunyinya DA. Eja MA pun bunyinya DA.

Tak boleh jadi macam ini. Kena telefon Umi juga. Dia mahu keluar juga dari kawasan ini. Sebelum surat perjanjian KPLI KDC itu dia tandatangan, lebih baik dia cabut kaki dari sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 07:50 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 26-3-2015 08:00 PM

Bab 2:



UMI TAK TAKUT KE NANTI Ila tak kahwin-kahwin? Kat sini, seorang eligible bachelor pun tak ada. Semuanya bapa orang, suami orang, datuk orang,” rungut Kamilah dalam telefon lewat petang itu.

Bercita-cita menjadi cikgu tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Cita-cita pertamanya dulu mahu jadi doktor, tapi terpaksa akur keputusan peperiksaannya bukan cemerlang gemilang terbilang. Perubatan mahu CGPA 4.0. Pelajar A macam Abang Qushairy itu.

“Tunggu sah jawatan nanti, mintalah pindah,” balas Hajah Zaharah senang. Kamilah ini, umur sudah menginjak 27 tahun, tapi perangai macam budak-budak.

“Jangan kata cikgu bujang, orang bujang pun tak ada kat sini… tuan punya kedai runcit yang nama Haji Bujang saja yang ada,” sambung Kamilah lagi. Hajah Zaharah sudah tahan-tahan gelaknya di talian sebelah sana mendengar kata-kata Kamilah.

Kamilah ini, banyak ikut sifat abahnya, tapi Kamilah itu sendiri memang tak perasan. Kalau bercakap, mahu ketawa saja kita dengar ayat-ayatnya. Dalam degilnya Kamilah itu, satu yang bagusnya, dia turut saja cakap ibu bapa.

“Jiran sebelah rumah kita ini ada anak lelaki bujang, Ila nak ke? Nanti Umi tanyakan ya,” usik Hajah Zaharah. Dia saja-saja mahu mengusik Kamilah. Anak-anak lain jarang telefon mereka suami isteri di rumah, Kamilah ini saja yang selalu bertanyakan khabar mereka.

“Yang baru nak akil baligh tu? Umi ni macam-macamlah…” Kamilah sudah mahu gelak. Dari hendak marah-marah dengan Umi, dia tersengih-sengih pula di situ.

“Umi, Ila dah dapat surat tawaran masuk KPLI KDC tu. Cuti sekolah hujung tahun ini masuk kampus. Ila nak beli kereta…” suara Kamilah kembali serius.

Jangan haraplah dia dapat tolak tawaran itu. Bukankah dia sudah berjanji lama dulu dengan Abah? Sampai sekarang Abah suruh dia pegang pada janjinya itu.

“Amboi… kereta apa?” Tanya Hajah Zaharah.

Bagus juga Kamilah hendak beli kereta, fikirnya. Kalau ada kereta, Kamilah terpaksalah bayar sendiri ansuran bulanan keretanya. Secara tidak langsung, tidak ada peluanglah Kamilah tak mahu terima tawaran jadi cikgu, sebab dia kan perlukan duit gajinya untuk bayar ansuran kereta itu.

“Nak beli Hilux...” jawab Kamilah.

Hilux saja yang dapat masuk kawasan kampung tempat dia mengajar itu. Kalau beli Myvi, setengah tahun pakai, sudah masuk bengkel semula. Jalan penuh batu-batu kecil, selalu becak dan kadang-kadang ada tanah runtuh itu memang mencabar.

Hendak tersedak Hajah Zaharah mendengar kereta pilihan Kamilah.

“Wah… dahsyat lagi dari kereta Abah. Abah bekas pegawai tinggi pun pakai Avanza saja…” sahut Hajah Zaharah. “Murah lagi dari itu tak ada ke? Carilah yang jimat minyak sikit…”

Hilux itu bukan murah. Paling kecil kapasiti pun ialah model 2.5L.

“Ila bayar sendiri tau… Abah dan Umi tak support lagi. Dah ada gaji sendiri kan…” Hajah Zaharah mengingatkan.

“Yalah… yalah. Ila tahu. Nantilah kalau Internet okay sikit, Ila survey kereta lain. Tapi kena ada kereta juga Umi. Nanti masuk maktab perguruan, tak naklah duduk kolej kediaman. Nak ulang-alik dari rumah ke kampus.”

“Nak cakap dengan Abah tak?” Tanya Hajah Zaharah bila mendengar kereta suaminya sudah masuk ke perkarangan rumah.

“Tak payahlah Umi. Line telefon hilang datang ni. Bye Umi…” cepat-cepat Kamilah menyudahkan panggilan telefonnya. Dia kan masih merajuk lagi dengan Abah. Abah punya pasallah ini dia kena mengajar di sekolah pedalaman begini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 09:00 PM | Show all posts
teringat satu cerita.. kisah bener cikgu di sarawak..

seorang cikgu menyuruh anak muridnya mengeja AYAM.

murid: A.Y.A.M.... manuk!

dlm bahasa sarawak, manuk tu ayam
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:42 PM | Show all posts

teringat kisah aku dolu2..aku reject tawaran jadi cikgu..

dapat kat maktab perguruan Tengku Afzan kat Gambang sinun..


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice one @aylanins...   Interesting story...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 10:22 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-3-2015 09:00 PM
teringat satu cerita.. kisah bener cikgu di sarawak..

seorang cikgu menyuruh anak muridnya mengej ...

Ehh... serupa kisah kawan saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 10:23 AM | Show all posts
Ipo replied at 26-3-2015 09:42 PM
teringat kisah aku dolu2..aku reject tawaran jadi cikgu..

dapat kat maktab perguruan Tengku Afz ...

Bolehlah kiranya panggil Cikgu Ipo ni ... cikgu tak jadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 10:24 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 26-3-2015 10:26 PM
Nice one @aylanins...   Interesting story...

TQ baca...

Okay... ni entry seterusnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 10:24 AM | Show all posts
TAJUDDIN TEKUN MENULIS di dalam buku Rancangan Pengajaran Hariannya bilamana tiba-tiba telefon di atas meja kopi itu berlagu nyaring.

“Azhari! Telefon kau…” jerit Tajuddin.

Matanya sempat mengerling sekilas pada nama yang tertera di skrin telefon pintar milik Azhari itu. Diyanah. Mesti tunang Azhari.

“Assalamualaikum…” sahut Azhari cepat-cepat. Nasib baik nasi goreng di dapur sudah siap dia masak. Dia ambil tempat duduk di sofa yang bertentangan dengan Tajuddin.

“Balik Terengganu teruslah. Tapi lepas itu, dalam bulan dua belas nanti, Abang pergi Jeddah,” ujar Azhari. Kemudian lama dia terdiam. Tajuddin yang sibuk menulis sempat juga pasang telinga. Barangkali banyak yang dibualkan oleh Diyanah itu. Dia bukannya kenal dengan tunang Azhari, kenal nama sajalah.  

“Wah… macam tak lama lagilah bau nasi minyak…” usik Tajuddin bila melihat Azhari meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Tangannya sudah capai alat kawalan jauh yang ada di sofa itu.

“Mana ada… barang hantaran semua tak beli lagi,” sanggah Azhari.

Entah kenapa dia sedikit pun tidak teruja dengan pertunangannya dengan Diyanah. Barangkali sebab Diyanah itu bukan pilihan hatinya sendiri. Dia dan Diyanah kenal pun atas dasar  keluarga. Ayahnya dan ayah Diyanah itu dulu satu sekolah.

Ayah dan Ibu itulah yang sarankan padanya, ambil Diyanah jadi isteri. Sayang kalau anak gadis secantik dan sesopan Diyanah terlepas ke tangan orang lain, begitu kata Ayah bila kali pertama melihat Diyanah lama dulu, ketika Diyanah sekeluarga berkunjung ke rumah mereka semasa Hari Raya. Lagipun, dia sendiri tidak ada pilihan hati sendiri, setuju sajalah dengan saranan Ayah dan Ibunya. Rasanya tidak ada yang kurang dengan Diyanah, bakal doktor gigi itu.

“Bila kahwinnya?” Tanya Tajuddin. Rasanya ada kut Azhari bagitahu padanya dulu, tapi dia lupa.

“Bertunang dua tahun. Setahun lagilah…” jawab Azhari.

Dia baru saja mula kerja jadi cikgu, duit pun belum banyak mana dia kumpul. Yalah, mana nak terkumpul dengan duit kalau asal cuti sekolah saja, dia sibuk hendak melancong ke luar negara sampai Ibu pun naik bising. Cuti sekolah bulan depan, Insya Allah dia mahu ke Makkah pula, tunaikan umrah. Tapi guna jalan darat, melalui pintu masuk Jeddah.

Walaupun tempoh bertunang masih ada setahun lagi, sempat juga Diyanah pesan supaya dia beli kain ela di Jeddah nanti.  Cari yang cantik-cantik, mana tahu boleh buat hantaran. Mesti Ibu yang bagitahu Diyanah, yang dia mahu mengembara ke Makkah dan Jeddah bulan depan.

Kain. Adakah ya kain ela yang cantik-cantik di Jeddah sana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 11:18 AM | Show all posts
wah....


#bukakpopcornbaru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2015 11:22 AM | Show all posts
aylanins replied at 27-3-2015 10:24 AM
TAJUDDIN TEKUN MENULIS di dalam buku Rancangan Pengajaran Hariannya bilamana tiba-tiba telefon di at ...

Biasa gi Jeddah cari jubah kan . Tak terfikir nak cari kain ela..

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 12:10 PM | Show all posts
Wah, masing2 dok teringat.... iols pun nak korek memori silam
iols pernah gi interview jd cikgu... dia tanya, mcm mana kalau dihantar ke sabah, sarawak?

Iols dgn jujurnya mengatakan... tempat seorang isteri di sisi suami
Hasilnya iols jadi guru sepenuh masa kpd anak2 encik suami
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 12:17 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-3-2015 09:42 PM
teringat kisah aku dolu2..aku reject tawaran jadi cikgu..

dapat kat maktab perguruan Tengku Afz ...

Gambang?? Aku pernah BTN kat sana..
hari kedua akhir.. asrama pompuan terbakor.
tinggal selai sepinggang sume dak pompuan
sumenye gara2 mlm tu blackout sbb ada org curi kabel
kat mana ntah.. letak lilin atas almari kayu.
gi subuh lilin tak padam.. mendapat lah..

budak2 laki syiok je bergambor dpn bangunan terbakor.. hampeh!

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 12:18 PM | Show all posts
qimi08 replied at 27-3-2015 11:22 AM
Biasa gi Jeddah cari jubah kan . Tak terfikir nak cari kain ela..

tiba2 nanti azhari TERbeli kain utk kamilah pulok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.129569 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list