CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

Dari Heathrow ke Batang Ai @ Jika Kutulis Di Sini (antologi novella Jemari Seni

  [Copy link]
Post time 31-3-2015 05:30 PM | Show all posts
Check In....
Sementara tunggu Madison...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 09:21 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 31-3-2015 05:29 AM
Confirm akan jumpa azhari...

kihkihkih.. confident je ms @Zamzam2013  ni...tp hatiku kuat juga kata yang Kamilah akan terserempak ngn Azhari.. kehkehkeh..

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 11:10 AM | Show all posts
bukan confirm lagik.. dah memang pegi jumpa azahari pong
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 10:49 PM | Show all posts
Bukan ke Azhari tu dah tunang dengan Diyanah??
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 11:21 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-4-2015 10:49 PM
Bukan ke Azhari tu dah tunang dengan Diyanah??

kamilah join geng azhari pegi jeddah kowttttt..
takkan nak ber'backpacking' berdua ngan azhari kat jeddah kottt?? mau kawin free ka?



Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 12:29 PM | Show all posts
yang skodeng blog milah, tajuddin kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2015 02:40 PM | Show all posts
Baru jumpa jln la ayla...lmbattt...huhu...

* ni mesti kes nk jd mahramkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2015 04:26 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-4-2015 12:29 PM
yang skodeng blog milah, tajuddin kan?

Yeahhh betul... Tajuddin baca blog Kamilah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2015 04:28 PM | Show all posts
sarizu replied at 3-4-2015 02:40 PM
Baru jumpa jln la ayla...lmbattt...huhu...

* ni mesti kes nk jd mahramkan...

Sarizu memang pandai teka...

Nah ni dia entry baru... dalam 10 minit ya sebab nak edit dulu ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 04:30 PM | Show all posts
Cik Ayla sayam...nanti jangan lupa suh kamilah belikan buah delima ya..
sedap tau buah delima kat jeddah...dulu sempat beli lima biji je..dh habis kekdahnya..berebut

macam aku plak ada dalam citer nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2015 05:08 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 3-4-2015 05:11 PM

WAH… MENTANG-MENTANG dapat tunggakan duit gaji, terus tengok-tengok Hilux dan DMax ya?” sempat Suriyaty curi-curi tengok skrin laptop milik Kamilah. Buku Rancangan Pengajaran Hariannya diletak di atas meja gurunya.

Bilik guru yang kecil itu kosong tidak berorang. Yang ada pun cuma mereka berdua sahaja. Cikgu lain ada kelas rasanya. Sekolah ini gurunya cuma ada 14 orang sahaja.  

Kamilah tersengih-sengih. Tentulah, dapat tunggakan gaji tiga bulan, terasa macam kaya sangat. Tapi selepas tolak kos untuk pergi Jeddah itu, tak banyak yang tinggal. Nasib baik duduk mengajar kawasan pedalaman, jauh dari pusat membeli-belah. Tapi kadang-kadang tangannya gatal juga hendak membeli secara dalam talian.

“Su… kereta apa lagi yang kau rasa bagus untuk masuk kawasan kita ini? Murah sikit dari Hilux dan DMax?” Tanya Kamilah.

Gaji yang dia dapat bukan besar mana pun. Tolak perbelanjaan harian, bayar telefon, bayar itu, bayar ini, simpan sikit, yang tinggal pun seadanya sahaja. Hendak hidup mewah-mewah memang tidaklah. Hem, rasa macam mewah lagi zaman jadi pelajar sebab semuanya biasiswa yang tanggung, fikir Kamilah.

“Avanza?” cadang Suriyaty. “Tayar Avanza besar ke? Aku tak pasti sangatlah. Kau cari yang jenis 1.5 L ke atas, sebab kereta macam itu berat sikit. Tak melambung kalau memandu. Kalau Viva, memang melompat-lompat kau lalu tanah merah sini…”

Avanza? Kamilah taip pula perkataan Avanza di papan kekunci laptopnya. Berapa ya harga Avanza? Susahlah kalau tidak ada kereta sendiri. Hendak keluar dari kawasan ini terpaksa sewa kereta atau van orang. Kalau kita hendak beli barang, segan jugalah hendak angkut barang yang banyak dalam kereta orang, sambil itu mata Kamilah ralit menatap gambar yang tertera pada skrin laptopnya.

Selalu kalau dia keluar dari kawasan kampung ini, untuk ke pekan, dia dan Suriyaty akan sewa van Pakcik Osman. Pakcik Osman memang buat perkhidmatan van sewa.

“Siapa masuk untuk study in kelas Tahun 3 sekarang?” tiba-tiba Puan Noraida, Penolong Kanan Akademik yang muncul di muka pintu bilik guru.

Kamilah dan Suriyaty saling berpandangan. Kamilah memandang jam di dinding bilik guru yang kecil itu. Sepuluh lima puluh minit pagi. Siapa ya? Dia pun tidak ingat. Cikgu Mohamed Zul, guru Matematik Tahun 3 ada mesyuarat di PPD hari ini, sebab itu kelas Matematik Tahun 3 ada study in.

“Ustaz Farid kut…” teka Suriyaty. Ustaz Farid, yang ajar j-QAF selalunya banyak masa luang, jadi kalau ada kelas yang kena study in, memang nama Ustaz Farid atau Ustazah Amirah yang naik.

“Ustaz Farid kat makmal komputer, sebab ada kontraktor datang hantar komputer baru,” sambung Kamilah. Waktu rehat jam sepuluh pagi tadi, dia lalu di depan makmal komputer sekolah, nampak ada lori besar parkir di perkarangan sekolah. Kata Ustaz Farid, pihak KPM hantar komputer baru.

“Kelas Tahun 3 bising…” kata Puan Noraida, lalu berlalu pergi. Tadi dia cari buku study in, entah ke mana perginya buku itu.

“Aku dah study in kelas Tahun 1 pagi tadi, campur kelas aku sendiri, nak mati dah aku rasa,” rungut Suriyaty. Nasib baik Puan Noraida tidak suruh dia masuk kelas Tahun 3 sekarang. Punggung pun belum panas, semput mengajar pun belum hilang.

“Masa aku mengajar 34 waktu seminggu,” kata Kamilah.

“Aku nak makan nasi sekarang…” Kamilah sudah buka bekas makanannya. Hari ini dia bawa nasi putih dan telur dadar. Makanan orang bujang beginilah, tak banyak songeh. Lainlah Puan Noraida guru senior itu, kalau bawa bekal makanan siap guna mangkuk tingkat lagi. Lengkap dengan nasi, ikan atau ayam, sayur, dan buah.

Waktu rehat tadi langsung dia tidak ada masa untuk makan sebab dia kan guru Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Jadi guru RMT maknanya, waktu rehat kena memantau murid-murid yang makan makanan RMT. Hendak makan jam sepuluh pagi macam cikgu lain, memang tidak sempat. Waktu tidak ada kelas untuk diajar begini sajalah dia ada masa untuk makan.

“Haa… itu pun Ustaz…” ujar Suriyaty bila melihat Ustaz Farid terkocoh-kocoh berjalan melalui bilik guru mereka menuju ke kelas Tahun 3.

“Milah… nanti kau pergi Jeddah, belikan aku oleh-oleh ya?” pesan Suriyaty yang tekun menulis sesuatu di dalam buku RPHnya.

“Boleh… tapi jangan bagitahu cikgu lain aku pergi Jeddah ya,” sahut Kamilah. Tangannya sudah menekan-nekan tetikus di atas meja gurunya. Sambil makan nasi dan telur dadar, baik dia kemas kini blognya. Kali terakhir dia kemas kini pun minggu lepas.  

Rancangannya begini.

Sebenarnya kami cuma hendak ke Jeddah sahaja sebab abang Hartini itu kan belajar sana. Oleh sebab ini tahun terkahir abang dia di Jeddah, maka sebab itulah Hartini beria-ia nak pergi mengembara ke Jeddah. Tempat penginapan dah jimat, sebab kami duduk rumah kawan abang Hartini. Kawan abang dia perempuan okay.

Lepas itu bab pengangkutan pun jimat sebab abang dia ada kereta sendiri. Kami cuma perlu bayar duit minyak saja. Oh, dan makan minum tentulah kami tanggung sendiri.

Dan… yang paling mengujakan ialah… abang dia buat rancangan hendak masuk ke Mekah, guna jalan darat. Dari Jeddah bukankah boleh terus ke Mekah guna jalan darat. Ala, macam Malaysia dan Thailand kiranya. Lepas itu buat umrah di Mekah, yeayyyy!

Baiklah. Bahagian Mekah itu nanti aku cerita lagi ya. Sekarang aku mahu makan dul
u
.  

Kamilah merenung skrin laptopnya. Hendak tekan publish ke tak ya? Kalau tekan publish, nanti ramai pula yang membantah. Entah apa yang menarik sangat pada blognya ini ramai pula orang yang jadi pengikutnya. Mungkin sebab dia banyak bercerita mengenai sekolah pedalaman ini, siap dengan gambar sekali.

Tak jadilah, Kamilah tekan pula butang save. Balik dari Jeddah nanti, barulah dia masukkan cerita yang dia taip tadi ke dalam blognya. Laptop itu dia tutup, tangannya capai pula sudu di dalam bekas makanannya.

Kenapa tiba-tiba saja hati ini terasa libang-libu?

Malaysia - Jeddah – Mekah.

Atau Malaysia – Jeddah sahaja?

Hartini tak apa, sebab mahram dia abang dia sendiri. Tapi Kamilah ini, tumpang mahram orang lain.

Student Malaysia yang belajar di Madinah ada buat begitu juga, lepas saja masuk Mekah.” Begitu kata-kata abang Hartini pada Hartini, dan dengan kata-kata itulah Hartini yakinkan dia yang semuanya akan selamat.

Rancangan pertama untuk masuk Mekah ialah cari lelaki yang nama ayahnya sama dengan nama ayah Kamilah. Boleh mengaku adik-beradik. Tapi itu agak susah.

Maka, mereka guna rancangan kedua. Cari kawan abang Hartini yang hendak masuk ke Mekah dari Jeddah, lepas itu minta tolong lelaki itu untuk mengaku jadi ‘suami’ Kamilah. Sampai Mekah, kita ikut haluan sendiri, kata Hartini.

Baik kau rancang betul-betul Tini. Kalau ada apa-apa jadi dengan aku, Tini, aku seret kat sekali ke mahkamah, detik Kamilah sambil suap nasi ke dalam mulutnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2015 05:14 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-4-2015 04:30 PM
Cik Ayla sayam...nanti jangan lupa suh kamilah belikan buah delima ya..
sedap tau buah delima kat j ...

Apa rasa delima? Manis ke? Ada peluang makan hari tu, tapi aku tak makan sebab tak biasa tengok buah tu.
Nanti aku letak nama ko Ipo, jadi penjual buah delima



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 08:41 PM | Show all posts
aylanins replied at 3-4-2015 05:14 PM
Apa rasa delima? Manis ke? Ada peluang makan hari tu, tapi aku tak makan sebab tak biasa tengok bu ...

manis sangat! Sedap!!
Buah delima dari Jeddah rasa lain..bijinya merah menyala, airnya manis sampai melekit...
buahnya besar-besar. bak kat susah lah nak dapat kat Malaysia ni

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:46 AM | Show all posts
Ipo replied at 3-4-2015 08:41 PM
manis sangat! Sedap!!
Buah delima dari Jeddah rasa lain..bijinya merah menyala, airnya m ...

usu pernah minum jus delima...masam wei....



Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:23 PM | Show all posts
UsuFie replied at 6-4-2015 11:46 AM
usu pernah minum jus delima...masam wei....

masam?..nape buah dia manis je?..
ada pasangan suami isteri dari pakistan hadiahkan  ipo buah delima masa kat mekah..
fulamak...sedap dan manis..sampai tanya kat mana beli..dia kata jeddah
sebab tu masa kat jeddah , ipo terus cari sebelum pulang ke Malaysia..
kenangan indah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting... Sambung lagi TT... Tak sabar rasanya nak tau apa yg akan jadi seterusnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 01:52 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-4-2015 12:23 PM
masam?..nape buah dia manis je?..
ada pasangan suami isteri dari pakistan hadiahkan  ipo buah del ...



usu beli yg niha...masammmmm.....mmmm....

tp usu telan gak..bancuh ngan air. remedi yg baik utk batuk..



Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 08:52 PM | Show all posts
UsuFie replied at 6-4-2015 01:52 PM
usu beli yg niha...masammmmm.....mmmm....

tp usu telan gak..bancuh ngan air. remedi yg baik ...

oh masam ke?..
mungkin campur buah yang masam dan manis kut..
buah delima bagus untuk kesihatan..buah yang disebut dalam quran
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
UsuFie replied at 6-4-2015 01:52 PM
usu beli yg niha...masammmmm.....mmmm....

tp usu telan gak..bancuh ngan air. remedi yg baik ...

Bancuh dgn air sejuk sgt sedap... Marvelous... Amalkan setiap hari InshaaAllah lambat kena selsema atau batuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2015 01:15 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 7-4-2015 01:16 PM

Bab 4:


TAJUDDIN MERENUNG skrin laptopnya. Sudah seminggu berlalu, tapi belum juga Cikgu Melah kemas kini blognya. Dia suka baca pengalaman Cikgu Melah itu mengajar di sekolah pedalaman lebih-lebih lagi bila tahu yang Cikgu Melah mengajar di Sarawak, sama dengannya. Bezanya, Cikgu Melah itu mengajar di Batang Ai. Dia mengajar di Kuching. Tapi satu saja persamaan dia dan Cikgu Melah itu, dua-dua bukan orang tempatan.

Kalau ikut dalam blog Cikgu Melah awal-awal dulu, dia orang Selangor. Rumah keluarga dia di Shah Alam. Dia sendiri pula asal dari Melaka, tapi dah nasib badan, kena hantar bertugas jauh sampai ke Bumi Kenyalang.

Batang Ai. Di mana itu ya? Bunyi macam jauh saja tempat Cikgu Melah itu mengajar.

“Judin… tak masuk kelas lagi?” sapa seseorang di sebelahnya.

Tajuddin mendongak. Tarmizi sudah berdiri sambil kemas-kemas bukunya.

“Kejap… aku nak cek FB dulu. Kat tepi dewan ni Internet laju sikit…” Tajuddin terus menekan-nekan papan kekunci laptopnya. Ramai kawan sekelasnya sudah masuk ke dalam bilik kuliah, dia saja masih setia duduk di bangku batu di kaki lima Dewan Brooke ini. Kalau masuk ke dalam bilik kuliah, capaian Internet agak lemah.

“Aku masuk dulu… nak ambil air cond…” ujar Tarmizi. Walaupun panas mentari tidaklah sebegitu terik, tapi duduk di dalam bilik kuliah yang punya penghawa dingin ternyata jauh lebih selesa.

Tajuddin menggeliat. Matanya sedikit berpinar. Tadi, dia cari maklumat di Internet untuk sudahkan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Penat cari maklumat, dia baca blog orang pula. Habis semua blog cikgu-cikgu dia baca. Kemudian, sekarang hendak buka laman muka buku pula.

Bunyi motosikal yang menderam membuatkan Tajuddin menoleh ke arah kawasan parkir bersebelahan dengan Dewan Brooke ini.

Yamaha Ego? Warna merah jambu? Eh, sejak bila pula Yamaha Ego ada keluarkan skuter warna merah jambu?

Mata Tajuddin sudah leka memandang skuter Yamaha Ego yang sedang diparkir elok oleh tuannya, si gadis berbaju kurung merah jambu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082102 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list