CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

Dari Heathrow ke Batang Ai @ Jika Kutulis Di Sini (antologi novella Jemari Seni

  [Copy link]
Post time 7-4-2015 01:36 PM | Show all posts
Dari Kamilah ke Cikgu Melah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Ramai jgk peminat Cikgu Melah ni ya TT... Siapa yg pakai skuter pink tu? Adakah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu melah kah itu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 05:37 PM | Show all posts
x sabar nak tau spe yg akn jd 'suami' kamilah utk jln darat nnti..

seronok nye baca kisah cikgu ni.. sbb sy berangan nak jd cikgu, xde rezki ke sane..

kalau ke batang Ai, ade transit ke dr kuching ke mana2 lapangan terbang?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 7-4-2015 05:37 PM
x sabar nak tau spe yg akn jd 'suami' kamilah utk jln darat nnti..

seronok nye baca kisah cikgu n ...

Wah! Begitu tajam pandangan Pn @ISTRIMITHALI tang 'suami' Cikgu Melah kt Mekah nanti...  
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 08:49 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 7-4-2015 01:36 PM
Dari Kamilah ke Cikgu Melah

Cikgu Melah lagi vogue
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2015 10:40 PM | Show all posts
Smbg panjanggg pls...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 02:00 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 7-4-2015 05:37 PM
x sabar nak tau spe yg akn jd 'suami' kamilah utk jln darat nnti..

seronok nye baca kisah cikgu n ...

Guna jalan darat je. Dari Kuching boleh guna kereta.

Tapi kat Batang Ai ada resort , Hilton Batang Ai. Hilton punya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2015 02:01 PM | Show all posts
KAMILAH MEMANDANG wajahnya melalui cermin sisi skuter merah jambunya. Tudung hitamnya elok saja terletak kemas di kepalanya. Kemudian dia belek-belek pula baju kurung merah jambunya. Beg laptop berwarna hitam dia sandang dengan kemas di belakang. Helmet hitam tutup muka penuh dia pegang erat di tangan kirinya. Tangan kanannya pula memegang beg bimbit Adidas yang berisi buku nota.

Terkejut Umi dan Abah bila dapat tahu dia tidak jadi hendak beli kereta, tapi beli pula skuter Yamaha Ego ini.

“Pergi kuliah kata mahu ulang-alik dari rumah, takkan nak naik skuter?” hampir terjerit Umi bila dia parkir skuter barunya di hadapan rumah minggu lepas.

Umi dan Abah sanggup ambil tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching semata-mata hendak temankan dia duduk di rumah mereka di Kuching ini. Rumah kosong selalu kena tinggal itu, biarkan Kamilah duduk seorang diri, nanti jadi apa-apa, begitu kata Abah. Habis, rumah di Shah Alam sana, siapa pula yang jaga kalau Umi dan Abah tiada, begitu Kamilah memberi alasan, kononnya mahu membantah hasrat Umi dan Abah.

Rumah Shah Alam ada CCTV, balas Abah. Ada system penggera canggih yang kalau anjing ceroboh masuk pun, penggere berbunyi.

“Skuter boleh masuk ke Batang Ai ke?” Tanya Abah pula sambil cekap pinggang depan rumah mereka pada hari dia pertama kali bawa balik skuternya.

“Takkan Abah tak tahu Batang Ai tu macam mana?” balas Kamilah sedikit merajuk.

Bukankah Abah mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak ini, takkan Batang Ai pun tak pernah sampai? Memanglah status sekolah tempat dia mengajar itu ialah kawasan pedalaman, tapi ada saja jalan darat untuk ke sana. Pandai Abah ya, anak disuruh mengajar di kawasan pedalaman, Abah itu sendiri duduk di pejabat empuk berhawa dingin. Lepas itu Tanya kita Batang Ai itu macam mana, sah-sah Abah tak pernah sampai ke sana.

Skuter Yamaha Ego kebanggaannya dia kunci. Nasib baik bawa skuter, sebab tempat parkir kereta di Institut Perguruan Batu Lintang ini semuanya penuh dengan kereta. Tiba-tiba saja wajah Kamilah jadi tebal seinci lebih-lebih lagi bila dia perasan ada dua tiga orang lelaki yang sedang duduk-duduk di tepi dewan Brooke itu asyik pandang-pandang dia. Nampak pelikkah ya cikgu perempuan macam dia naik skuter?

Hai, kenapalah dia bawa perangai rocknya ke institut perguruan ini. Sudahlah kasut yang dia pakai ini bukannya kasut bertumit tinggi. Sejak dari minggu lepas dia nampak rata-rata guru pelatih di sini pakai kasut tumit tinggi paling kurang pun 2 inci. Beg pun bawa beg jenis ibu-ibu gaya gadis anggun saja. Beberapa orang saja yang bawa backpack macam dia ini.

Nasib kaulah Ila, Kamilah terus berjalan melewati tepi Dewan Brooke. Mujur bilik kuliah tidak jauh dari tempat dia parkir. Kalau tidak, makin banyaklah mata yang melihat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 02:06 PM | Show all posts
TAJUDDIN MENGALIHKAN PANDANGANNYA dari terus-menerus melihat si gadis berbaju kurung merah jambu. Dengan kasut but berwarna coklat, helmet di tangan kiri, beg Adidas di tangan kanan, belakang pula ada beg laptop, memang bukan perempuan idamanlah dia ini, Tajuddin sudah menggeleng.

Jalan pula macam lipas kudung menuju ke bilik kuliah. Sah-sah bukan ustazah, ini mesti kursus KPLI yang Pemulihan itu.

Kata pensyarah mereka minggu lepas, ada dua kumpulan KPLI saja yang belajar di sini musim cuti sekolah ini, satu ialah j-QAF, khusus untuk melatih bakal ustaz dan ustazah. Satu lagi ialah KPLI pengkhususan Pemulihan Khas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:10 PM | Show all posts
skuter pink??

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:11 PM | Show all posts
baik bawak ni cikgu melah oii..

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:13 PM | Show all posts
Apsal tah...

Baca cerita ni, aku teringat cerita Gokusen
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:54 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-4-2015 02:13 PM
Apsal tah...

Baca cerita ni, aku teringat cerita Gokusen

cerita apa tu..? mcm pernah dgr..mcm tak pernah...


ok...sah tak tau...hewhewhew....  





Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:56 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 8-4-2015 02:11 PM
baik bawak ni cikgu melah oii..


yg lain semua dah cun...tapi...

tutu skirt ngan teddy bear kat belakang tu lahai....  




Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 03:00 PM | Show all posts
UsuFie replied at 8-4-2015 02:56 PM
yg lain semua dah cun...tapi...

tutu skirt ngan teddy bear kat belakang tu lahai....  

nak tunjuk moto pink je usu oi
abaikan tutu bear bear tu seme
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 03:02 PM | Show all posts
UsuFie replied at 8-4-2015 02:54 PM
cerita apa tu..? mcm pernah dgr..mcm tak pernah...

Best + kelakor citer dia. Pasal cikgu sekolah menengah yg terpaksa ngajor murid2 teghejal. Punyalah penyabor walau kena buli kaw-kaw.

Tapi yg sebenornya, cikgu itu adalah seorang Kak Yong geng Yakuza





Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 03:09 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 8-4-2015 02:11 PM
baik bawak ni cikgu melah oii..

Betul kata Usu.Lain semua dah ok.

Skirt tutu dgn bebear tu failed ya hamaaat. Hilang ciri2 'tough' minah bikerz.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:50 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-4-2015 03:02 PM
Best + kelakor citer dia. Pasal cikgu sekolah menengah yg terpaksa ngajor murid2 teghejal. Punyala ...

yang aku suka citer kpop or jpop yg comel2 ni bila dorg wat expresi muka..
mmg tak le blah betui.. over but i like it!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:52 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-4-2015 03:09 PM
Betul kata Usu.Lain semua dah ok.

Skirt tutu dgn bebear tu failed ya hamaaat. Hilang ciri2 'to ...

gini boley??



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.338389 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list