CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

Dari Heathrow ke Batang Ai @ Jika Kutulis Di Sini (antologi novella Jemari Seni

  [Copy link]
Post time 16-4-2015 03:33 PM | Show all posts
UsuFie replied at 16-4-2015 02:36 PM
usu rasa, usu sampai skrg buta separuh warna...

takkan usu pakai yg sedondon...walopun sesi pho ...

Usu...

Tetiba iols terasa nak suruh family iols pakai sedondon bak langsir raya nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 04:23 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 16-4-2015 03:33 PM
Usu...

Tetiba iols terasa nak suruh family iols pakai sedondon bak langsir raya nanti..

sedondon ngan langsir rumah??
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 04:26 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 16-4-2015 04:23 PM
sedondon ngan langsir rumah??



Barang mahal skang. Beli dua papan teruih, dapat murah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 04:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-4-2015 01:33 PM
hahaha.. comel je milah..
jangan en. mahmud usha dengan niat lain sudah..

Hai pretty sayang...

Tron hai hai kat sini aje, sebab rumah sinun takde hapdet....



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 04:33 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 16-4-2015 03:33 PM
Usu...

Tetiba iols terasa nak suruh family iols pakai sedondon bak langsir raya nanti..

serious usu rasa geli okeh..sedondon...

anak dara usu seboklah nak ajak bertema2 bagai..huih..!


tp betul la kalo nak jimat..beli sekayu terus..dari tuan rumah sampai ke langsir, sarung kusyen, alas meja kasi sedondon...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 04:36 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 16-4-2015 04:27 PM
Hai pretty sayang...

Tron hai hai kat sini aje, sebab rumah sinun takde hapdet....

tak baik tau tron.. pretty tunggu lama nak main kejar-kejar
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-4-2015 04:58 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 16-4-2015 02:19 PM
di suatu zaman dahulu.. zaman2 menengah rendah..
gi jalan2

Okay lagi ko zaman menengah rendah.
Aku ni zaman lepas SPM, jalan-jalan kat shopping complex pakai seluar sukan dengan baju t-shirt jek . Sungguh memang gagal bab bergaya.

Zaman sekarang, adik sepupu aku yang Form 5 tu dah sibuk bergaya ala hijabista .
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah... Ada update... Hilang keboringan sekejap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2015 10:43 PM | Show all posts
ABAH KATA SEMENTARA SAJA…” bentak Kamilah separuh hendak marah bila borang perjanjian KPLi itu dia hulurkan pada Umi dan Abah.

Hajah Zaharah cuma jeling saja Kamilah dengan ekor matanya. Bukan dia tidak tahu anak gadisnya itu, suka sangat marah-marah begitu kalau kehendaknya tidak kita tunaikan. Tangannya tekun menjahit sembat pada leher baju kurung baru milik Kamilah.

“Habis surat perjanjian ini?” wajah Kamilah sudah masam mencuka di situ. Kata Abah dulu, terima dulu jawatan guru sandaran tidak terlatih ini untuk beberapa bulan. Kalau orang suruh masuk maktab perguruan untuk ambil KPLI, kalau Ila masih tak minat, boleh saja tolak.

“Kalau tak nak isi, karang sajalah surat peletakan jawatan itu,” balas Abah selamba. Dia pura-pura selak majalah yang ada di tangannya.

Dia saja cakap begitu pada Kamilah, tapi Haji Mustafa tahu, lambat-laun Kamilah akan terpaksa setuju juga untuk masuk KPLI itu. Kamilah ini nampak saja degil, tapi antara ramai anak-anaknya, Kamilah inilah yang paling menurut kata, walaupun degil dan melawannya itu ya ampun. Tengoklah itu, dia beli pula skuter. Kata dulu susah mahu bawa barang-barang kalau tak ada kereta. Habis, skuter itu. Macam mana mahu angkut barang-barang?

“Ila nak tidurlah…” Kamilah sudah capai segala beg dan fail-fail yang dia timbun di atas meja kopi tadi.

Ada Umi dan Abah di rumah ini, tidak bolehlah hendak sepah-sepahkan barang macam biasa. Mata bukannya mengantuk tapi dia betul-betul rasa tertipu.

Jawatan yang dia sandang sejak 6 bulan yang lepas dikenali sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Tapi agak istimewa sebab dengar khabarnya mereka ini akan diserap terus ke dalam perkhimatan guru sebagai guru tetap tapi dengan syarat kena masuk KPLI Kursus Dalam Cuti (KDC). Maknanya cuti sekolah masuk maktab perguruan, kalau bukan cuti sekolah, mengajar di sekolah macam biasa. Yang lebih istimewa, jawatan ini kena ajar subjek Pemulihan Khas di sekolah-sekolah pedalaman seluruh Malaysia.

Kata Abah dulu, Ila cuma jadi GSTT selama 6 bulan saja, kalau pihak KPM tawarkan untuk masuk KPLI KDC itu juga, Ila boleh tolak kalau tak minat. Tapi kalau tolak, secara automatik Ila akan diberhentikan kerja.

Berpegang pada kata-kata Abah itulah dia terima juga jawatan GSTT itu, dengan harapan kerja ini cuma setakat 6 bulan saja. Lepas ini dia hendak tolak tawaran KPLI KDC ini. Biar KPM hentikan dia dari jadi cikgu.

Dia rasa hendak cari kerja lain pula, terbayang-bayang sudah di mata Kamilah kerusi empuk dalam bilik berpenghawa dingin di kotaraya besar, bakal tempat kerja barunya nanti.

Dia mahu cari kerja yang lebih glemer, tak macam kerja sekarang. Sudahlah jadi cikgu, duduk pula kawasan pedalaman, lepas itu setiap hari ada saja monyet datang tertinjau-tinjau di tingkap kelasnya. Bukan setakat monyet, ular, biawak, ayam, itik, semuanya masuk dalam kawasan sekolah.

Sebelah kanan kelasnya hutan belukar. Belakang kelasnya pun hutam belukar. Biliknya di kuarters guru sana pun dikelilingi hutan belukar. Astro semua tak ada. Harapkan talian Internet saja untuk dia tengok drama Korea dan Jepun kesukaannya.

Apa kelas lulusan Undang-undang jadi Guru Pemulihan Khas? Tempatnya nun di firma undang-undang terkemuka negara, kalau tak pun dia sepatutnya sedang menyediakan hujah-hujahnya untuk berdebat di mahkamah esok. Ini tidak.

Kamilah tekan-tekan tetikus di tangan kanannya. Teringat tugasan yang Encik Mahmud bagi siang tadi.

Ini gambar di IPGM Batu Lintang kan? Saya pun belajar kat sini sekarang. Awak ambil kursus apa ya?

Bulat mata Kamilah bila membaca komen yang tertera di skrin laptopnya. Komen pada blognya itu! Alamak, ada cikgu pelatih dari IPGM yang sama dengannya baca blog ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2015 10:44 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 16-4-2015 10:47 PM

Bab 5:


AZHARI MEMBACA PESANAN RINGKAS yang dihantar oleh Kamarul siang tadi. Setuju ke tidak ya? Mengada-ada betul Kamarul ini. Buat kerja betul.

Setuju ke tidak ya? Kamilah ini siapa pula?

Mati aku, Azhari sudah garu-garu kepalanya yang tidak gatal. Kalau Diyanah tahu ini, mahu ‘mengamuk’ si doktor gigi itu. Dalam lembutnya Diyanah, tegas juga tunangnya itu.

“Kau cuma angguk saja, tak perlu jawab apa-apa. Yang lain biar aku uruskan. Jangan susah hati Azhari, ramai dah student kat sini yang buat begini, senang saja mereka lepas masuk ke Makkah,” kata Kamarul dalam telefon siang tadi.

“Perempuan itu siapa? Baik tak? Jangan yang gedik-gedik sudah,” kata Azhari. Dia sedikit bengang sebenarnya dengan rancangan Kamarul itu.

“Kawan kepada adik kawan aku. Dia ok. Keluarga baik-baik. Kau cuma perlu kata ya, angguk. Itu saja. Masuk saja kawasan Makkah, dia takkan ikut kita lagi. Kau dengan dia cuma perlu ‘berlakon’ sikit saja di pintu masuk itu nanti…” wah, Kamarul terangkan rancangannya seolah-olah senang betul ya.  

“Kalau kena tangkap?” Tanya Azhari sedikit bimbang. Biar betul Kamarul ini.

“Ya Allah, ramai dah orang lain buat begini. Student Malaysia kita ada yang buat begini, tak ada pula aku dengar kena tangkap,” kata Kamarul.

“Aku ‘berkenalan’ dengan Kamilah itu nanti kat mana?” balas Azhari sedikit kurang senang.

“Kat rumah kawan aku itulah… nanti kau jumpa dia kat sana. Jangan risau… dia okay punya…”

Jangan risau? Dari nampak mudah, macam sudah timbul masalah. Azhari baca lagi pesanan yang Kamarul kirimkan padanya usai mereka berdua di telefon siang tadi.

Kamilah binti Mustafa. Asal Shah Alam.


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 11:08 PM | Show all posts
aylanins replied at 16-4-2015 10:44 PM
Bab 5:

AZHARI MEMBACA PESANAN RINGKAS yang dihantar oleh Kamarul siang tadi. Setuju ke tidak ya?  ...

antara dua..tajuddin atau azhari..
siapakah pilihan cikgu melah sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 01:02 PM | Show all posts
Ipo replied at 16-4-2015 11:08 PM
antara dua..tajuddin atau azhari..
siapakah pilihan cikgu melah sebenarnya?

sekali en. mahmud yang jadi pilihan hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2015 04:24 PM | Show all posts
Ipo replied at 16-4-2015 11:08 PM
antara dua..tajuddin atau azhari..
siapakah pilihan cikgu melah sebenarnya?

Sekali macam kata @prettyuglybabe Encik Mahmud yang jadi pilihan Kamilah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2015 04:31 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 17-4-2015 04:33 PM

LULUSAN MANA?” Tanya Puan Raudhah pada Kamilah.

Dari sejak mula-mula masuk kelas ini dia nampak Kamilah ini diam saja, tidak macam cikgu-cikgu lain, bising mengalahkan budak-budak. Tapi kalau ikut pengalamannya, yang diam-diam macam Kamilah ini ada potensi untuk mengejutkan banyak orang.

“Aa… Sarjana Muda Undang-undang… dari UM,” jawab Kamilah perlahan.

Janganlah Puan Raudhah ini tanya banyak-banyak dengan dia kenapa lulusan undang-undang macam dia masuk KPLI ini. Semua mata di dalam kelas itu tertumpu pada Kamilah yang sedang berdiri memperkenalkan diri.

Setiap kali ada pensyarah baru masuk, memang begitulah, cikgu-cikgu pelatih ini kenalah perkenalkan diri. Mengajar sekolah mana, asal mana, lulusan bidang apa, lepas itu kenapa memilih jadi cikgu. Masuk ini sudah kali keenam rasanya Kamilah memperkenalkan dirinya.  

Undang-undang? Dahi Puan Raudhah sedikit berkerut. Jadi inilah dia Kamilah Mustafa yang Encik Mahmud katakan itu. Ada lawyer masuk KPLI, cerita Encik Mahmud pada mereka di Jabatan Pengajian Melayu semalam. Tapi lawyer itu ada emas dalam mulut dia. Pendiam ya ampun, tak padan dengan kelulusan.

“Kenapa ambil KPLI? Memang minat ke atau mak ayah yang suruh? Atau sebab tak ada kerja lain?” Tanya Puan Raudhah. Selalunya jawapan ketigalah. Dah tak ada kerja lain, maka pilih jadi cikgu.

“Oh, saya memang minat nak jadi cikgu. Masa kerja fleksibel,” jawab Kamilah sambil senyum manis. Bohong sunat padahal mana ada dia minat pun. Abah yang suruh!

“Oh…” Puan Raudhah tersenyum. Jawapan klise. Jawapan selamatkan diri. Sembilan puluh peratus yang masuk ke institut perguruan ini jawapannya mereka kalau ditanya kenapa hendak jadi cikgu, memang itulah: saya berminat!

Padahal!

“Tahniah sebab dalam sekian ramai yang memohon jawatan ini, awak semua yang terpilih. Awak tahu kan ada lebih dua ribu orang yang memohon jawatan ini?” Tanya Puan Raudhah sesudah pelajar terakhir memperkenalkan dirinya.

“Tahuuuuuu…” seisi kelas menjawab.

Kamilah menguis-nguis pemadam di atas mejanya dengan pensel. Masakan dia tidak tahu. Statistik mereka yang terpilih mengisi jawatan ini sudah keluar di dada akhbar pun.

“Saya tahu, ada yang memang betul-betul berminat hendak jadi cikgu. Ada yang sebab terpaksa jadi cikgu…” Puan Raudhah terhenti seketika. Matanya mengerling seketika pada Kamilah yang duduk di hadapan sekali.

“Untuk yang TIDAK BERMINAT hendak jadi cikgu itu, tapi terpaksa juga berada di sini… saya cabar awak!” Puan Raudhah menarik nafasnya.

“Dapatkan… cemerlang KPLI. Pastikan result akhir awak nanti berderet A. Pointer atas 3.5. Tak mainlah lulusan hebat-hebat macam awak ini setakat dapat 3.0. Atau, kalau betul tidak berminat, keluar saja dari program ini. Biar orang lain yang betul-betul berminat, yang betul-betul hendak mengajar, biar mereka saja yang berada di sini.”

Kamilah mengetap bibir. Macam dituju dengan dia saja kata-kata itu.

“Awak tahu kan saya mentor kumpulan awak?”

Seisi kelas sudah mengangguk.

“Mentor kedua Encik Mahmud. Ada apa-apa masalah, boleh tanya saya atau Encik Mahmud. Encik Mahmud itu Ketua Jabatan Pengajian Melayu.”

Mentor? Mati aku, detik Kamilah dalam hati.

Sudahlah kena tegur oleh Encik Mahmud pasal stoking dan kasut. Puan Raudhah pula cabar suruh dapat cemerlang KPLI. Nak cemerlang apanya kalau hendak pergi kelas ini pun dia tidak ada hati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:01 PM | Show all posts
kenalkan cikgu mahmud

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2015 05:05 PM | Show all posts

Tidaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkk  
misainya melintang ya ampun


Kau memang Conan



Err... muka Tajuddin takde ke

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2015 05:06 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 17-4-2015 05:09 PM

TIGA LAGI NAMA tak hantar borang KPLI,” kata Faruk bila melangkah masuk ke dalam bilik Jabatan Pengajian Melayu. “Under Encik Mahmud dan Puan Raudhah, kumpulan 2, ada seorang.”

“Kumpulan 4 ada seorang, under Encik Chong, Jabatan Matematik,” kata Faruk lagi. Dia letak memo itu di atas meja Puan Raudhah. "Satu lagi Kumpulan 5."

“Kumpulan 2 siapa?” Puan Raudhah yang sedang sibuk menulis sesuatu di dalam bukunya terus capai memo itu. Dia sudah bagitahu Kumpulan 2 di bawah seliaannya, jangan hantar borang itu saat-saat akhir, nanti ada kesilapan, borang boleh kena tolak.

“Yang Kumpulan 2 itu, Kamilah Mustafa nama dia.” Faruk sudah berjalan ke pintu. Dia staf bahagian Hal Ehwal Murid.  

Dahi Puan Raudhah berkerut. Kamilah tak hantar borang KPLI lagi? Lagi tiga hari tarikh tutup. Biar betul budak ini.

“Kamilah binti Mustafa ke?” Tanya Puan Syamsiah yang duduk di hujung dekat tingkat kaca sana.

“Kenal ke?” Tanya Puan Raudhah. Setahunya Syamsiah tidak mengajar kelas si Kamilah ini.

“Kalau tak silap dia ranking pertama ujian MTest. Kan minggu lepas mereka sit ujian Mtest tu. Batch KPLI mereka ni pelik sikit. Orang lain ambil Mtest dulu, baru dapat masuk KPLI. Mereka ini kan masuk KPLI dulu, baru ambil MTest. Program hasil cadangan Menteri beginilah, suka hati mereka buat peraturan saja,” kata Puan Syamsiah.

Dia baru lihat keputusan Mtest pagi tadi. Ramai yang lulus cukup makan sebab kurang persediaan. Tahu-tahu, datang kelas saja, cikgu-cikgu pelatih yang baru itu disuruh menduduki Mtest. Jadi, heboh jugalah bila ada seorang yang dapat markah 90 ke atas untuk kesemua kertas macam Kamilah itu.      

“Serius dia ranking pertama?” Tanya Puan Raudhah tidak percaya.

“Haah… result ada kat Hal Ehwal Akademik sana. Kalau tak silap yang selalu naik skuter itu kan, yang selalu sorang-sorang itu… Mahmud kata lawyer dari UM,” sambung Puan Syamsiah.

Ranking pertama? Puan Raudhah seakan tidak percaya. Boleh tahan juga Kamilah ini. Tapi mulut Kamilah itu masih lagi ada emas. Pendiam mengalahkan patung cendana.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2015 05:08 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 17-4-2015 05:11 PM

TAJUDDIN MELIHAT SENARAI no matrik yang terpampang di papan notis HEA itu. Keputusan ujian Mtest sudah keluar. Ada dua kelompok KPLI yang menduduki ujian ini minggu lepas:

Pertama, KPLI Pemulihan Khas.

Kedua, KPLI jQAF. Dia kan di bawah program jQAF.

Mata Tajuddin meneliti senarai nombor matrik di hadapannya. Hem, terbaik 30. Bolehlah. Pemulihan Khas ada 120 orang, jQAF ada 80 orang. Kira boleh tahanlah itu kalau namanya antara 30 pelajar terbaik.

Matanya melihat nombor yang berada di ranking pertama. Siapa ini ya? Markah 90 ke atas untuk semua kertas. Dia tidak kenal nombor matrik cikgu-cikgu lain.

“Ustaz! Jom minum… lapar nih…” Khalil sudah tepuk bahu Tajuddin.

“Heh… belum grad KPLI lagi, segan ah panggil ustaz…” sahut Tajuddin. Kalau di sekolah lainlah, memang murid-murid kena panggil dia Ustaz. Ini di kampus ini, seganlah bila dengar orang lain panggil dia ustaz. Rasa macam ilmu itu masih tidak cukup.

“Kena biasa-biasakan diri dari sekarang… jomlah… lambat pergi nanti lauk kat kafe habis…” kata Khalil.

“Jap… jap…” Tajuddin sudah ambil telefon pintarnya. Dia mahu ambil gambar keputusan MTest yang terpampang di papan notis itu. Buat kenang-kenangan.

“Cepat ah… orang lain pun nak tengok result tu…” kata Khalil lagi. Tajuddin tidak perasan agaknya ada seorang gadis sedang sabar berdiri di belakang Tajuddin dari tadi, agaknya mahu tengok keputusan MTest itu juga.

“Eh… maaf…” Tajuddin menoleh ke belakang. Gadis itu tersenyum hambar padanya. Tangannya memegang helmet berwarna hitam.

Alamak, mengadang jalan orang pula dia, cepat-cepat Tajuddin beralih ke tepi.   

“Aku harap ada ayam masak pansuh kat kafe sana. Macam suka pula aku dengan lauk tu,” kata Tajuddin sambil menyimpan telefon pintarnya ke dalam saku seluarnya.

“Kafe masak ayam pansuh tu bukan masak dalam buluh. Dia masak dalam periuk… kau masak kat rumah pun boleh…” ujar Khalil sambil tekun menunggu Tajuddin mengatur beg di belakangnya.

“Tahu… tapi sedaplah. Jom ah. Lambat nanti, habis semua lauk-pauk…” balas Tajuddin. Mata Tajuddin sempat mengerling pada gadis yang memegang helmet yang berdiri di hadapan papan notis HEA itu. Sempat dia nampak gadis itu mengambil gambar keputusan ujian MTest itu dengan telefon pintarnya.

Kertas pertama. Dia nampak gadis itu ambil gambar kertas yang paling atas sekali. Terbaik 30 juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:39 PM | Show all posts
potong betul la conan ni..
kesian en. mahmud..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 06:19 PM | Show all posts
ok laaa... yang ni boleh??

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.076672 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list