CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1872|Reply: 0

Atlet Wajib Jalani Ujian Doping Sebelum ke Sukan SEA - Khairy

[Copy link]
Post time 25-3-2015 10:18 AM | Show all posts |Read mode


Atlet yang akan menyertai temasya Sukan SEA di Singapura pada Jun wajib menjalani ujian doping, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

                Beliau berkata ujian itu sebagai langkah mengatasi penyalahgunaan bahan terlarang oleh atlet ketika mewakili negara pada temasya itu nanti.

"Saya sudah arahkan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) untuk buat ujian doping kepada setiap atlet ke Sukan SEA," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Logo dan Kira Detik Hari Sukan Negara, di sini hari ini.

Sebelum ini, ujian doping hanya dijalankan terhadap 30 peratus atlet secara rawak sebelum menyertai kontinjen negara ke temasya sukan besar.

Beliau juga berharap Adamas dapat perbaiki pengurusan maklumat agar maklumat daripada Agensi Anti Doping Antarabangsa (WADA) dapat diterima dengan lebih cepat.
  
Pada temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, pingat emas pertama negara ditarik balik ekoran atlet wushu Tai Cheau Xuen gagal ujian doping.

Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei pula kini berdepan penggantungan sementara kerana dikesan mengambil bahan terlarang mengandungi "dexamethasone" ketika aksi Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.054383 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list