CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1427|Reply: 0

Mesej terselit Sathianathan jadi tanda tanya

[Copy link]
Post time 25-3-2015 10:23 AM | Show all posts |Read mode


"Tiada perubahan pemain. Itu perancangan saya jika saya masih diperlukan dalam pasukan", itu tegas jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B. Sathianathan yang tidak merancang untuk membuat sebarang pertukaran pemain menjelang jendela perpindahan pemain April depan.

                Nyata Sathianathan sudah miliki rentak sebenar untuk anak buahnya namun nada itu turut terselit mesej yang menggambarkan betapa jurulatih itu mula berjauh hati berhubung statusnya bersama pasukan.

Bagaimanapun keputusan seri ke atas Terengganu dan menang ke atas Pahang tempoh hari sekurang kurangnya menjadi penyelamat kepada tekanan dari pihak pengurusan yang mula persoal kewibawaan Sathianathan ekoran kesukaran pasukan itu mencuri mata di awal musim.

Dengan bersahaja, Sathianathan menegaskan, jika dia masih bersama pasukan tiada perubahan drastik akan berlaku pada April memandangkan keserasian sudah mula di lihat membabitkan anak buahnya.

Jurulatih ini nyata tidak berminat dengan tawaran yang cuba di ketengahkan agen pemain import yang disifatkan hanya mahu cari keuntungan peribadi tapi gagal menyediakan pemain yang benar-benar memiliki kualiti untuk membantu pasukan.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.051658 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list