CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1689|Reply: 0

Alex tekad pulihkan reputasi Pahang

[Copy link]
Post time 25-3-2015 10:27 AM | Show all posts |Read mode


Selepas tiga bulan diketepikan kerana mengalami kecederaan lutut, pemain sayap, Azamuddin Akil bertekad untuk memulihkan semula reputasi Pahang.

                Ketiadaan Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex jelas menjejaskan corak permainan Pahang terutama di bahagian jentera serangan.

Pada Sabtu, Azamuddin berpeluang beraksi menentang MISC-MIFA selama 25 minit dan hampir menemui semula sentuhan pemusnahnya.

Bagi Azamuddin, dia mengakui terlalu berhati-hati pada penampilan semula bersama Pahang namun menegaskan dia akan bangkit untuk membantu pasukan kelahirannya kembali ke landasan sebenar.

Ketika ini, Pahang bergelut untuk mencapai kemenangan dan hanya berada di kedudukan ke 10 Liga Super.

Pada masa sama, Azamuddin turut menyuarakan keinginan untuk kembali menyarung jersi negara.

Skuad negara ketika ini dalam rangka persiapan menghadapi Oman pada perlawanan persahabatan namun Azamuddin sekadar menjadi pemerhati.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.980358 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list