CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1275|Reply: 0

KAFA lantik Azraai Khor sebagai jurulatih baharu

[Copy link]
Post time 25-3-2015 10:38 AM | Show all posts |Read mode


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini mengumumkan bekas pengendali T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah sebagai jurulatih baharu bagi menggantikan George Boateng.


                Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata Mohd Azraai akan dibantu oleh Zahasmi Ismail dan Mohamad Sidek Shamsuddin serta perubahan ini berkuat kuasa esok.
"Selepas berunding dan berbincang dengan semua pihak terbabit, pengurusan KAFA berpuas hati bahawa sedikit pengubahsuaian tugas perlu disegerakan.

Ia demi memastikan kesiapsiagaan The Red Warriors (TRW) berada pada tahap terbaik sebelum menjelang bulan April yang cukup mencabar," katanya dalam entri terbaru laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Annuar berkata George Boateng pula dilantik sebagai Pengarah Teknikal pasukan yang bertanggungjawab ke atas semua peringkat kejurulatihan serta pelan pembangunan jangka panjang KAFA.

"Hashim Mustafa pula dilantik sebagai Pembantu Pengarah Teknikal dan Mohd Nafuzi Mahamad Zain dilantik sebagai jurulatih skuad Piala Presiden," katanya.

Boateng dilantik sebagai jurulatih pada 24 April 2014 bagi menggantikan Steve Darby yang dipecat oleh pengurusan pasukan itu.

Sebagai rekod ketika berada di bawah kendalian Boateng, pasukan Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super musim lepas dengan pungutan 31 mata selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Pada musim ini, Kelantan mempamerkan aksi hambar dalam saingan Liga Super  selepas hanya mampu mencatatkan dua kemenangan dalam lima perlawanan dan kini berada pada kedudukan ketujuh liga dengan tujuh mata.

sumber:www.stadiumastro.com
   






                                                                                                                                               
                                                                                                            









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057641 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list