Petaling Jaya – Malang buat seorang wanita warga tempatan berusia 40 tahun yang menjadi mangsa keadaan, apabila dia dibunuh selepas melihat kejadian bunuh di depan pusat karaoke di Jalan PJS 8/13, Sungai Way, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 1.25 pagi itu, tiga lelaki pada mulanya menyerang seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun menggunakan parang dan rantai sehingga mati sebelum menyerang wanita itu yang melihat kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, serangan terhadap pemuda warga Indonesia itu dipercayai bermotifkan dendam.
“Seorang wanita yang juga penyelia pusat karaoke di tempat kejadian turut diserang sehingga mati kerana melihat pemuda Indonesia itu dibunuh.
“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – myMetro Online
kalau saksi nampak pembunuhan tu pun kena bunuh .. sapa pulak laa yg tau pembunuh tu guna parang dan rantai bagai ek? er .. ke dia org tinggalkan bahan bukti di situ. dan acaner pulak boleh tau motif perempuan tu kena bunuh sbb nampak kejadian bunuh tu?
Tak pyh pening. Kes murder ni biasanya the key-word or "kata-kunci" is MOTIF.
Bila`ikut clue "motif" tu mmg akan ketemukan penyiasat dgn suspek @ suspek-suspek.
Tengok je kes tantuyya tu , bila MOTIF dikatakan x penting , sampai skrg jln cerita kematian pompuan mongul tu jd tergantung dan penuh misteri.
Sampai skrg aku pening apesal motif tak penting. Elok je pulak bebaru ni tengok cerita MONK , dlm diskusi para pegawai penyiasat dlm cerita detektif tu , MOTIF di sebut sbg sgt penting.
So dlm kes ni , motif tu ada iaitu saksi perlu di hapuskan.