CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1759|Reply: 0

Faizal perlu jaga disiplin - Khairy

[Copy link]
Post time 26-3-2015 10:02 AM | Show all posts |Read mode

        Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap permasalahan membabitkan pemain hoki kebangsaan, Faizal Saari menemui jalan noktah demi karier pemain itu sendiri.


    Faizal sekali lagi menjadi tumpuan selepas gagal menghadiri sesi latihan skuad kebangsaan pada Ahad. Selain itu, dia juga beraksi bersama kelab Hong Kong, SSSC tanpa kebenaran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Kemelut kewangan yang membelenggu pemain itu dikatakan menjadi punca mengapa dia berbuat demikian. Begitupun Khairy berharap segala permasalahan membabitkan Faizal dapat diselesaikan segera.

"Saya harap faizal sendiri dapat mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Beliau kena ingat sebagai pemain kebangsaan, sebagai seorang pemain yang hebat, sebagai seorang ikon hoki kebangsaan, nasihat saya kepada Faizal ialah pastikan beliau dapat membawa diri dengan baik, menjaga disiplin sentiasa dan terus menyumbang kepada kecemerlangan hoki negara," katanya.

Pada Selasa, Timbalan Presiden KHM, Datuk Nur Azmi Ahmad mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan akan disiasat dengan segera.

Beliau turut menambah, kemelut antara KHM dan pemain itu sudah mendapat persetujuan terutamanya dari segi pembayaran bonus.

sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.619693 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list