View: 4216|Reply: 39
|
[Tempatan]
Kerajaan akan kaji dan mengkaji impak GST
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA 26 Mac - Kerajaan akan mengkaji impak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap penjawat awam termasuk dari segi gaji dan elaun bermula Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata, kerajaan perlu melihat terlebih dahulu pelaksanaan GST bermula 1 April ini untuk mengetahui impaknya sebelum membuat sebarang keputusan.
"Kerajaan tidak pernah ketepikan kepentingan penjawat awam, jadi jika ada hasil yang bertambah penjawat awam juga akan dapat menikmatinya.
"Antaranya dari segi kenaikan gaji atau elaun, tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk bincangkannya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan ke-33 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 30 peratus bagi menghadapi GST.
Sementara itu, Ali berkata, Puspanita boleh memainkan peranan membantu kerajaan menjayakan dasar-dasar seperti GST dan menangani kos sara hidup dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah.
"Selain itu, ahli-ahli Puspanita juga boleh menjadi ejen kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berwajib perbuatan peniaga yang mengenakan harga yang tinggi dan tidak munasabah ke atas barangan jualan mereka," katanya.
Beliau juga menghargai usaha Puspanita menjalankan beberapa program meningkatkan kesedaran pengguna, khususnya melalui taklimat GST di seluruh negara melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Kannn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Wujudkan elaun GST utk kakitangan awam berdasarkan gred diorg |
|
|
|
|
|
|
|
standarla tu.. keje nya mengkaji jerla.. tapi sampai situ ajela kaji dan kaji |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la nak angkat call tanya pasal GST lembab...minta kerajaan kaji masalah hidup diorg pulak...
Kerajaan dan kakitangan nya sama2 bodoh tolol.: |
|
|
|
|
|
|
|
Dah buat br nak kaji...wakaka |
|
|
|
|
|
|
|
lawaknyela haii..x sampai seminggu je lg nak kaji pebendanye |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo..
implement dulu baru kaji kah ?
bangsat sangat hokeh
|
|
|
|
|
|
|
|
hanya kaji utk penjawat awam jer........?????
yg swasta..........pegi mampos.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kajian yg lepas2 apa citer.sikit2 kaji je muak pulak aku dgar malam2 buta ni rase nak hempok je pala orf |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan tak pernah dgr ke atau pura2 tak mendengar apa itu 'Change Management' ? |
|
|
|
|
|
|
|
dia bukan nak kaji impak gst pada penjawat awam sebagai pengguna. dia nak kaji duit masyuk melalui gst tu ada lebey tak? kalu ada, dia kasi la sama penjawat awam. kongsi-kongsi kelebihan.
yg kekurangan kat org lain tu apa nak buat. collateral damage dlm usaha kerajaan memperbetulkan sistem percukaian negara.
korang nak sistem cukai yg betul atau yg salah? mesti la nak yg betul kan kan kan
*aku tak sokong gst tapi kjaan kena teruskan jugak. kalu batal/tangguh kang nampak takdak pendirian dan nampak terang2 menipu dok kata gst bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan betul cakap Encik Mah Bin Chai, kerajaan BN sentiasa mendengar hati rakyat? |
|
|
|
|
|
|
|
cuksi naik ...tarif elektrik ...bil ..harga barang ...sama jugak tak berubah
tang mana yag tak membebankan rakyat ?
tang mana yg nak cepat jadi negara maju kalo rakyat makin lama makin bangkrap
policy maker ni
sebelum buat apa2
main game la dulu
berapa kerat PTD n policy maker lepas main game ni ?
|
|
|
|
|
|
|
|
kerunai replied at 27-3-2015 12:04 AM
cuksi naik ...tarif elektrik ...bil ..harga barang ...sama jugak tak berubah
tang mana yag tak me ...
Akak dah main dulu ... Dgn yg Crusader punya. |
|
|
|
|
|
|
|
belum ada satu kategori barang yg penting lg yg aku dengar harganya akan turun..
at least kalau dh ada 2-3 jenis kategori tu, nmpk sedap jugak la gst ni, tapiiiiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
kaji, mengkaji, kajian, mata kaji... |
|
|
|
|
|
|
| |
|