CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
Post time 29-3-2015 06:39 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 29-3-2015 06:41 PM

Aku pernah kena saman polis, sebab naik motor dengan kawan aku.
Terang-terang motor tu ada sticker Lesen L, tapi dia pi bawak aku .

Nak nangis woo masa tu... Abang polis saman sampai RM300 .

Kami bahagi saman 2 orang, aku bayar RM150, dia bayar RM150 .
Balik rumah, ikat perut makan Maggi seminggu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 06:35 AM | Show all posts
wahhh cerpen baru ye Ipo...

#sabarmenunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 10:14 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 29-3-2015 04:52 PM
tak terpikio la pulak nak perdajal org mcm tu masa tu..
memandangkan masa tu byk panggilan sesat  ...

ada tau..no tepon yang dekat2 sama..
aku plak pernah terima panggilan..gini dialognya..

Pemanggil: Yang...please..
Aku:???
Pemanggil: Ok..kita jumpa..
Aku: Maaf..
Pemanggil: Kenapa dengan suara awak?
Aku(Mula nak gelak): Demam..
Pemanggil: Sekarang juga saya datang ambik awak , gi klinik k?
Aku (sambil berdehem) :Maaf...
Pemanggil:  Please Yang...
Aku: Saya bini oranglah!
Pemanggil :Hah??Awak siapa?
Aku: ENcik salah orang.
Pemanggil: patutlah suara lain...maaf..maaf..maaf
Aku: Maksud awak?
pemanggil: Suara awek saya tu garang sikit..awak ni lembut...haih...
Aku: ?????
Terus talian putus

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 10:15 AM | Show all posts
aylanins replied at 29-3-2015 06:39 PM
Aku pernah kena saman polis, sebab naik motor dengan kawan aku.
Terang-terang motor tu ada sticker  ...

adeh...kesian dengarnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 10:54 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 30-3-2015 11:15 AM

ok sambung...

Alia beranikan diri memandang ke atas.  Perempuan itu masih tercegat di situ sambil menggenggam sebiji lagi kek cawan yang sudah penyek. Dia pandang pula lelaki yang masih berdiri di depan. Diacuba menahan  dari ketawa. Rupanya kek cawan terbang tadi sudah melekat di muka lelaki itu.

“Rasakan! Gatal nak cari perempuan lain!”

Alia pandang pula perempuan tadi yang mula bercekak pinggang. Mukanya semakin bengis.

“Sayang! Sumpah!  I tak sengaja!  I tersalah orang!” Lelaki itu menyapu tompokan krim kek cawan di mukanya.

Alia hanya melihat sebabak drama di depannya. Dia kini berada di tengah-tengah. Tak berani dia bangun. Ah! Bukan salah aku!

“Tak sengaja? Bukan main lagi pegang tangan minah ni! Kau pun sama! Gatal! Dah tahu boyfriend aku tersalah tarik tangan kau, kenapa kau biarkan saja dia pegang?” Perempuan itu mula marahkan Alia. Menuduh Alia perempuan gatal.

Alia mula rasa panas telinga bila dituduh begitu. Dia segera bangun sambil merenung perempuan  yang memakai baju seakan sama dengannya tadi.

“Apa kau cakap? Siapa yang gatal? Ni! Mamat ni yang gatal! Aku dah jerit banyak kali supaya lepaskan tangan aku tapi dia buat dek je!!” Kali ini Alia mula cekak pinggang. Beg plastik yang penuh dengan buku diletak atas batu bata tempat pejalan kaki di sebelahnya. Diamelihat sekeliling. Nasib baik tak ramai orang lalu lalang kat situ.

“Ah! Samalah tu! Kau ambik kesempatan ni  nak tackle boyfriend aku kan??” perempuan itu tak nak mengalah.

Alia semakin geram. “Tackle boyfriend kau?? Please la!!!”

“Sudahlah sayang. Dia tak salah! I yang salah okey!” Lelaki itu cuba menenangkan keadaan tapi masih tidak berani mendekati perempuan itu.

“Ah! Dua-dua gatal! Rasakan!”

Sekali lagi kek cawan mula terbang ke arah Alia dan lelaki itu. Alia sekali lagi cepat-cepat bertindak dengan segera tunduk dan duduk mencangkung untuk mengelak. Kelajuan kek cawan terbang nyata tidak selaju tindakannya. Kali ini kepalanya ditundukkan rapat ke lutut.

Paap!!!

Alia dongak. "Aik! Mana dia orang ni???"

Alia bangun perlahan. Lelaki dan perempuan itu sudah tiada. Dia jenguk di celah-celah orang ramai. "Huh! Tahu pun buat salah!"

Keduanya dilihat sudah terkocoh-kocoh pergi dari situ di celah-celah orang ramai. Alia kembali membongkok dan mengambil beg plastik yang diletakkan di atas batu bata tadi. Sebaik dia berdiri semula, seorang lelaki lain yang comot mukanya dengan krim kek sedang berdiri tepat di sebelahnya.

"Erk!"

"Sapu muka saya!!" Sehelai sapu tangan dihulur kepada Alia.

Alia masih tergamam. Siapa pulak mamat ni? Tadi..rasanya kek itu..Ya Allah! Alia tepuk dahi. Rupanya kek cawan kedua itu sudah terkena muka mamat ni, patutlah dua orang tadi sudah tergesa-gesa pergi dari situ.

"Sapu!! Awak yang lontar kek cawan tu kan??" Arah lelaki itu lagi.

"Awak dah salah faham ni encik. Bukan saya yang lontar kek tu!" Alia pertahankan diri. Muka lelaki itu masih penuh dengan krim kek. Memang tidak nampak jelas mukanya.

"Saya tak kira!" Pantas saja tangan Alia ditarik dan diletakkan sapu tangan lalu disapu ke mukanya.

Alia terpaksa juga lap muka lelaki itu. "Dah bersih!" Sapu tangan itu diletakkan semula ke atas tapak tangan lelaki itu dengan kasar. Dia ingin segera beredar dari situ.

"Alia??"

Alia menoleh. "Sya....Syamil??"

"Hmm..tak sangka ya.." Sengih Syamil.

Alia sudah pucat. Entah apa Syamil fikir nanti. Dulu dia banyak kali cuba beri klu pada lelaki itu tentang cintanya dan kali ini mungkin lelaki itu ingat dia sudah terdesak. Yalah..guna taktik lontar kek cawan pulak walaupun bukan dia yang lakukan. Semuanya berlaku secara spontan tadi. Entah ke mana pula dua orang itu pergi. Dia mengetap bibir. Manalah dia tahu kek itu sudah terkena muka Syamil. Tak pasal-pasal dia terperangkap dengan Syamil.

"Hmm..so, tell me. What are you trying to do actually?" Syamil senyum, sisa krim yang masih melekat disapu lagi.


"Err...er..se...sebenarnya..bukan saya yang lontar kek tu. Tadi..ada seorang perempuan yang cuba lempar pada teman lelaki dia tapi opps! Maaf..terkena awak.." Alia senyum sengih. Dia kemudian tunduk. Apa lagi yang dia harus cakap..berterus terang sajalah..


"So cliche. I know..awak sukakan saya kan?" Syamil senyum lagi.


Alia pantas mendongak. Wajahnya sudah merona merah. "Err...ya...eh tak!"

Syamil hanya senyum. "Nah..basuh ni bersih-bersih. Pulangkan pada saya nanti di sini, di tapak ini, esok."

Sapu tangan yang sudah comot dengan krim kek diletakkan atas tapak tangan Alia. Alia masih tergamam.

"Err..ke..kenapa saya yang kena basuh?" Alia terpinga-pinga.

"Saya tunggu awak di sini! I'll text you!" Syamil berlalu pergi, sempat kenyit mata pada Alia.

Alia terpegun. Terpaku.

Yati muncul. Bahu Alia ditepuk kuat. “Kenapa dengan kau ni? Macam tengok Prince Charming je! Tutup mulut tu woi!” Yati lihat sekeliling. Siapa agaknya yang dilihat Alia ni...

Terkejut dengan tindakan Yati, spontan sapu tangan yang berada di tangan Alia ditempek ke muka Yati.

"Apahal kau ni Alia? Habis muka aku!" Yati menyapu krim di mukanya.

"Opss! Maaf!!" Alia senyum dan mula ketawa melihat muka Yati sudah terkena sisa krim.

Dalam hatinya berbunga sakura........................TAMAT


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:03 AM | Show all posts
Ipo replied at 30-3-2015 10:14 AM
ada tau..no tepon yang dekat2 sama..
aku plak pernah terima panggilan..gini dialognya..

nak kenakan orang akhirnya terkena balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2015 10:19 PM | Show all posts
{:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 11:31 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 4-4-2015 11:36 PM

3. Kasih Akhir Hayat



MELUR senyum melihat ibu bersungguh meniup bara pada ranting kayu yang dijadikan kayu api.Sesekali dia ketawa mengekek bila melihat muka ibu sudah penuh dengan debu dari kayu api yang terbang bila ditiup. Selesai membasuh beras pulut, dia segera ke belakang dapur menolong ibu membakar lemang.

Selesai meletakkan daun pisang dalam buluh, Melur masukkan pula  beras pulut dan sedikit santan. Memang setiap kali menjelang hari raya, seminggu sebelum itu mereka sudah mula menerima tempahan dari jiran yang suka lemang yang ibu buat.

Melur segera mengambil kipas tangan dan mengipas kayu api yang mula padam. Sesekali mereka ketawa bila wajah masing-masing hitam dek abu dari bara kayu api yang mula terbang.

“Bonda rehatlah..biar Melur yang buat semua ni..”

Melur terharu melihat kesungguhan ibu menyiapkan lemang yang ditempah. Tahun ini, tempahan yang diterima lebih dari tahun lepas. Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah nampaknya tahun ini. Pagi tadi, pagi-pagi lagi ayah sudah ke hutan mencari buluh untuk buat lemang. Kadang-kadang rasa kasihan melihat ibu dan ayah memerah keringat semata-mata untuk mencari rezeki halal dan menyara mereka sekeluarga.

Sejak dulu, ayah memang kuat bekerja. Orang kampung macam ayah, hanya kerja-kerja kampung sajayang mampu dia lakukan. Sekolah pun hanya setakat tingkatan lima.  Sejak mendirikan rumah tangga dengan ibu,ayah begitu rajin mencari rezeki. Bermacam-macam kerja dia lakukan. Bila kami lahir, ayah semakin sibuk mencari rezeki. Dari seorang nelayan biasa, ayah melangkah setapak lagi menjadi  seorang peniaga cendol. Modal yang diberi oleh pihak pengurusan zakat negeri, ayah gunakan sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Bermula dari situ, perniagaan cendol ayah mendapat sambutan walaupun hanya kecil-kecilan. Ibu pula membuat nasi lemak dan lemang bila ramadhan menjelang setiap tahun. Kasih ayah pada ibu sungguh murni, tidak berbelah bagi. Walaupun sibuk, ayah tetap menolong ibu dalam apa jua keadaan. Pernah ayah bangun pukul tiga pagi semata-mata ingin membantu ibu menyediakan nasi lemak dan kuih untuk dihantar di kedai-kedai makan sekitar kawasan rumah mereka.

Bila ibu demam,ayah setia menanti di tepi katil ibu yang terlantar di situ. Malah ayah melarang kami dari membantu ibu menyediakan bubur nasi. Ayah akan membuat sendiri untuk ibu. Melur menyeka air mata melihat kasihnya ayah terhadap ibu.Pernah terlintas di hatinya suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan lelaki yang mempunyai sikap seperti ayah.

Bila bulan ramadhan tiba, ayah akan bangun sepertiga malam untuk tahajud bersama ibu.Melur dan kembarnya, Mawar pula kadang-kadang ikut sama. Maklumlah masih muda remaja, baru tujuh belas tahun. Usia begitu, memang masa untuk berseronok.Itulah yang selalu difikir oleh Melur dulu. Dia dan Mawar selalu bergaduh bila disuruh membuat kerja rumah. Ibu dan ayah tidak pernah marah malah mereka menasihati dengan berhemah.

“Melur..Mawar..hanya satu pinta ayah..ayah tak minta kamu berdua membuat kerja rumah dengan terpaksa. Jika rasa terpaksa, tak usahlah buat kerana terpaksa itu tiada nilai di sisi Allah jika tidak dengan hati yang ikhlas.”

Melur senyum lagi. Selepas itu dia dan Mawar malu sendiri. Bukan mereka tidak tahu tapi sengaja buat tidak tahu.  Bermula saat itu, Melur dan Mawar tidak lagi bergaduh. Mereka mula melakukan kerja rumah dengan rela hati, berbakti pada kedua orang tua.

“Kak..Mawar tengok bonda dan ayah macam loving couple! Kalaulah Mawar dapat suami macam  ayah, penyayang, loving..kan best!” Mawar senyum sambil melihat ayah dan ibu sama-sama meniup kayu api untuk membakar lemang sambil bergurau.

“Ha’a ..akak pun suka tengok. Ingatkan akak je yang idamkan suami seperti ayah..hihihi..”

Melur senyum sambil menjeling ke arah Mawar yang muda hanya tiga minit darinya.

Melur dan Mawar sama-sama  menyambung kerja memasukkan daun pisang dan beras pulut ke dalam batang buluh. Sesekali mereka ketawa melihat gelagat ibu yang mencubit paha ayah yang menyapu arang ke muka ibu.



MALAM itu mereka berbuka sama-sama. Ibu sempat masak lauk ayam kampung goreng berempah dan sayur pucuk ubi yang dipetik di belakang rumah. Sedikit sambal belacan bersama ulam raja.Mereka menikmati juadah berbuka dengan penuh selera dan sama-sama ke masjid menunaikan solat terawih.
Melur senyum lagi bila melihat ayah setia berada di sebelah ibu dalam perjalanan ke masjid yang hanya beberapa meter saja jaraknya dari rumah. Melur dan Mawar turut berpegangan tangan sambil berjalan di belakang ibu dan ayah.

Pulang dari terawih, ayah akan mengira duit hasil jualan untuk hari itu dan disimpan didalam peti kayu empat segi yang diletak dalam almari bilik. Tidak mahu disimpan di bank katanya. Menurut ayah lebih senang untuk membeli ubat untuk ibu sekiranya ibu demam lagi. Ayah juga menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah.Itu yang ayah mampu. Bukan tidak terniat untuk mengerjakan haji namun jika dilihat hasil jualan memang tidak akan pernah cukup. Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat ayah untuk terus berusaha mencari rezeki. Ayah ingin menunaikan keinginan ibu yang begitu ingin melihat bumi suci. Siang malam ayah mencari rezeki.

Masih terngiang kata-kata ayah…

“Wahai anak-anakku…tanamlah dalam hati untuk melihat kebesaran Allah di bumi suci. Jika tidak mampu ke sana, cukuplah dengan amalan seusai solat subuh, bacalah Quran sehingga masuknya waktu dhuha, maka tunaikanlah solat dhuha semoga dimurahkan rezeki..insyaAllah..dengan amalan itu juga sebenarnya kita mendapat pahala satu umrah sempurna..ingatlah wahai anak-anakku.”

Melur hanya tunduk sambil menyeka air mata mendengar tazkirah ringkas dari ayah tercinta setiap kali lepas solat. Dia pandang Mawar di sebelah yang manis dalam telekung putih. Dipandang ibu yang sentiasa mengukir senyuman kepada ayah. Betapa bahagia melihat ayah dan ibu.



bersambung..........

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Interesting story @Ipo...  It's nice to see u're here sis...  Sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 10:52 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 5-4-2015 09:07 AM
Interesting story @Ipo...  It's nice to see u're here sis...  Sambung lagi

cerpen yang dah ada je zam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 10:55 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 5-4-2015 10:59 AM

sambungan......


MALAM itu, balik dari masjid, ayah akan tolong ibu menyiapkan tempahan. Seperti biasa ayah dan ibu akan bergurau senda. Mawar dan Melur juga turut tersenyum melihat gelagat kedua  orang tua mereka.

“Bonda..mengapa nama kami seperti nama bunga..Melur dan Mawar?” Melur tiba-tiba teringat nama unik mereka pada zaman moden ini. Mawar turut mengangguk, ingin juga dia tahu kisah di sebalik nama unik itu.

“Melur..Mawar..nama tu ayah bagi sempena nama ibu kamu yang juga nama bunga..Kenanga..semuanya wangi. Ayah harap anak-anak ayah juga dapat menjadi anak solehah, biar wangi diri tatkala dijemputNya nanti!”Ayah senyum sambil melihat ibu yang tersipu malu.

Melur dan Mawar angguk sambil mengukir senyuman di bibir. Kini baru mereka faham mengapa.Mereka ketawa dan bergelak ketawa. Ayah paling gembira malam itu menyakat ibu yang sudah kemerahan di sebalik putih wajahnya yang tenang.

“InsyaAllah..esokkita sambung lagi…nanti kita tahajud sekali. Lepas tu kita solat sunat Aidilfitri sama-sama esok pagi di masjid ya.” Ayah senyum. Dia mula mengemas bila semua lemang dan kuih siap dibungkus.

Melur hanya memerhati ayah masuk ke bilik. Ibu pula bila siap berkemas mula mengikut ayah ke kamar.

“Sungguh bahagia akak tengok ayah dan bonda..” Melur pandang Mawar sambil senyum.



PAGI itu,  Melur tidak sempat bertahajud bersama ayah dan ibu. Mereka tidak sedar jam sudah hampir waktu subuh. Sayup Melur dengar suara ayah melaungkan takbir raya bersama ibu. Dia cepat-cepat  ke bilikair. Sempat dia kejutkan Mawar  yang masih berselimut.

“Mawar!Bangunlah! Dah subuh la..nanti ayah marah!” Melur geleng melihat Mawar yang masih lena atas katil.

Mawar genyeh mata.Dia lihat sekitar bilik.

“Kak..kita kat mana ni?”

Melur mula pelik dengan pertanyaan Mawar yang masih termangu-mangu begitu. Mamai agaknya.

“Kat bilik kita la..kenapa?” Melur tarik selimut Mawar.

“Bilik kita?Err..tapi tadi Mawar rasa Mawar berada kat satu tempat lapang dan wangi. Ayah dan bonda pun ada sekali.”Mawar terpinga-pinga sambil memandang sekitar bilik.

“Mawar mimpi tu!Dahlah! Bangun cepat, kita jemaah sekali dengan ayah dan bonda. Mereka dah lama kat bilik solat tu!” Melur tarik tangan Mawar.



DALAM bilik air,Mawar masih bingung dengan apa dia alami. Dia sendiri berada di kawasan lapang dan penuh dengan bunga wangi yang ditanam ibu dan ayah. Masih terbayang, ayah dan ibu sungguh bahagia di situ sambil bergurau senda.

“Mawar!Cepatlah!”

Mawar cepat-cepat mandi dan mengambil wuduk bila mendengar Melur sudah menjerit begitu.

“Kau ni! Tengok,dah pukul enam suku dah! Mesti ayah marah kat kita!” Melur mula tarik tangan Mawar ke bilik solat. Mereka sudah siap bertelekung. Mawar mula muncung.



DI BILIK solat,Melur kuak pintu yang sedikit terbuka. Mawar turut menolak daun pintu. Wajah mereka pucat. Sejak kecil ayah begitu tegas bila menyentuh soal solat yangs engaja dilengah-lengahkan. Tapi kali ini mereka tidak sengaja. Mereka berdua tidak sedar. Mungkin kerana terlalu letih menyiapkan lemang dan kuih.

“Kak…ayah marah ke?” Mawar pandang Melur bila melihat kedua orang tua mereka masih diam.

Melur pandang ayah dan ibu yang masih di tikar sejadah. Namun ada sesuatu yang menyentap tangkai hatinya. Dia pandang Mawar. Mawar juga turut memandangnya dengan wajah pucat. Kepala ibu tersandar di bahu ayah. Ayah pula masih duduk bersimpuh seperti dalam keadaan tahiyat akhir solat. Kepala ayah tunduk.

Perlahan mereka menghampiri. Sejadah dihampar di sebelah ibu. Melur pegang tangan ibu. Mawar pula pegang bahu ibu. Sebaik disentuh, ibu jatuh ke riba ayah. Melur lihat pula ayah yang masih tunduk. Mata ayah pejam rapat sambil senyum.

“Ayah! Bonda!”Melur gerak-gerakkan tubuh kedua orang tuanya.

“Kak..kenapa ayah dan bonda kak…” Mawar mula menangis.

Melur terduduk di sisi ayah dan ibu. Dia kemudian peluk Mawar yang menangis teresak-esak.

“Mawar…Allah lebih sayangkan ayah dan bonda..mereka telah dijemput Ilahi dik…”

Mawar dan Melur masih berpelukan. Kedua orang tua mereka telah kembali kepada Allah di pagiraya. Kedua ayah dan ibu dibaringkan atas sejadah. Mawar dan Melur mula menunaikan solat subuh sebelum memanggil imam masjid.



MELUR pandang lemang dan kuih. Sayu hatinya mengenangkan pemergian ayah dan ibu yang pergi dengan tiba-tiba. Namun dia senyum bila mengenangkan ayah dan ibu pergi dengan tenang. Ada senyuman  di bibir. Bau wangi menusuk ke hidung dari dalam bilik solat sehingga ke liang lahad.  Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmatNya.




TAMAT

Based on true story..kat kampung ku..semoga roh Pak Dek dan Mek Mah dalam dicucuri rahmat Allah..itulah yang dikatakan kasih akhir hayat...
sehidup semati..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 5-4-2015 10:55 AM
sambungan......



Subhanallah!!! Bersyukurlah pd insan yg terpilih seperti arwah berdua... Semoga mereka tenang di sana... Al Fatihah buat arwah berdua... Takziah buat keluarga arwah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 10:37 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 5-4-2015 10:44 PM

(4) ADAM DAN HAWA



HAWA merenung ikan kelisa dalam kolam. Begitu seronok ikan-ikan itu berenang ke sana ke mari.Lama dia merenung ikan-ikan peliharaannya bermain sesama sendiri. Namun hatinya masih resah. Tidak seperti ikan kelisa itu yang seronok berenang. Sesekali muncul di permukaan air menangkap butiran makanan yang ditabur tadi. Wajah Hadi mula bermain di ruang mata. Mungkin hidupnya tidak seperti sekarang jika Hadi menjadi suaminya. Dia begitu mengharapkan lelaki seperti Hadi menjadi suaminya.Wanita baik untuk lelaki baik. Namun dia perlu akur ketentuan Tuhan. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Fikirannya melayang jauh mengenangkan kehidupan yang dilalui tidak seperti orang lain. Kehidupan yang dirasakan sungguh jijik.  Sungguh hina.  Namun tiada siapa yang tahu gejolak jiwa, hati dan perasaannya. Dua tahun dia  melayari bahtera bersama Adam. Dua tahun juga dirasakan dia berada di alam yang sukar baginya. Kehidupannya bagaikan berada di dalam sebuah alam lain, alam menakutkan..alam neraka! Hawa kesat air mata dengan hujung jari. Matanya melirik ke arah anak kecil yang berlari riang bermain di sebalik pokok-pokok bunga yang menghijau di laman.  Jika bukan kerana Alisha, sudah lama dia tinggalkan tempat neraka itu. Jiwanya terseksa.

“Hawa! Mari makan nak!”

Hawa menoleh. Ibunya sudah tercegat depan anjung rumah. Di tangannya ada dulang berisi sepinggan kuih dan teko. Dia terus mendekati Alisha dan tangan kecil anak itu memaut jari Hawa berjalan terkedek-kedek menuju ke anjung. Datin Robiah senyum. Alisha didukung penuh sayang. Dicium pipi kiri kanan. Satu-satunya cucu yang dia ada.Hawa senyum. Kasih benar ibunya dengan Alisha. Hawa pandang lagi ibu tua itu yang entah ke berapa kali meluahkan rasa kesal. Kesal kerana memaksa Hawa bernikah dengan Adam. Kesal kerana tidak pernah tanya hati dan perasaannya dulu sebelum mengambil Adam sebagai menantu.

“Hawa..maafkan mama. Tak sangka begini kesudahan rumah tangga kamu.”

Buat entah ke berapa kali ibunya memohon maaf. Hawa senyum. Bukan salah ibunya. Setiap ibu inginkan kebahagiaan untuk anaknya. Cuma setiap manusia tidak boleh meramal masaakan datang. Adakah sama seperti hari ini, atau lebih baik dari semalam. Itu semua kerja Tuhan. Manusia hanya merancang yang terbaik.

“Mama..bukan salah mama. Bukan juga salah Hawa. Hawa tak akan balik lagi ke rumah tu. Rumah tu sudah seperti neraka. Esok, Hawa akan memohon cerai di mahkamah.”

Datin Robiah hanya diam. Perasaan bersalah masih menebal. Tidak sangka pilihannya sendiri membuat onar begitu. Dia sendiri tidak percaya. Berbuih mulut Hawa bercerita tapi semuanya dianggap seperti angin yang membawa cerita palsu. Cerita yang tidak masuk akal.

“Hawa dah fikir masak-masak?”

Hawa angguk.Kopi panas dihirup perlahan. Alisha masih menepuk meja sambil tersenyum. Alisha satu-satunya zuriat yang ada. Kenangan melahirkan Alisha seorang diri. Menahan sakit seorang diri. Semuanya masih segar di ingatan. Kenangan bersama Adam pula terasa seperti sembilu tajam. Pedih! Wajah kacak Adam ternyata palsu. Palsu segala-galanya. Nyata Hawa tidak boleh terima Adam lagi. Kejadian itu masih segar di ingatannya. Setiap perlakuan Adam padanya masih terasa-rasa sehingga kini. Ya..semua itu bermula dua tahun yang lalu..




bersambung........

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 10:49 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 5-4-2015 11:22 PM

DUA tahun yang lalu..
“Hawa, mama tak suka Hadi tu. Kerja apa yang dia ada! Hanya pegawai biasa. Apa yang dia boleh bagi nanti?” Datin Robiah jeling Hawa yang tunduk membisu di sofa.

Hawa dongak. “Mama..walaupun Hadi kerja biasa tapi dia padat dengan ilmu agama. Itu yang hawa cari dari calon suami Hawa.”

Datin Robiah berdiri depan Hawa yang masih duduk di sofa. Hawa dongak lagi. Kali ini ibunya sudah bercekak pinggang. Drama mereka tak ubah seperti babak Ibu MertuaKu.Terasa diri berada pada watak Sabariah.

“Mama tak setuju! Tak ada lagi keturunan kita berkahwin dengan anak petani! Bulan depan Hawa akan dinikahkan dengan Adam. Anak Tan Sri S. Titik!”

Begitu tegas kata-kata Datin Robiah. Hawa hanya mampu menangis. Memang dia tidak pernah kenal siapa Adam. Seminggu dia berkurung dalam bilik. Setiap kali lepas solat dia menadah berdoa, memohon dilembutkan hati ibunya.



HAWA pandang Adam yang tersenyum padanya. Dia akui Adam memang kacak. Tinggi, putih, badan sasa. Semua lengkap. Persis seorang model kacak. Ada syarikat sendiri.Segala-galanya sempurna. Nyata pilihan ibunya cukup sempurna. Tiada cacat celanya.

You Hawakan?” Adam hulurkan tangan untuk bersalam.

Hawa hanya jeling. Salam tidak bersambut. Bukan dirinya untuk bersentuhan dengan bukan muhram.

“Ok! Fine! So, you buat apa sekarang?” Adam masih tercegat di depan Hawa.

“Nothing to do with you!” Hawa malas melayan. Malah matanya langsung tidak dihala pada lelaki itu, hanya dilihat dengan ekor mata saja.

“Hmm…ok!” Adam senyum. Dia pandang Hawa atas bawah. Gadis itu diamati. Baju kurung biru gelap dan bertudung biru muda. Huh! Kolot! Desis hatinya.

Hawa jeling lagi Adam yang merenungnya tidak berkelip. Faham dengan riak Adam begitu. Adam dikelilingi gadis-gadis seksi dan moden. Memang jauh beza gadis-gadis itu jika dibandingkan dengannya. Setiap kali  Tan Sri S buat majlis, Adam begitu leka melayan gadis-gadis seksi itu dan juga kawan lelakinya yang dirasakan sepadan dengannya. Serasi dengannya. Rentak mereka sama.  Adam ralit dengan teman-temannya. Namun tidak sedikit pun dia cemburu. Kalau boleh masa itu juga dia ingin meninggalkan tempat itu.  

Adam mula pegang tangan Hawa bila melihat Datin Robiah melangkah ke arah Hawa. Senyuman meniti di bibir. Terpinga-pinga Hawa bila tiba-tiba Adam bertindak begitu. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Adam tapi semakin kuat pula lelaki itu mencengkam tangannya.

Datin Robiah bangga melihat Adam mudah bergaul dengan anaknya. Memang sudah kena dengan nama mereka berdua. Adam Hawa!

“So, It’s good..to know each other.” Datin Robiah senyum lagi. Dia berlalu pergi.

Hawa hanya jeling ibunya yang tersenyum bangga dengan Adam. Adam kenyit mata padanya. Hawa pandang lain. Tangannya direntap kuat. Terasa sakit digenggam tiba-tiba oleh Adam tadi. Huh! Nak muntah!

Adam hulur segelas jus guava kepada Hawa. “Come on! Take this!”

Hawa masih diam kaku. Tidak berani dia mengambil minuman itu. Entah dadah apa yang dibubuh.Bukan boleh percaya. Nanti tak fasal aku terjaga kat bilik hotel! Tergadai body!

Adam hanya senyum. Dia meneguk jus itu sampai habis. “See? Nothing happen!”

Hawa tenung Adam. Bibir diketap kuat, mata tajam merenung anak mata keperangan milik lelaki itu. Adam pula seolah-olah  dapat meneka apa yang ada dalam fikirannya sebentar tadi.

“Sooner or later, you will be mine!” Adam mula berlalu pergi sambil  tersenyum.




bersambung..........

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 11:34 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 5-4-2015 11:36 PM

HAWA mengesat air mata. Sudah jelas Adam bukan citarasanya. Dia akui, Adam seorang yang kacak dan berkerjaya. Namun semua itu tidak sedikitpun membuat hatinya terpaut, apa lagi untuk jatuh cinta. Kalendar ditatap seketika. Hanya tinggal seminggu saja lagi pernikahannya dengan Adam. Keputusan ibu adalah muktamad. Saat ini terkenang pada arwah ayah..arwah ayah begitu memahami hatinya, saat suka, saat duka. Ibu? Entahlah..ibu hanya tahu memenuhi kehendaknya saja. Jika tidak dituruti, akan ada nanti ugutan itu ini.

"Hadi...maafkan aku. Aku terpaksa terima Adam.." Kali ini foto Hadi pula ditatap sayu. Lelaki pertama yang menghuni hatinya. Sayang..ibu tak pernah setuju dengan pilihannya.

"Dah! Tak payah nak meratap hiba. Minggu depan dah nak nikah. Semuanya mama dah siapkan. Ni, mama ada bawa gaun ni. Mama percaya, Hawa akan bahagia dengan Adam." Datin Robiah muncul di muka pintu.

Hawa tidak menjawab sepatah pun. Tiada guna dia pertahankan hatinya yang memberontak dengan pernikahan itu. Putih kata ibu, putihlah dia kena terima dan kalau hitam kata ibu, maka dia terpaksa juga terima walau perit.



SEMINGGU berlalu.Hawa terpaksa mengikut kehendak ibunya. Dia selamat dinikahkan dengan Adam siang tadi. Dia pandang sekeliling. Ramai kawan Adam yang hadir. Lelaki perempuan, semuanya dengan perangai gila-gila. Bertepuk bertampar sesuka hati.Memang dia akui, yang perempuan cantik-cantik dan lelaki pula tampan lagak model iklan. Namun sedikit pun dia tidak bangga bila melihat perangai dan sikap begitu.

Dia terus berkurung dalam bilik. Tidak kuasa melayan manusia hipokritbegitu. Dan buat pertama kalinya dia berada di bilik itu, dia dapat merasakan satu perasaan takut. Mahu saja dia terjun dari tingkap rumah dua tingkat itu.Lari sejauh mungkin. Tidak seperti di Jabal Rahmah, Nabi Adam  memohon doa bertahun untuk bertemu kembali dengan isterinya Hawa. Pertemuan yang begitu dinantikan.  Padanya pula, biar Adam tidak bertemu dirinya,Hawa. Tapi itu hanya ilusi saja. Realitinya dia masih duduk termangu atas katil. Tudung masih tersarung indah di kepala.

Dirinya kini seperti tidak keruan.  Jam di dinding sudah dua belas tengah malam. Dia ambil bantal dan terus tidur di sofa sebelah katil pengantin. Adam dan kawan-kawannya masih bersuka ria di bawah. Entah bila dia terlelap bila tersedar bahunya disentuh seseorang. Dia genyeh mata. Adam sudah tersengih di depannya.

“Kenapa tidur kat sini?”

Hawa mula takut.Adam semakin dekat. “ Kau jangan rapat dengan aku!”

Adam senyum lagi. “Rapat? Buat apa I nak rapat?”

Secepat itu juga Adam tarik tangan Hawa. Dihempasnya Hawa kuat ke atas katil. Malam itu Hawa menangis semahunya. Dan bermula saat itulah kehidupannya berubah.




bersambung.........


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya Adam versi ni @Ipo... Kesian Hawa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2015 09:59 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 6-4-2015 07:09 AM
Jahatnya Adam versi ni @Ipo... Kesian Hawa...

watak Adam citer saya ni banyak versinya Zam..
terima kasih baca ya zam...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 10:00 AM | Show all posts
@cmf_conan   


terima kasih tacang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 10:01 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 6-4-2015 10:06 AM

KINI Hawa dibawa tinggal bersama di sebuah banglo di kawasan elit. Rumah besar tiga tingkat lengkap dengan perabot mewah dan orang gaji. Kehidupannya lengkap.Segala-galanya tersedia. Tukang masak, pemandu dan tukang kebun semuanya tersedia.  Dirinya ditabur dengan wang ringgit. Namun hatinya pedih. Jiwanya terkurung.

“Kak Kiah, dah lama kerja sini?”Hawa pandang tukang masak.

Kak Kiah angguk.“Dah setahun, err..kenapa dengan lengan Cik Hawa?”

Cepat-cepat Hawa labuhkan lengan baju kurungnya yang terselak tadi. Dia mula tunduk.Menggelabah.

“Tak ada apa..semalam terjatuh dalam bilik air.”

Hawa terus ke bilik. Sakitnya masih terasa. Dia perhati dirinya sendiri di  cermin besar. Perlahan dia selak kain baju kurungnya.Sekali lagi dia menyapu ubat. Giginya diketap kuat menahan pedih. Itulah hadiah yang selalu dia dapat setiap kali Adam ingin bersamanya.

“Kau kejamAdam!” Hawa mengetap bibir.

Kini hidupnya terasa seperti seekor burung yang dikurung dalam sangkar emas. Tak boleh terbang sesuka hati. Sudah enam bulan dia hidup menderita begitu. Hari-hari yang dilalui terasa seperti hidup dalam sebuah penjara walaupun segala-galanya tersedia. Siang Adam bersikap biasa, sama seperti seorang suami yang lain,penyayang,  seolah-olah  tiada apa yang berlaku. Namun bila malam menjelma, sikap Adam akan berubah. Dia seperti singa lapar yang rakus menerkam mangsanya. Tidak pernah dia mengecap kasih sayang seorang suami.

“Sesungguhnya,apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegang jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya” (HR. Abu Sa’id)

Hawa menangis semahunya. Hingga terasa tiada lagi air mata yang tumpah. Diperhatikan lagi seluruh badannya. Berbirat, Sakitnya tuhan saja yang tahu. Namun dia takut pada Allah jika hak suami ditidakkan. Teringat satu hadis yang pernah dibacanya dulu..

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa(membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya.”(riwayat Al-Tabrani)

Hawa menangis lagi. Dari dulu lagi dia mendambakan rumah tangga yang aman dan membina impian untuk menjadi seorang isteri yang boleh dibanggakan suami.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat AbuHurairah)



ADAM mula berubah bila mengetahui Hawa hamil tiga bulan. Dia tidak lagi seperti singa lapar. Hawa menarik nafas lega. Hidupnya mula terasa aman. Namun itu semua tidak lama. Adam mula mengulangi sikapnya. Hawa hanya mampu  menangis bila diperlakukan begitu. Nyaris kandungannya hampir gugur. Nyata Adam bukan manusia! Hawa mula tidur di bilik berasingan. Dia tidak mahu membahayakan anak dalam kandungannya. Dengan sikap Adam begitu, tidak mustahil dia akan kehilangan anaknya. Kali ini dia nekad.

“Kenapa you tidur bilik lain?” Sergah Adam.

“Adam..please..kali ini aku merayu. Kesian anak kita. Please..” Hawa merayu sambil menangis teresak-esak.

Sekali lagi Adam tarik tangan Hawa ke biliknya.  Hawa meraung kesakitan.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu,barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, danmengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.



terasa citer aku  kali ni versi setajah la plak...


bersambung lagi...........
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 10:28 AM | Show all posts
Uih...

Ini Adam versi Christian Grey ke hapa?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.077686 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list