CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
 Author| Post time 17-6-2015 10:18 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:06 AM

edit............................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 03:53 PM | Show all posts
Nak Tanya Ipo la,
betul ke kalau kubis dgn madu tu boleh jadi masker? sebab dlm novel Leya pun ada Ipo mention macam tu..
Kalau betul, nak buat la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 03:59 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 17-6-2015 04:03 PM
zameyla replied at 17-6-2015 03:53 PM
Nak Tanya Ipo la,
betul ke kalau kubis dgn madu tu boleh jadi masker? sebab dlm novel Leya pun ada  ...

amboih..awat kat umah ni tanya pasal masker?

ya jadi..kulit akan jadi lembap dan lembut. Amalkah dua kali seminggu..kalau hari2 nanti habis kubis kat pasar. madu mahal

psssssssssssttt....era pajira pun amalkan petua ni tau

satu lagi blend or tumbuk daun pegaga dengan beras pulut or beras biasa, sapu kat muka..biarkn sampai kering..atau bawa tidur..
esok basuh..kulit akan jadi lembut dan ku putih, ku putih..barulah putih...
yang ni jugak utk elakkan kulit berminyak dan jerawat tumbuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 04:06 PM | Show all posts
Ipo replied at 17-6-2015 03:59 PM
amboih..awat kat umah ni tanya pasal masker?

ya jadi..kulit akan jadi lembap dan lembut. Amal ...

kikiki....sbb dua kali baca petua yg sama, tu yg tanya...

TQ tau, nak buat la, kubis tu senang nk dapat lg, daun pegaga sekarang susah nk dapat....




Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 09:28 AM | Show all posts
rumah hijau ni...

rumah ada tapak bunian??
atau rumah usang tapi mata dorang yg nampak bagai mahligai??
atau rumah berhantu spesis banglo seksyen 2???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2015 10:35 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 18-6-2015 09:28 AM
rumah hijau ni...

rumah ada tapak bunian??

masih menjadi misteri...................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2015 03:40 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-6-2015 10:35 AM
masih menjadi misteri...................

bila nak sambungnya

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Slmt bersahur...best citer nie..kisah benar ke po?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 09:39 AM | Show all posts
Selamat Berpuasa.....tak ada sambungan lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:04 PM | Show all posts
Ezzie replied at 19-6-2015 09:39 AM
Selamat Berpuasa.....tak ada sambungan lg ke?

xde so far. tt pnt berpose. tq.

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Leyafaliq dh abis..yg ni mana n3 nya po?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 12:05 PM | Show all posts
ok sambung hat ni plak...tpi bulan posa setan dirantai ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 12:22 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-6-2015 12:27 PM

BAB 4



SELEPAS solat subuh, Saiful dan Ajid pagi-pagi lagi sudah bersiap untuk ke kampus. Pagi itu mereka tidak bersarapan di rumah.Mereka berdua mula menaiki motosikal menuju ke jalan besar.  Ajid, sebenarnya dia tidak ada kelas waktu pagi tetapi dia ikut juga Saiful ke kampus. Dia tidak berani tinggal seorang diri di rumah itu.  Sepanjang mereka melalui di kawasan rumah jiran, ada yang memandang tidak berkelip ke arah mereka.Seolah mereka adalah musuh ketat bagi penduduk di situ.


“Dik!”

Saiful dan Ajid berpaling. Motosikal diberhentikan tepi jalan. Seorang perempuan yang agak berumur mungkin dalam lingkungan empat puluhan sedang berdiri di tepi pagar. Kelihatan ada seorang budak sekolah yang sudah siap berpakaian sekolah untuk ke sekolah dengan beg sandang belakang.

“Ada apa kak?”Saiful buka helmet.

“Adik ni tinggal di rumah hujung sana ke?” Perempuan itu mula bertanya.

Saiful dan Ajid mengangguk serentak.

“Kenapa kak?”Ajid pula mencelah.

“Berapa sewa?”Perempuan itu tidak menjawab soalan Ajid sebaliknya dia bertanya lagi.

“Murah je kak! Kami ni kan student lagi,manalah mampu nak sewa mahal-mahal. Kenapa kak?” Saiful mula pelik bila ramai yang bertanya begitu.

Oo..” Pendek saja perempuan itu menjawab tanpa mengendahkan pertanyaan Saiful tadi.

Err..kenapa kak?” Saiful masih tidak puas hati.

Err..tak ada apa.” Perempuan itu hanya senyum hambar.

“Abang! Mak cakap rumah tu berhantu! Rumah tu kan..” Budak di sebelah perempuan itu mulabersuara. Perempuan itu terus menekup mulut anaknya sambil berlalu pergi ke arah jalan besar.

Saiful dan Ajid terdiam. Saling berpandangan.

“Pul, kenapa budak tu cakap macam tu?” Ajid jeling Saiful.

“Entah..saja kut..” Motosikal mereka mula dipecut menuju ke jalan besar.


TIBA di kampus, Saiful dan Ajid  bersarapan di kafeteria universiti. Masing-masing diam memikirkan kata-kata budak tadi.

“Pul, kau percaya ke kata budak tu?” Ajid pandang Saiful sambil mengunyah roti canai.

“Entah! Aku pun macam tak percaya sebab kalau betul, kenapa benda tu tak kacau kita. Dia usik kita dengan karipap je!” Saiful sengih. Kadang-kadang gelihati melihat ada karipap bawah tudung saji. Macam silap mata pulak.Kalaulah ayam golek yang mereka nampak bawah saji, tentu jimat duit belanja!Dia senyum sendiri.

“Apasal kau senyum ni? Aku serius ni! Kalau betul rumah tu berhantu, baik kita pindah je Pul!” Ajid mula rasa seram.

“Alah kau ni Ajid..buat apa nak takut sangat. Kita kan sembahyang, baca Quran..benda tu takkan kacau lah!” Saiful teguk air kopi panas.

Ajid diam.Memang benar kata-kata Saiful tadi. Mereka tak buat apa-apa kesalahan pun.

“Tapi malam tadi tu, bunyi benda jatuh tu..apa ke bendanya tu?” Ajid tak puas hati lagi.

“Mungkin buah kelapa kering ke jatuh atas bumbung tu!” Saiful menjawab untuk menyedapkan hati.

“Hmm...mungkin juga.” Ajid turut mengiakan kata Saiful. Dia pun perasan memang ada pokok kelapa di belakang rumah yang agak condong. Mungkin juga buah kelapa kering yang jatuh atas bumbung.

“Kau ada kelas tak?” Saiful menoleh. Kopi panas diteguk perlahan.

Hihihi..kelas aku petang je. Aku saja ikut kau pagi ni. Aku takut la tinggal sorang-sorangkat rumah tu.”Ajid sengih.

Laa..habis tu, kau nak buat apa pagini?” Saiful jeling jam di pergelangan tangan. Baru lapan setengah pagi.

“Alah..aku lepak je la kat library ke mana ke..”

What ever!” Saiful senyum. Dia meneguk lagi kopi panas.

“Pul..aku ingat kita cuba cari rumah lain nak?” Usul Ajid.

Tersembur kopi dari mulut Saiful. “Rumah lain?”

Ajid angguk.

“Kau gila ke?”Aku dah penat cari tahu tak. Dah! Kita duduk je di rumah tu.” Saiful menghabiskan kopi panas dalam gelas.

“Kalau rumah tu betul-betul berhantu, macam mana?” Ajid pandang Saiful tidak berkelip.

“Kau ni fikir yang bukan-bukan. Benda tu tak kacau kita pun. Setakat usik dengan bunyi dan karipap tu, aku rasa tak ada apalah!” Saiful mula bangun. Dia sangkut beg sandangnya di bahu kanan.

“Kau nak ke mana?” Ajid turut bangun.

“Kelas la! Kelas aku pukul sembilan nanti. Itu kelas Prof Zamrul yang garang tu! Kalau aku lambat nanti, mahunya dia suruh aku berdiri di depan kelas tu sampai habis kelas! Tak nak aku!” Saiful sengih.

“Ya la. Lupa pula kau ambil subjek tutorial fizik. Aku pulak, kelas tutorial tu petang ni baru ada.” Ajid turut sengih.

“Habis tu, kau nak lepak kat  mana?” Sekali lagi Saiful bertanya.

“Alah..tahulah aku nak buat apa nanti.” Ajid kemaskan beg sandangnya di bahu kiri.

“Kalau macam tu,aku pergi kelas dulu. Jumpa tengahari karang!”Saiful bergegas ke kelas tutorial yang terletak tidak jauh dari medan selera.

Ajid pula masih berfikir hendak lepak di mana. Dia segera ke perpustakaan sementara menunggu kelasnya jam dua petang nanti. Sampai di perpustakaan, Ajid mengambil tempa tduduk di tingkat satu di bahagian buku rujukan kejuruteraan mekanikal. Dia  mencari buku rujukan di situ dan mula menelaah. Sudah hampir satu jam dia menelaah. Sesekali Ajid membetulkan leher dan mengurut perlahan lehernya bila terasa lenguh.

“Ajid..psst...Ajid..”

Ajid berpaling.Tiada sesiapa. Dia menyambung semula membaca. Sekali lagi namanya dipanggil.Kali ini jelas suara memanggil namanya datang dari sebelah kirinya. Dia menoleh.

Laa..kau ke Zaki? Kurus semangat aku..”Ajid mengurut dada.

Zaki melambai ke arahnya yang sedang tercegat di tepi rak buku. Ajid bangun dan menapak perlahan ke arah Zaki.

“Kau nak apa?”Ajid berdiri di sebelah Zaki.

“Macam mana rumah tu? Ok ke?” Zaki terus bertanya.

Ajid pandang Zaki tidak berkelip. Soalan Zaki seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia mengusap dagu perlahan.

Weh! Jawablah..ok ke tak?” Desak Zaki.

“Kenapa kau nak tahu sangat ni?”

“Tak ada la...aku saja tanya..” Zaki sengih. Dia sebenarnya teruja nak tahu apa yang berlaku di dalam rumah itu. Selepas menolong mereka dulu, dia seperti teringat-ingat apa yang dia nampak dulu. Dia tidak akan cerita hal itu kepada Ajid selagi Ajid tidak beritahunya keadaan sebenar yang berlaku di dalam rumah itu.

“Kau tak ada kelas ke pagi ni?” Zaki ubah topik melihatkan Ajid tiba-tiba senyap dan muka berkerut seribu.

“Kalau dah lepak kat sini, tak ada la.” Ajid sengih. Dia kemudian mengajak Zaki duduk sekali menelaah. Zaki menolak. Dia terpaksa ke kelas. Ajid hanya melihat Zaki berlalu pergi dari situ. Dahinya berkerut melihat tingkat Zaki yang sudah pelik. Tiba-tiba mamat itu bertanya pasal keadaan rumah sewa. Niatnya tadi ingin mengajak Zaki tinggal bersama dengannya dan Saiful di rumah itu tapi terpaksa dilupakan bila melihat riak Zaki yang sudah berlainan.

“Hmm..apa yang Zaki nak tanya sebenarnya?” Ajid garu kepala. Dia menyambung semula menelaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 12:28 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-6-2015 12:33 PM

PETANG selepas kelas, Saiful menunggu Ajid di medan tempat letak motosikal. Dia yang habis kelas awal terpaksa tunggu Ajid kerana Ajid tiada kenderaan.

“Pul!”

Saiful berpaling. Azhar melambai ke arahnya sambil tersenyum.

“Macam mana rumah sewa kau? Okey tak? Aku dengar rumah tu besar, lengkap dengan perabot!Bolehlah aku datang lepak hujung minggu!” Azhar sengih. Termengah-mengah Azhar berlari ke arah Saiful.

Saiful sengih.“Eh! Boleh sangat! Kalau kau nak duduk pun boleh! Ada satu lagi bilik kosong!”Saiful lega bila Azhar menawarkan diri untuk lepak di rumah bercat hijau itu.Kalau Azhar nak tinggal sekali di  situ lagilah dia suka. Dialu-alukan!

“Bilik kosong?Hmm..sounds great! Boleh jugak! Rumah yang aku duduk sekarang ni padat. Terpaksa kongsi tiga orang satu bilik!” Azhar mula memikirkan tawaran Saiful.

Saiful senyum lebar. Nampaknya rumah itu bakal ada seorang lagi penghuni.

“Bila kau nak pindah?” Saiful senyum lagi. Teruja!

“Hmm..hujung bulan ni. Maknanya seminggu lagi la!” Azhar sengih.

“Hmm..bagus tu! Sewa kita bagi tiga. Maknanya kau cuma bayar seratus lima puluh ringgit saja termasuk duit api air!” Saiful mula lega. Tidaklah dia dan Ajid saja menghuni rumah  hijau itu. NampaknyaA zhar sudah setuju.

“Murah gila bro!Tuan rumah tu betul ke? Bagi sewa murah macam tu..dahlah rumah dua tingkat!”Azhar mula sangsi. Betul ke Saiful ni??

“Alah..tuan rumah tu orang kaya..tak ada hal lah setakat tiga ratus sebulan. Banyak lagi income dia!” Saiful mula berbohong. Dia melihat riak Azhar. Tiada riak curiga di wajah anak muda itu. Dia senyum.

Azhar sengih.Dia minta diri ke kelas.

Senyuman Saiful semakin lebar. Bermakna dia dan Ajid akan ada seorang lagi rakan serumah di rumah sewa itu. Dia jeling jam. Sudah hampir empat petang. Kelas Ajid habis pukul empat setengah petang.


SAMPAI di rumah, Saiful mula cerita pada Ajid yang Azhar akan menginap di rumah itu. Ajid pandang Saiful tidak berkelip.

“Pul, kau tak cerita ke pasal kejadian karipap tu?”

“Tak! Bodohlah kalau aku cerita kat dia pasal tu! Alah! Biarlah! Kan ada satu lagi bilik kosong, taklah kita berdua saja menghuni rumah ni!” Saiful pandang sekitar rumah. Sunyi.

“Hmm..kita nak makan apa malam  nanti?” Ajid sengih sambil garu kepala.

“Kita makan kat restoran hujung tulah! Barang kat dapur dah habis.” Saiful teringat semalam dia hanya beli dua ekor ikan kembung dan sedikit kubis.

Ajid angguk.


SELESAI solat asar, mereka berdua segera ke restoran di hujung taman perumahan. Tiba di restoran, mereka mula memesan makanan kegemaran masing-masing. Saiful pandang pelanggan yang datang ke situ.Mungkin orang luar kerana tiada sebarang pandangan pelik ke arah mereka berdua.Saiful senyum.

“Nasi goreng kampung dan nasi goreng pattaya sudah sampai!” Seorang gadis datang membawa dua pinggan nasi goreng dan diletak di atas meja Saiful dan Ajid. Dia terus berlalu pergi sambil tersenyum.

“Terima kasih!”

Mereka mula menikmati makanan dengan penuh berselera.

“Nak…”

Hampir tersedak Saiful bila melihat perempuan tua yang menjual karipap muncul lagi. Ajid juga turut terkejut. Matanya bulat melihat perempuan tua itu membawa sebakul karipap. Dan yang pelik lagi perempuan tua itu tidak pernah bersalin pakaian.Perempuan tua itu amsih memakai pakaian yang sama.

Err..mak..makcik nak jual karipap ke?”Saiful beranikan diri bertanya.

“Tak..makcik nak bagi karipap ni..tak payah bayar..” Terketar-ketar suara perempuan tua itu berkata.

Err..makcik, kami tak makan karipap.Kami tak suka.” Ajid cepat-cepat menolak. Teringat karipap bawah saji, sebaik saja mereka bawa pulang karipap makcik itu dua hari lepas.

“Tak palah…makcik tahu kamu bohong. Karipap makcik habis kamu makan malam tu..” Makcik itu letak sebungkus karipap di atas meja dan terus berlalu pergi. Jelas di wajah perempuan itu ada riak sugul dan sayu.

Saiful dan Ajid tercengang. Masing-masing terdiam mendengar kata-kata perempuan tua tadi.

“Pul, macam mana makcik tu tahu kita makan karipap dia malam tu?” Peluh mula menitik ke dahi Ajid, ditambah pedas nasi goreng pattaya yang dimakan tadi.

Saiful jongkett bahu. Dia sendiri bingung. Macam mana perempuan tua itu tahu  yang mereka telah makan karipap itu. Mereka cepat-cepat menghabiskan makanan. Kelibat perempuan itu sudah hilang dari pandangan.

“Dik, berapa semua tadi?” Saiful pandang gadis cashier.Kali ini tiada senyuman. Fikirannya masih tertumpu pada perempuan tua itu.

“Semua dua belas ringgit!”

Saiful terus membayar. Sempat dia bertanya pada gadis cashier mengenai perempuan tua yang menjual karipap tadi kerana gadis itu berada di tempat cashier sejak dari tadi. Sudah tentu dia perasan siapa yang keluar masuk restoran itu.

“Makcik jual karipap?” Gadis itu terpinga-pinga bila Saiful bertanyakan perempuan tua itu.

Saiful angguk.“Ya, dia tinggal kawasan sini ke? Dia selalu ke datang restoran ni?”

Err..tak ada pulak makcik jual karipap datang sini. Kenapa bang?” Gadis itu mula pelik dengan pertanyaan Saiful.

“Baru tadi dia masuk ke sini dan bagi kami sebungkus karipap ni!” Saiful tunjuk beg plastik yang mengandungi lima biji karipap.

Err..entahlah bang. Mungkin saya tak perasan tadi..” Gadis itu sengih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 12:35 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-6-2015 12:39 PM

TIBA di rumah, Saiful segera letak bungkusan karipap tadi di atas meja ruang tamu. Tidak berani dia letak di bawah saji lagi.Dia mula berfikir, kalau saji ajaib itu boleh sediakan lima ketul karipap,mesti ia akan jadi sepuluh nanti dengan lima lagi karipap yang baru diterima dari perempuan tua tadi.

“Pul, kau nak buat apa dengan karipap tu?” Ajid garu kepala.

“Entah! Biar jelah kat situ!” Saiful pandang beg plastik merah yang diletak atas meja tadi.

“Pul! Kau nak kemana?” Ajid menoleh sebaik melihat saiful menapak keluar dari rumah.

“Aku nak ambil angin kat pangkin tu kejap. Kau nak ikut ke?” Saiful senyum. Selipar jepun sudah disarungkan ke kaki.

“Boleh juga!”Ajid mula bangun dan mengekori Saiful ke pangkin di bawah pokok manggis.

Mereka berdua mula berehat di situ seperti semalam, mengambil udara petang . Angin sepoi-sepoi mula meniup perlahan menerpa lembut ke muka. Daun pokok meliuk lentuk bila angin bertiup sedikit kuat. Terasa nyaman berada di atas pangkin yang teduh di bawah pokok manggis.

Saifu lmendongak. Dari hari pertama dia asyik memerhati buah manggis yang sudah mula berputik walaupun ada banyak yang masih berbunga. Tidak sabar dia hendak merasa kemanisan buah manggis itu. Buah kegemarannya sejak kecil. Dia jeling Ajid yang sudah baring dengan kedua lengan di bawah kepala. Mata sudah terpejam. Agaknya kekenyangan la tu. Baharu sahaja melantak di restoran hujung taman tadi.Mahunya tak lelap, ditambah lagi dengan angin sejuk pada petang macam ni. Ingin sahaja dia mengejutkan Ajid. Teringat pesanan mak di kampung, mak memang pantang kalau tidur pada waktu petang selepas asar dan selepas waktu subuh. Katanya tidur selepas waktu asar tidak elok, sekiranya tidur selepas asar  40 hari berturut-turut, maka kita akan mewarisi sifat-sifat orang gila. Katanya lagi kalau selalu diamalkan otak akan jadi gila. Itu yang mak selalu pesan.Pernah aku tanya ada bukti ke jadi macam tu? Mak hanya melarang saja. Akhirnya dengan bantuan Mr. Google, pantang larang itu diketahui juga sebabnya walaupun tidak ada dalil pasal itu. Ini mengikut pengalaman mereka yang selalu tidur selepas waktu asar. Bangun dari tidur je kepala jadi pening.dan bingung. Saiful senyum bila teringat pengalamannya sendiri bila tidur masa macam ni. Bangun tidur je terus masuk bilik air, mandi dan terus pakai baju sekolah. Mak tanya nak ke mana? Bila aku jawab nak ke sekolah, terus mereka ketawa terbahak-bahak!Itulah bahananya tidur selepas waktu asar sebenarnya. Jadi bingung dan keliru!Hahahaha!

Saiful pandang pula ke arah depan laman rumah. Kedua lututnya diangkat sehingga rapat ke dada.Kedua tangan pula memeluk lutut. Lama dia melihat ke arah padang. Sejak hari pertama berpindah, dia m emang teringin bermain di padang itu tetapi sampai kehari ini tidak ada seorang pun yang bermain di padang itu.

Matanya beralih pula pada buai di tepi pokok rambutan. Terhayun-hayun sendiri bila angin kuat menerpa. Dia senyum. Memang rumah itu sungguh menarik dan tenang. Kadang-kadang terfikir, siapa agaknya tuan rumah asal yang memiliki rumah yang begitu besar dan lengkap dengan perabot. Sayang rumah sebesar itu dan lengkap semuanya diberi sewa kepada orang lain. Kalau penyewa adalah seorang yang pengotor atau tidak endah pada kebersihan, agaknya sudah lama rumah besar itu sudah jadi tongkang pecah. Sampai ke hari ini dia masih terfikir benda itu semua. Kalaulah rumah itu menjadi miliknya, alangkah bagusnya!

Haih..bila la aku boleh memiliki rumah macam ni. Aku harap dapatlah aku kerja nanti bila dah keluar universiti.”Saiful mula berangan.

Angin tiba-tiba bertiup kencang. Daun kering berterbangan sampai ke laman depan rumah. Saiful menoleh ke belakang. Memang dia terasa angin kuat yang tiba-tiba bertiup tadi datangnya dari arah belakang rumah.

Gulp! Bulat matanya memandang ke arah buai kecil di bawah pokok jambu air merah. Buai itu terhayun kuat seolah ada sesuatu yang menolak. Angin yang kuat bertiup tadi sudah berhenti tetapi buai itu masih terhayun-hayun sendiri. Namun bukan itu yang membuatkannya terkedu dan terbeliak. Buai itu sendiri yang dilihat kembali elok seperti biasa. Tidak ada sedikitpun kesan patah! Berkali-kali Saiful menggenyeh mata. Memang benar buai itu elok dan tidak patah sedikit pun!

“Ajid..Ajid..bangun weh!” Saiful mula mengejutkan Ajid yang sudah lena di sebelah.

Ajid menggeliat.Dia buka mata. “Ada apa Pul?”

“Bangunlah!Tengok tu!” Saiful menuding ke arah buai di belakang rumah.

Ajid bangun malas. Dia menggeliat lagi. Membetulkan pinggangnya. Dia kemudian menoleh ke arah belakang rumah.

“Apa? Tak ada apa pun?” Ajid terjenguk-jenguk melihat keadaan di sekitar belakang.

“Cuba kau tengok buai kecil tu!” saiful tuding lagi ke arah buai kecil itu.

Ajid berpisat-pisat melihat buai kecil yang sedang berayun sendiri. “Apa yang pelik?”

Saiful berpaling ke arah Ajid. Biar betul Ajid ni! Apa yang pelik? Dah terang dan jelas buai tuelok je! Tak ada kesan patah apa pun!

“Kau tengok betul-betul! Buai tu semalam kan patah sebab kau duduk atas tu! Tapi sekarang ni kau tengok!” Sekali lagi Saiful menduing tepat ke arah buai itu.

“Eh! Macam mana buai tu elok je Pul?” Ajdi menggenyeh mata berkali-kali. Jelas dia melihat papan buai itu elok bercantum semula dan terbuai-buai ditiup angin.

“Hah! Sekarang kau dah nampak?” Saiful luku kepala Ajid.

Ajid menelan  liur.

“Pelik aku..tadi tiba-tiba angin bertiup kuat. Angin tu datang dari sana. Lepas tu la aku nampak buai tu berayun-ayun kuat. Lagi pelik buai tu elok je.” Saiful mula menjelaskan apa yang berlaku tadi.

“Pul..pukul berapa sekarang ni?” Ajid cuit lengan Saiful.

“Eh, dah hampir maghrib la! Jom masuk rumah!” saiful bergegas menyarung selipar jepunnya dan melangkah laju ke arah anjung rumah.

Ajid turut melompat turut dari pangkin itu dan membuntuti Saiful ke anjung rumah. Mereka terus menutup pintu dan semua tingkap. Langsir turut ditutup penuh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 12:41 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:07 AM

edit.................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 05:02 PM | Show all posts
bila nak abih citer karipap bawah tudung saji neh?
patut tajuk die misteri karipap instead of misteri rumah hijau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 05:06 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-6-2015 05:02 PM
bila nak abih citer karipap bawah tudung saji neh?
patut tajuk die misteri karipap instead ...

ya la...misteri karipap
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 05:07 PM | Show all posts
bila nak abih citer karipap bawah tudung saji neh?
patut tajuk die misteri karipap instead of misteri rumah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 05:17 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:07 AM

BAB 4

edit................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.090253 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list