CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4602|Reply: 0

5 Telefon Terbaik Di Bawah RM500 Pada Suku Pertama 2015

[Copy link]
Post time 28-3-2015 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Redmi 2- Telefon Spesifikasi Asas-Pertengahan Daripada Xiaomi
Awal tahun ini pada bulan Januari yang lalu Xiaomi telahpun memperkenalkan model terbaru didalam siri Redmi, yang membawakan spesifikasi asas-pertengahan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410 64-bit 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan terbina 8GB, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Ia juga dilengkapi dengan dwi-SIM 4G.

Asus Zenfone 5 (versi tanpa LTE)

Peranti keluarga Zenfone merupakan peranti telefon android dari Asus yang baru diperkenalkan pada Mobile World Congress 2014. Meskipun kemaskini peranti keluarga Zenfone iaitu Zenfone 2 telahpun diumumkan, peranti keluarga Zenfone masih popular di pasaran tempatan berikutan nilai dan spesifikasinya. Malah satu perkara yang baik mengenainya adalah sokongan kemaskini sistem operasi dan dijangka bakal menerima Android Lollipop pada bulan hadapan.
Spesifikasi Zenfone 5: Cip Intel Atom Z2580 1.2GHz dual-core, memori 1GB, storan 8/16 GB, kamera utama 8-MP + LED Flash, kamera depan 2MP, skrin 5 inci 1280 x 720 pixel, bateri 2110 mAh


Asus Zenfone 4 – Telefon Spesifikasi Asas Pada Harga RM369

Kebanyakan peranti Asus Zenfone ditawarkan pada harga dibawah RM1000 dan salah satu lagi peranti keluarga tersebut yang mempunyai tanda harga dibawah RM500 adalah Zenfone 4, dengan spesifikasi asas dan mempunyai paparan skrin bersaiz 4-inci. Berdasarkan pemerhatian, masih terdapat unit Zenfone 4 yang dijual meskipun pada awal tahun ini ia telah digantikan dengan model Zenfone C. Kedua-dua model ini dijual pada harga dibawah RM400.
Spesifikasi Zenfone 4: Cip Intel Atom Z2520 1.2GHz dual-core, memori 1GB, storan 4/8 GB, kamera utama 5-MP + LED Flash, kamera depan 2MP, skrin 4-inci 480 x 800 pixel, bateri 1200 mAh


Microsoft Lumia 535 – Telefon Pertama Lumia Selepas Nokia.

Microsoft sejak mengambil alih Nokia terus kerap mengumumkan peranti-peranti baru setiap bulan. Lumia 535 merupakan telefon pintar pertama mereka yang tidak membawakan jenama Nokia, dan membawakan membawakan tanda harga RM429.
Spesifikasi Lumia 535: Cip empat-teras 1.2Ghz, memori 1GB RAM, storan 8 GB,skrin bersaiz 5-inci, kamera hadapan 5-megapixel, kamera belakang 5-megapixel, pilihan dwi-SIM atau satu SIM


Moto E (versi tanpa LTE)

Moto E merupakan telefon pintar dwi-sim yang terawal di pasaran tempatan yang membawakan sistem operasi Android 4.4 Kitkat dilancarkan pada tahun lepas. Ia mempunyai cip pemprosesan Snapdragon 200 1.4GHz dwi-teras, kamera belakang 5 Megapixel, kaca Gorilla Glass, dengan skrin bersaiz 4.3 inci 256 ppi, kapasiti bateri sebanyak 1980 mAh serta mempunyai slot kad Mikro-SD untuk menambah kapasiti storan telefon ini. Menariknya kemaskini Android Lollipop bakal tersedia untuk Moto E dan tidak lama lagi mungkin Moto E versi LTE akan hadir untuk pasaran tempatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042642 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list