CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1538|Reply: 0

Apple Akan Melancarkan Tiga Model iPhone Tahun Ini?

[Copy link]
Post time 28-3-2015 11:45 PM | Show all posts |Read mode


Apabila iPhone 6 dan 6 Plus dilancarkan tahun lalu terdapat sebilangan kecil peminat tegar Apple yang mengeluh. Skrin kedua-dua peranti ini dikatakan terlalu besar jika dibandingkan dengan saiz skrin iPhone sebelum ini. Kemampuan menggunakan peranti dengan hanya sebelah tangan mudah (seperti yang dibanggakan Steve Jobs) tidak lagi mudah dilakukan.

Kini terdapat ura-ura Apple akan melancarkan iPhone 6C September ini dengan skrin bersaizempat inci. iPhone 6C akan dilancarkan bersama iPhone 6S dan 6S Plus. Tidak seperti 6S dan 6S Plus, 6C akan menggunakan pemproses A8 yang kini digunakan pada 6 dan 6 plus dan bukan A9 terkini. Tubuh peranti iPhone bersaiz kecil ini pula akan diperbuat daripada plastik seperti yang digunakan pada 5C dua tahun lalu. Kerana ia model penambahbaikan kepada 5C, 6C kini dikatakan akan menyokong sistem Touch ID.

Jika ura-ura ini menjadi kenyataan ia pastinya tidak mengejutkan. iPhone 5C yang dilabel sebagai peranti gagal sebenarnya terjual lebih daripada 15 juta unit. Ianya masih lebih laku daripada jumlah jualan peranti Blackberry ataupun Windows Phone. Dengan 6C Apple dilihat mahu meneruskan percubaan menjual peranti kelas pertengahan kepada golongan yang tidak mampu memiliki peranti utama mereka. Android masih menguasai pasaran peranti kelas pertengahan dan usaha Apple untuk mencabar monopoli ini adalah perkembangan yang positif.

SUMBER RUJUKAN: DIGITIMES
kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.425613 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list