CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1300|Reply: 0

Jangan mempertikaikan aksi persahabatan - Tengku Abdullah

[Copy link]
Post time 28-3-2015 11:51 PM | Show all posts |Read mode


Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh diminta untuk mengatasi segera kelemahan ketara skuad itu susulan kekalahan besar 6-0 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di Muscat, Khamis lepas.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan kekalahan tersebut sebagai 'keputusan yang sukar diterima' dan menuntut Dollah melakukan rombakan terutamanya dari segi taktikal permainan.

"Saya pun terkejut juga dengan keputusan tersebut. Walaupun ia perlawanan persahabatan...jangan kita terlalu mesra sehingga beri enam gol. Saya tak puas hati," kata Tengku Abdullah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF).

Baginda berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat anggota majlis AHF yang pertama di sini, hari ini.

"Setiap kali ada perlawanan (persahabatan), kita mestilah membuat persediaan yang rapi, tidak kiralah dengan mana-mana pasukan," kata baginda.

Tengku Abdullah turut menegaskan perlawanan sedemikian harus diteruskan pada masa akan datang bagi memperbaiki kelemahan yang wujud dalam skuad bola sepak negara.

Dalam pada itu, baginda meminta skuad Bawah 22 (B-22) negara supaya bangkit melakar kemenangan ke atas Macau pada aksi kedua kumpulan I pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 23 Tahun di Stadium Shah Alam, esok.

Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam pada aksi pembukaan di venue yang sama, semalam, sekali gus menyukarkan laluan mereka menempah slot ke pusingan akhir kejohanan di Qatar, Januari tahun depan.

"Itu pun satu kekecewaan dan saya harap perlawanan seterusnya lawan Macau, kita harap pasukan ini akan bangkit. Persiapan sudah dilakukan dan jurulatih (Razip Ismail) kena perbaikilah mutu permainan pasukan ini," kata Tengku Abdullah.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060023 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list