CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1321|Reply: 0

Skuad muda negara berdepan tugas berat

[Copy link]
Post time 28-3-2015 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 28-3-2015 11:55 PM


Tewas kepada skuad B23 Vietnam bererti skuad negara perlu menang berdepan Macau Ahad ini selain dari perlu mengharapkan keajaiban berlaku apabila menentang Jepun sekiranya mahu menghidupkan peluang beraksi di Qatar.

Skuad muda negara dilihat mampu merencanakan kemenangan sebaik Nazirul Naim meledak gol pembukaan.

Namun, jangkaan nyata meleset apabila Vietnam kembali mengawal perlawanan dan hanya perlu menunggu 3 minit untuk meledak gol penyamaan menerusi percubaan Vo Huy Toan.

Selang 5 minit kemudian, skuad kendalian Razip Ismail dihukum sekali lagi kali ini menerusi jaringan Nguyen Cong Phuong.

Disamping itu, pemain tengah Selangor Nazmi Faiz Mansor gagal pamer aksi cemerlang sekaligus menyebabkan jentera tengah longgar dan sering sahaja kehilangan bola.

Ketua jurulatih Razip Ismail berdepan tugas berat untuk memastikan anak buahnya mampu mengatasi Macau pada Ahad.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.277617 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list