CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1342|Reply: 0

Jepun tepati ramalan menang mudah

[Copy link]
Post time 28-3-2015 11:56 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan pilihan, Jepun bermula dengan langkah  kanan pada pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 23 Tahun apabila mengalahkan Macau 7-0 pada aksi pembukaan Kumpulan I di Stadium Shah Alam, hari ini.

Skuad kendalian Makoto Teguramori itu nyata bukan tandingan Macau selepas meledak empat jaringan pada separuh masa menerusi Wataru Endo pada minit ke-22, Yuta Toyokawa (26), Gakuto Notsuda (31) selain gol sendiri pemain Macau, Tang Hou Fai, selang dua minit kemudian.


Skuad muda 'Samurai Biru' itu yang dicanang sebagai calon juara Kumpulan I menambah derita pasukan Macau dengan tambahan tiga gol pada babak kedua perlawanan menerusi pemain naturalisasi dari Jamaica, Musashi Suzuki pada minit ke-66 selain jaringan peribadi Notsuda dan Takumi Minamino pada masa kecederaan.



Jepun dijadual menentang Vietnam pada aksi kedua kumpulan I di venue yang sama pada 8.15 malam, Ahad ini.



sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.287426 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list