CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1435|Reply: 0

Malaysia B22 tewas di Shah Alam

[Copy link]
Post time 28-3-2015 11:57 PM | Show all posts |Read mode


Malaysia memilih laluan sukar selepas kalah 2-1 kepada Vietnam pada perlawanan pembukaan kumpulan I pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 23 Tahun di Stadium Shah Alam, malam ini.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun mempamerkan corak permainan seimbang dengan saling mengasak ke kubu masing-masing sebaik sahaja pengadil dari Australia, Christopher Beath meniupkan wisel.

Skuad B-22 negara bagaimanapun lebih bernasib baik apabila kapten pasukan,cNazirul Naim Che Hashim membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter yang menerjah pintu gol Vietnam.

Kelekaan benteng pertahanan Malaysia pantas dihukum oleh Vietnam yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang pemain tengah, Vo Huy Toan pada minit ke-38, sekali gus menceriakan hampir 1,000 penyokong mereka yang hadir menyaksikan perlawanan itu.

Pasukan pelawat yang mendapat suntikan semangat, terus menggandakan asakan dan berhasil memperolehi gol kedua menerusi penyerang, Nguyen Cong Phuong pada minit ke-44 dan keputusan itu kekal sehingga berakhirnya separuh masa.

Bersambung babak kedua, skuad B-22 negara meningkatkan tempo permainan dengan mengasak kubu Vietnam bagi memburu jaringan penyamaan namun dihampakan oleh ketumpulan jentera serangan dan kekebalan benteng pertahanan Vietnam.

Taktikal pengendali skuad B-22 negara, Razip Ismail dengan membuat beberapa pertukaran pemain pada pertengahan babak kedua perlawanan nyata gagal membuahkan hasil dan keputusan tersebut kekal sehingga berakhirnya perlawanan.

Terdahulu, pasukan pilihan, Jepun meraih kemenangan selesa 7-0 ke atas Macau pada aksi yang berlangsung pada sebelah petang.

Malaysia bakal menentang Macau pada aksi kedua kumpulan pada 4.30 petang manakala Jepun berdepan Vietnam pada pukul 8.15 malam, Ahad ini dan kedua-dua aksi berlangsung di Stadium Shah Alam.



[size=12.222222328186035px]sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.411897 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list