CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1396|Reply: 0

Gabungan SMV taruhan Dollah berdepan Oman

[Copy link]
Post time 29-3-2015 12:01 AM | Show all posts |Read mode


Sarapan pagi pemain-pemain Harimau Malaya beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Oman di Stadium Al-Seeb, Muscat sedikit berbeza daripada kebiasaan.
Ceria itu mungkin perkataan paling sesuai untuk menggambarkan suasana di ruang makan hotel penginapan rasmi skuad bola sepak negara di sini.

Walaupun terdapat jurang perbezaan umur, tidak menghalang mereka bergurau senda dan berkongsi cerita seperti adik beradik.

Maka, tidak hairanlah gabungan SMV iaitu senior, muda dan veteran jadi taruhan pengendali Dollah Salleh bagi menghadapi lawan di ranking ke-96 dunia itu, pada Khamis malam.

Pada awalnya, gabungan SMV ini tampak sukar untuk menemui keserasian yang jitu tetapi selepas dua hari berlatih bersama di Oman, ia mula memberi petanda positif.

Pemain-pemain yang memegang pangkat senior tidak lain tidak bukan antaranya Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, S. Kunanlan dan Farizal Marlias.

Sementara, dua pemain dilabel sebagai “otai masih berbisa” ialah Indra Putra Mahayuddin dan Amri Yahyah, masing-masing berumur 34 tahun.

Namun, persoalannya mampukah kombinasi itu membentuk gandingan mantap bersama pemain muda seperti Akram Mahinan, Che Rashid Halim dan Ahmad Syamim Yahya.

Jawapannya hanya akan diketahui pada malam perlawanan dengan keupayaan pemain-pemain muda untuk menyerlah di peringkat antarabangsa lebih ditumpukan Dollah berbanding keputusan perlawanan.

Jadi, diharapkan gandingan SMV ini mampu memberi kelainan terhadap corak persembahan skuad Harimau Malaya untuk aksi pertama tahun ini.

Barisan kemungkinan Harimau Malaya: Farizal Marlias, S. Kunanlan, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Wan Zack Haikal, Safiq Rahim, Akram Mahinan, Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahayuddin.

Oleh Zulhelmi Zainal Azam, Wartawan Nadi Arena di Muscat, Oman.
sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.127045 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list