CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1503|Reply: 0

Terengganu pinjam dua pemain kepada T-Team

[Copy link]
Post time 29-3-2015 12:02 AM | Show all posts |Read mode


Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengizinkan T-Team menggunakan dua pemainnya untuk memperkemaskan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia.
Presiden PBSNT, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abdul Hamid berkata dua pemain berkenaan ialah penyerang Izzaq Faris Ramlan dan penjaga gol, Mohamad Izzuddin Mohd Hussin.

"Kita memberikan dua pemain ini untuk memperkuatkan pasukan tersebut," katanya.

Menurut beliau pemain tersebut akan beraksi bersama T-Team apabila jendela pendaftaran pemain musim kedua dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bulan depan.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahizan Mohd Zain ketika diminta mengulas mengenai pemain itu, berkata beliau yakin pasukan T-Team bertambah mantap.

"Lebih-lebih lagi kehadiran Izzaq Faris bekas pemain penyerang skuad Harimau A akan bertambah menyengat lagi jentera serangan T-Team," katanya.

Selain dua pinjaman itu, beliau berkata T-Team akan mendaftarkan pemain tempatan, Mohamad Izzuddin dan pemain import Croatia, Josip Milardovic.

Beliau berkata T-Team mungkin akan menurunkan pemain-pemain tersebut apabila bertemu Sabah di perlawanan Liga Perdana di sini pada 3 April ini.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.062154 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list