CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1341|Reply: 0

HTC One E9 Plus

[Copy link]
Post time 30-3-2015 06:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 30-3-2015 06:55 AM

HTC One E9 Plus – Phablet Daripada HTC Dengan Skrin 5.5-inci 2K Dan Cip MediaTek 64-bit
HTC hari ini telah menambah halaman baru pada laman rasmi HTC China, sekaligus memperlihatkan HTC One E9 Plus yang hadir dengan rekaan ikonik HTC, tetapi turut menyertakan beberapa perubahan berbanding One M9. HTC One E9 Plus boleh dikategorikan sebagai sebuah phablet, dan hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci.



Menariknya, peranti ini juga merupakan peranti pertama daripada HTC dilengkapi dengan skrin pada resolusi 2K, dan turut membawakan ciri-ciri baru HTC Sense, selain turut dilengkapi BoomSound dengan teknologi Dolby Audio.
Seperti keluarga HTC E8 sebelum ini, HTC One E9 Plus turut hadir dengan rekaan kerangka plastik – berkemungkinan untuk mengurangkan harga peranti berkenaan. Selain itu, HTC One E9 Plus turut dilengkapi cip pemprosesan 64-bit MediaTek MT6795M, serta kamera belakang 20-megapixel, dan kamera hadapan HTC Ultrapixel.




Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui, dan ia masih menjadi tanda tanya sama ada akan ditawarkan khusus untuk China sahaja atau turut akan hadir untuk pasaran global.
Selain daripada HTC One E9 Plus, pihak HTC turut dijangka bakal memperkenalkan HTC One E9 tidak lama lagi.

Sumber Rujukan: Engadget
Sumber Gambar: HTC

kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.334220 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list