CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 0

Rombakan barisan pemain import memantapkan Kelantan

[Copy link]
Post time 30-3-2015 07:19 AM | Show all posts |Read mode


Kelantan perlu membuat rombakan barisan pemain import sedia ada bagi memantapkan lagi kesebelasan utama pasukan itu, kata jurulatih baharu pasukan itu, Mohd Azraai Khor Abdullah.

                Beliau berkata pasukan itu perlu mendapatkan pemain import yang berkualiti kerana masalah yang dihadapi buat masa ini adalah kerana pemain import beraksi di bawah tahap yang diharapkan.  

"Banyak yang perlu dikemaskini dan saya perlu kemaskan pasukan, apa yang saya inginkan ialah lakukan lebih banyak hantaran pendek.

"Kita masih ada masa, bahagian pemain pertahanan tiada banyak masalah yang ketara cuma di bahagian tengah kena cari untuk gandingkan dengan Piya (Mohd Badri Radzi), kita perlukan pemain import yang berkualiti," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mohd Azraai berkata masa yang ada perlu digunakan oleh pengurusan bagi mendapatkan pemain yang berkualiti untuk mencerahkan peluang pasukan untuk mencabar kejuaraan pada musim ini.

"Kita perlu dapatkan pemain yang masih beraksi kerana ia amat penting, kita tidak perlu tunggu pemain itu cergas sepenuhnya kerana ia akan memakan masa," katanya.
  
Bekas pengendali T-Team itu dilantik sebagai jurulatih baharu bagi menggantikan George Boateng dan beliau akan dibantu oleh Zahasmi Ismail dan Mohamad Sidek Shamsuddin.

Jendela perpindahan pemain akan dibuka pada April ini dan Kelantan kini memiliki empat pemain import iaitu Emmanuel Kenmogne dari Cameroon, Isaac Pupo dari Liberia, Jonathan McKain dari Australia dan Erwin Carillo dari Colombia.

Pada musim ini, Kelantan mempamerkan aksi hambar dalam saingan Liga Super selepas hanya mampu mencatatkan dua kemenangan dalam lima perlawanan dan kini berada pada kedudukan ketujuh liga dengan tujuh mata.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056649 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list