CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2485|Reply: 0

SIC kecewa dengan Zulfahmi - Razlan

[Copy link]
Post time 30-3-2015 07:26 AM | Show all posts |Read mode


        Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin perlu memperbaiki segera prestasi dalam perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan MotoGP Dunia di Litar Losail, Qatar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali.   
    Pelumba pasukan Drive M7 SIC itu gagal meraih kedudukan petak perlumbaan  yang baik selepas mencatat masa kelayakan yang agak mengecewakan pada  sesi kelayakan, semalam.

Muhammad Zulfahmi mencatat masa dua minit dan 08.040 saat untuk berada  di kedudukan ke-28, sementara rakan sepasukannya, Jakub Kornfeil dari Republik Czech meraih petak ke-26 dengan masa 2:07.602s.

"Saya sebenarnya enggan komen lagi mengenai prestasi kedua-dua pelumba (terutamanya Zulfahmi). Saya rasa mereka sudah tahu perasaan saya ketika ini.

"Saya amat kecewa dan malu dengan prestasi pasukan kita. Saya tidak sangka catatan masa kelayakan memang teruk," katanya ketika ditemui pemberita selepas
tamat perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Razlan, pengurus pasukan Drive M7 SIC, Johan Stigefelt telah menghantar laporan mengenai sesi kelayakan itu kepadanya.

"Mereka sudah menghantar laporan kepada saya tetapi saya belum sempat membacanya dengan teliti kerana kesibukan perlumbaan F1 di sini," katanya.

Beliau terus berharap kedua-dua pelumba dapat mempamerkan prestasi yang membanggakan pada saingan sulung pasukan itu musim ini.

Perlumbaan kelas Moto3 itu berlangsung pada pukul 11 malam waktu Malaysia hari ini.

sumber:www.stadiumastro.com
   



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.062666 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list