CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3578|Reply: 0

Kontrak penganjuran F1 dilanjutkan hingga 2018

[Copy link]
Post time 30-3-2015 07:30 AM | Show all posts |Read mode


        Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kontrak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menganjurkan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia dilanjutkan untuk tiga tahun sehingga 2018.


    Petronas turut disahkan sebagai penaja utama Grand Prix Malaysia bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Kontrak penganjuran perlumbaan F1 di Sepang tamat tahun ini selepas ia mula dianjurkan pada tahun 1999.

Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut kepada pemberita selepas menyaksikan perlumbaan dan menyampaikan trofi kepada pemenang perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia 2015 di sini hari ini.

Najib berkata Malaysia selaku penganjur perlu menjadikan perlumbaan berprestij itu lebih menarik dan mendapat sambutan lebih banyak penonton dari dalam dan luar negara ke acara tahunan itu.

"Kita perlu membangunkan perlumbaan F1 ini sebagai satu acara yang mendapat sambutan yang lebih meriah dan menggalakkan bukan sahaja di peringkat antarabangsa tetapi juga kepada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan juga jabatan kerajaan lain perlu memainkan peranan untuk menjadikan perlumbaan F1 sebagai satu acara penting dalam kalendar pelancongan Malaysia

"SIC memerlukan sokongan jabatan kerajaan dan untuk mencapai objektif ini, kita perlu bergerak secara bersepadu. Selain itu, kita perlu mempromosikan acara ini dengan lebih agresif," katanya.

Perlumbaan edisi ke-17 Grand Prix Malaysia dimenangi pemandu Jerman, Sebastian Vettel daripada pasukan Scuderia Ferrari.

sumber:www.stadiumastro.com
     



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053654 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list