CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2119|Reply: 1

Saina Nehwal kini pemain no.1 dunia

[Copy link]
Post time 30-3-2015 07:32 AM | Show all posts |Read mode

        
Media India menyertai ahli politik dan peminat badminton negara ini meraikan kejayaan Saina Nehwal untuk muncul sebagai wanita pertama negara ini menduduki ranking nombor satu dunia dalam sejarah sukan badminton.


    Saina melakar pencapaian itu dengan penuh bergaya apabila berjaya ke perlawanan akhir pertamanya pada kejohanan Terbuka India setelah mengalahkan pemain Jepun Yui Hashimoto 21-15, 21-11 pada perlawanan separuh akhir di sini semalam. Perlawanan akhir akan berlangsung hari ini.

Saluran televisyen juga teruja dengan kejayaan Saina itu dan turut meraikan pencapaiannya dengan menyiarkan liputan komprehensif tentang pencapaian dan kerjayanya sebagai pemain badminton.

Kejayaan Saina itu menjadi penawar yang amat diharapkan oleh peminat sukan di India setelah pasukan kriket kebangsaan negara ini tumpas kepada Australia pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Kriket Piala Dunia pada Khamis.

Saina adalah pemain badminton kedua India yang dinobatkan sebagai jaguh nombor satu dunia selepas pencapaian Prakash Padukone pada 1986 (dalam kategori lelaki).

sumber:www.stadiumastro.com
   




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
India & Spain sudah mula menguasai WS badminton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.051185 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list