|
Dengan GST menjelang tiba, ramai pengeluar peranti bersedia untuk menaikkan harga peranti mereka. Sebaliknya, Oppo telah mengumumkan akan mengekalkan harga peranti mereka seperti sedia kala, dan pada masa yang sama kini turut mengumumkan beberapa penawaran baru, termasuk mengurangkan harga Oppo R5.
Oppo R5 telah dilancarkan pada tahun lepas, dan membawakan rekaan telefon yang amat nipis. Ia sebelum ini membawakan harga jualan sebanyak RM1798, dan melalui kemaskini hari ini, Oppo mengurangkan harga jualannya sebanyak RM200 kepada RM1598. Tetapi Oppo R5 berwarna emas masih kekal harganya seperti biasa.
Setiap belian Oppo R5 juga akan menerima sebuah powerbank dengan rekaan nipis.
Untuk pembeli Find 7 pula, Oppo mengumumkan akan menawarkan kerangka luar tambahan bernilai RM98 secara percuma. Sementara untuk pembeli Oppo Joy dan juga Neo 5 pula, Oppo Malaysia akan menawarkan jaminan tambahan selama setengah tahun berbanding kebiasaan.
Oppo Malaysia mengatakan promosi ini terhad untuk sepanjang bulan April 2015 ini sahaja.
kredit:www.amanz.my
|
|