CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1990|Reply: 1

FAM pinda jadual liga

[Copy link]
Post time 31-3-2015 09:11 AM | Show all posts |Read mode


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan meminda beberapa jadual Liga Premier dan Liga Super bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa.
                Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pindaan itu juga mengambil kira jadual persatuan bola sepak negeri dan kelab yang layak ke suku akhir Piala FA serta pasukan terlibat dalam kejohanan Piala AFC 2015.

Pasukan Pilihan Malaysia akan berdepan dua pasukan Liga Perdana Inggeris iaitu Tottenham Hotspur dan Liverpool FC pada Mei dan Julai ini.

Anak buah Dollah Salleh akan berdepan skuad bimbingan Mauricio Pochettino pada 27 Mei dan Liverpool pada 24 Julai.

"Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (Datuk Seri Afandi Hamzah) memutuskan beberapa pindaan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier 2015 perlu dibuat bagi memberi laluan kepada pasukan Pilihan Malaysia menghadapi perlawanan antarabangsa tersebut," katanya.

Jadual Liga Super terlibat adalah perlawanan ke-11 pada 30 Mei yang dipinda kepada 27 Jun, perlawanan ke-15 pada 27 Jun diawalkan kepada 23 Jun dan perlawanan ke-17 pada 25 Julai dipinda kepada 5 Ogos.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 09:19 AM | Show all posts
bersedia untuk di malukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.376773 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list