CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1809|Reply: 0

Skuad B22 hidupkan peluang ke pusingan akhir

[Copy link]
Post time 31-3-2015 09:18 AM | Show all posts |Read mode


Skuad bola sepak negara bawah 22 tahun hari ini berjaya melakar kemenangan 2-0 keatas Macau di Shah Alam dalam misi cuba untuk menghidupkan peluang beraksi di Qatar.

                Pengendali Razip Ismail membuat 8 perubahan dalam barisan kesebelasan utama selepas tewas 2-1 kepada Vietnam Jumaat lalu dan nyata percaturan tersebut membuahkan hasil.

Pemain Selangor Nazmi Faiz Mansor antara pemain yang digugurkan dari kesebelasan utama.

Malaysia membuka tirai jaringan menerusi tendangan penalti pada minit ke 11 yang disempurnakan Syahrul Azwari selepas pemain sayap itu dikasari pertahanan Macau Raposo De Matos Alexandre.

Bermula babak kedua, Macau memperkemaskan corak permainan mereka dan mula menerapkan taktik serangan pantas namun tiada penyudah dihasilkan.

Sebaliknya, Malaysia meledak gol kedua menerusi tandukan pertahanan Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris pada minit ke 66.

Keputusan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Skuad kendalian Razip Ismail bakal berdepan Jepun pada Selasa.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.379365 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list