CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2967|Reply: 17

[Tempatan] Kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Di Pagar Elak Bidaah

[Copy link]
Post time 31-3-2015 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 31-3-2015 04:09 PM



KUALA LUMPUR – Kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditutup dengan pagar tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan, pagar itu dibina oleh beberapa penduduk kampung dan murid Nik Abdul Aziz,

“Binaan itu telah dibina tanpa pengetahuan pihak kami keluarga. Tujuannya baik untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci.

“Ia dilakukan oleh beberapa individu jahil dan rosak hati yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan berkat yang hakikatnya adalah sesat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NIk Mohamad Abduh berkata, keluarganya bagaimanapun tidak setuju dengan binaan di kubur tersebut dan membuat keputusan pagar itu hanya berstatus ‘sementara’.

“Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat. Kubur ayahanda akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan,” katanya.

Semalam tersebar sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur dipercayai kubur Allahyarham Nik Aziz dipagari besi berwarna hijau. – mynewshub.cc

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 04:10 PM | Show all posts
one thing kakak setuju dengan pemikiran keluarga heshe.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 04:17 PM | Show all posts
pelik la ak.. org yg bidaah mcm tu apesal percaya sgt ngn khurafat.. ambik tanah kubur dgn harapan dpt berkat. kesian btl.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 04:21 PM | Show all posts
masa hidup, pemuja Nik Aziz ni memang diperlukan lah untuk undi..

dah mati, jadi masalah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 04:30 PM | Show all posts
depa tak bg tau family arwah ke? issshh..tak hormat langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaaiih, ni la kot musibah akibat kematian alim ulama' mcm y mufti wilayah tu pernah ckp. Da meninggal tapi ada pulak pi puja kubur dia. Nau'zubillah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2015 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
HOHA replied at 31-3-2015 04:21 PM
masa hidup, pemuja Nik Aziz ni memang diperlukan lah untuk undi..

dah mati, jadi masalah pulak.

Ha, tu la. Betul tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya sampai macam tu skali. Kenapa sampai nak buat perkara tahyul mahyul tu. Kesian keluarga arwah TGNA...xada rasa hormat lgsg org yg bt perkara karut tu. Belajar agama mana la ni. Baik betul org kampung tu kan.lindung kubur  beliau dr org2 yg karut marut tu.ish la.geram betul!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sunnah nabi sunnah jugak, tp amalan bidaah mcm mana? Buat pagar bukan nak bermegah tp niat nak halang amalan bidaah... Even kubur nabi pun dipagar cantik dlm kawasan masjid nabawi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg xputus2 org g ziarah kubur arwah nik aziz
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:19 PM | Show all posts
Aku rasa melayu islam moderate tak sesesat melayu alim terjun sampai kan kubur orang pun nak di puja! Maka JADI lah macam tu kubur orang alim terpaksa di pagar. SO SIAPA YANG SESAT SEBENARNYA?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:58 PM | Show all posts
Changa replied at 31-3-2015 04:10 PM
one thing kakak setuju dengan pemikiran keluarga heshe.

Ekceli tak perlu persetujuan org stand with yisroel zionis laknatullah mcm kau pun....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 12:12 AM | Show all posts
bertabahlah ahli sekeluarga sekalian. bila baca cerita isteri arwah tentang baju kurung punya cerita tu sangat sweet  and comel. sayang dia pada isteri so touching.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 12:13 AM | Show all posts
esok2 mintak teros syafaat kat nik aziz, kot kot timbang kati naik boleh fly straightaway masok sorga allah taala katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajar lagi lah terlalu taksub pada pemimpin..ada karamah bagai...awan mengiringi jenazah..boleh bangun solat walaupun dah kena ubat bius paling kuat.

Nah..nilah hikmahnya yg keluarga dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 12:35 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-4-2015 12:37 AM

Orang BN ada ke yang taksub sangat dengan arwah nik aziz ni? Ke pengikut pas Je yang taksub sangat?
Honestly aku pelik, katanya kuat agama, alim... tapi apasal jadi macam tu sekali? Sampai kubur pun nak kena pagar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 02:47 AM | Show all posts
kuat agama ni boleh membawa pada dua perkara

1. ke jalan yg benar
2. jalan kesesatan, kebatilan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 08:17 AM | Show all posts
sampai macam tu sekali manusia ni ek..ambik tanah kerana berkat.khurafat betul la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.067251 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list