CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2045|Reply: 7

[Dunia] Jalani pembedahan kosmetik untuk mencuri

[Copy link]
Post time 1-4-2015 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Seoul: Seorang lelaki yang dipenjara 10 tahun lalu atas kesalahan mencuri, menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah penampilannya sebelum melakukan rompakan sepanjang sebelas bulan, bermula April lalu.

Menurut polis, lelaki berusia 35 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan ditangkap 23 Mac lalu selepas terbabit dalam 87 rompakan di seluruh Korea Selatan.

Sepanjang tempoh itu, dia merompak barangan dan wang tunai berjumlah lebih RM1.78 juta.

Polis berkata, suspek yang dipenjara kerana mencuri pada 2005 menjalani pembedahan plastik bagi mengubah struktur rahangnya dan prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi.

Lelaki berkenaan mengaku melakukan rompakan itu tetapi berkata, dia menjalani pembedahan kerana tidak sukakan penampilannya sebelum ini,

Korea Selatan mempunyai lebih 4,000 klinik pembedahan plastik dan mencatatkan kadar pembedahan kosmetik paling tinggi di dunia.

Suspek mencipta sendiri peralatan untuk membuka kunci digital bagi membolehkan dia memasuki rumah mangsa. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 08:39 AM | Show all posts
ade gmbar sebelum dan selepas pembedahan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 08:56 AM | Show all posts
KOREA MMG TERKENAL DGN PLASTIC SURGERY KOT
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 09:25 AM | Show all posts
"prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi."
Hah? Memang ada surgery gini.....tapi tak berbaloi langsung kalau
tujuannya nak merompak.
Yg aku tahu, kena pakai tongkat masa dlm tempoh recovery tu...
berita ni....eishh....smelly smelly
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jerambut replied at 1-4-2015 09:25 AM
"prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi."
Hah? Memang ada surgery gini.....tapi tak berbal ...

Surgery untuk tinggikan badan ni xsilap femes kat rusia/kazakstan especially pada wanita2 yang gigih nak jadi model. Tinggi untuk berapa inci je. Gigih sangat & scary
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah tengok movie jepun tak ingat tajuk, pun buat plastic surgery lepas dia bunuh org tp last2 paranoid sensorang pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2015 03:28 PM | Show all posts
isshhh sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 03:30 PM | Show all posts
terer gak mamat ni
boleh buat filem kisah dia mencuri ni
siap buat plastik surgery bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.212473 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list