CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1415|Reply: 0

Harimau Hilang Taring

[Copy link]
Post time 1-4-2015 09:13 AM | Show all posts |Read mode


Minggu lalu adalah minggu yang dinanti nantikan ramai penyokong bolasepak tempatan kerana dua pasukan kebangsaan turun bertanding dalam pertemuan menarik dan penting.

                Pertama, skuad kendalian Dollah Salleh Harimau Malaya Senior ke Muscat bertemu Oman dalam pencarian keputusan positif demi menaikkan ranking Malaysia dari kedudukan 153 ketika ini.

Keduanya, anak anak buah Razip Ismail melayani kunjungan 3 pasukan dalam kumpulan I kelayakan Piala Asia 2016 di Shah Alam dalam pencarian dua tangga teratas untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Namun kedua duanya menghampakan bukan kerana tewas tetapi corak permainan yang dipamerkan seolah olah tiada komitmen 100% dan hilang punca ketika menguasai bola.

Harimau Malaya Senior bertemu Oman dalam perlawanan persahabatan dan mempamerkan aksi longlai di semua bahagian terutamanya barisan pertahanan apabila dibolosi 6 kali dan tewas 6-0. Sekaligus, Dollah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan jangka masa pendek 2-3 hari yang diberikan kepada beliau untuk berlatih dan menyiapkan pasukannya sempena pertemuan tersebut.

Bukanksh ini lumrah mana mana pasukan kebangsaan yang beraksi dalam perlawanan persahabatan. Kesemua pemain beraksi untuk pasukan negeri atau kelab masing masing dan perlu memberi komitmen yang lebih ketika turun padang demi negara. Apapun saya tabik Dollah kerana tidak menyalahkan anak anak buahnya semata mata selepas kekalahan ini sebaliknya memberikan alasan tidak dijangka.

Harimau Malaya Junior pula masih ada harapan walaupun tipis selepas merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Macau dan kini perlu menewaskan Jepun dalam pertemuan terakhir serta mengharapkan Vietnam tersungkur di tangan Macau dalam satu lagi pertemuan untuk peluang melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Segala galanya bermula dengan kekalahan 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan pembukaan sekaligus hampir meranapkan impian jutaan penyokong bolasepak negara. Nyata dan jelas barisan pertahanan punca utama dua gol dibolosi serta merta selepas mendahului 1 gol di babak pertama hasil sepakan percuma Nazirul Naim. Tidak dinafikan pemain terbaik pasukan kebangsaan bawah 22 tahun kita.

Namun Razip Ismail mengatakan barisan serangan juga tumpul. Persoalannya, ada ke peluang peluang menarik dihasilkan di babak kedua untuk menyalahkan barisan serangan semata mata. Isu utama yang saya percaya harus diberi tumpuan adalah 'decision making' pemain pemain ketika berada dalam situasi yang baik untuk menghasilkan peluang. Ini sekadar pendapat peribadi bukan kritikan semata mata.
Ia adalah kritikan membina. Walaubagaimanapun, kita doakan yang terbaik dan harapkan keajaiban menentang Jepun nanti.

sumber:www.stadiumastro.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.422189 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list