CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 0

KJ mahu MSN pujuk Rashid, Rosman

[Copy link]
Post time 1-4-2015 09:20 AM | Show all posts |Read mode


        Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) memujuk jurulatih badminton kebangsaan Rashid Sidek dan Rosman Razak berkhidmat di Akademi Badminton Kebangsaan, Jun depan.


    Tindakan ini lebih menguntungkan kerajaan berbanding melepaskan kedua-dua pegendali itu mengikat kontrak bersama sebuah kelab profesional. Ini kerana kerajaan sudah membelanjakan ratusan ribu ringgit membentuk mereka sebagai pemain dan jurulatih kebangsaan.

Makan membentangkan "blueprint" program pembangunan badminton dalam masa terdekat. Ia membabitkan tempoh 8 tahun dan jika berjaya memujuk Rashid serta Rosman, maka tugas MSN melaksanakan program itu dilihat makin mudah. Nmun, segalanya bergantung kepada hasil perbincangan kedua-dua pihak.

Sebagai pemain, Rashid Sidek pernah diangkat selaku pemain nombor satu dunia pada 1997. Ia ekoran kejayaannya sebelum itu, terutama pingat gangsa Olimpik 1996.

Rashid turut memenangi emas Piala Thomas 1992, 2 emas Sukan Komanwel dan 2 emas Sukan Sea. Rashid memulakan kerjaya sebagai jurulatih bersama BAM pada 2003.

Sementara itu Jurulatih beregu wanita, Rosman Razak tidaklah begitu menonjol sebagai pemain dan mula dilantik sebagai jurulatih pada 2012.
Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen berkata kedua-dua mereka mengambil keputusan itu setelah menerima tawaran yang lebih baik daripada pihak lain.
sumber:www.stadiumastro.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.552250 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list