CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2168|Reply: 0

Negara perlu sumbangan Rashid Sidek

[Copy link]
Post time 1-4-2015 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 1-4-2015 09:53 AM



BEKAS pemain badminton perseorangan negara, Rashid Sidek masih boleh menyumbang kepada pembangunan sukan badminton negara walaupun tidak lagi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan menyertai Majlis Sukan Negara (MSN) atau mengemudi kelab swasta.
       
        Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau pernah menawarkan peluang kepada jurulatih kebangsaan itu untuk berkhidmat di MSN dalam program pembangunan di peringkat remaja dan akar umbi sekiranya Rashid tidak mahu terus  bersama BAM selepas 11 tahun bersama badan itu.
       
        Khairy berkata, beliau meminta Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail untuk berbincang dengan Rashid bagi membolehkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 itu terus berbakti dalam arena itu dengan menyertai MSN.
       
        Katanya Rashid, yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan BAM bersama jurulatih beregu wanita, Rosman Razak bagaimanapun difahamkan menerima tawaran daripada sebuah kelab swasta.
       
        "Jika benar, ia adalah keputusan Rashid. Kena tunggu maklum balas yang diberi kepada Datuk Shapawi dan kalau beliau memutuskan masih mahu bersama kami dalam MSN, maka peluang itu masih ada dan terbuka untuknya," katanya.   
       
        Khairy berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis Anugerah Khidmat Cemerlang kementeriannya di Serdang hari ini, sebagai mengulas keputusan Rashid dan Rosman tidak menyambung kontrak dengan BAM berkuat kuasa hari ini.
       
        Beliau berkata, format pemilihan pemain untuk mewakili negara yang kini tidak terhad hanya kepada pemain di bawah naungan BAM memungkinkan bekas jagoan negara itu terus menyumbang walaupun mengemudi sebuah kelab swasta.
       
        "Sekiranya kelab-kelab swasta ini mendapat jurulatih seperti Rashid maka ia akan menambah keberkesanan kejurulatihan di kelab berkenaan yang secara tidak langsung membantu pembangunan pemain bagi mewakili negara di peringkat antarabangsa," katanya.
       
        Zulfadli Zulkifli dan Mohamad Arif Abdul Latiff adalah antara pemain bebas yang dipilih mewakili negara.
       
        Mengenai dakwaan pelantikan Morten Frost Hansen sebagai Pengarah Teknikal BAM menyumbang kepada tindakan beberapa pemain dan jurulatih meninggalkan BAM, Khairy berkata, setiap perubahan memerlukan masa untuk penyesuaian dan beliau perlu diberi ruang dan sokongan untuk melaksanakan perancangan yang diatur. – Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.062203 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list