CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 0

Harapan Malaysia pada Zulfadli

[Copy link]
Post time 1-4-2015 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 1-4-2015 10:00 AM



        HARAPAN Malaysia kini tertumpu pada pemain bebas, Zulfadli Zulkifli untuk membawa cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Super Siri Premier Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.
       
        Namun, juara remaja dunia 2011 itu terpaksa bekerja keras selama 57 minit sebelum menundukkan lawannya dari Indonesia, Fikri Ihsandi Hadmadi 23-21 dan 21-14 pada pusingan kedua peringkat kelayakan hari ini.
       
        Zulfadli, 21, bakal berdepan lawannya dari China, Tian Houwey dalam undian utama kejohanan berkenaan, esok.
       
        Pemain yang berada di ranking ke-48 dunia itu, bagaimanapun tidak meletakkan sasaran tinggi menentang Tian Houwey yang menduduki ranking ke-16 dunia pada kejohanan tersebut yang berlangsung dari 31 Mac hingga 5 April.
       
        "Kali terakhir bertemu Tian pada 2009 di Kejohanan Remaja Dunia. Saya tahu prestasinya semakin meningkat sebab dia berlatih bersama Lin Dan dan Cheng Long. Tetapi saya yakin dapat memberi tentangan kepada beliau.
       
        "Saya harap penyokong Malaysia mendoakan saya dan beri sokongan padu kepada pasukan negara termasuk saya esok," katanya.
       
        Seorang lagi pemain perseorangan lelaki bebas, Mohamad Arif Abdul Latif gagal mengikut langkah Zulfadli apabila terkandas pada pusingan kedua peringkat kelayakan.
       
        Mohamad Arif tewas kepada Dionysius Hayom Rumbaka dari Indonesia 21-18 dan 21-15, yang sebelum itu mengalahkan pemain kebangsaan Liew Daren 21-19, 18-21 dan 21-16 pada pusingan pertama peringkat kelayakan.
       
        Turut menceriakan kem negara ialah pasangan beregu campuran, Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan yang mara ke undian utama selepas menewaskan pasangan dari Thailand, Trawut Potieng/Jongkonphan Kittiharakul.
       
        Gandingan negara itu hanya memerlukan 19 minit untuk menang mudah 21-7, 21-11 dan akan berdepan pasangan China, Xu Chen/Ma Jin dalam saingan undian utama.
       
        Berbeza pula di kem wanita apabila ketiga-tiga pemain perseorangan terkandas pada pusingan kedua manakala satu-satunya pasangan beregu lelaki turut menghadapi nasib yang sama.
        Lim Yin Fun tewas kepada pemain Korea Selatan Kim Hyo Min 21-7, 21-13, diikuti Tee Jing Yi kalah kepada pemain Taiwan Hung Shih Han 17-21, 21-14 dan 21-17 manakala Lyddia Cheah Yi Yu pula tumpas kepada pemain China Yau Xue 21-17, 7-21 dan 21-10.
       
        Beregu lelaki Ng Di Hua/Woon Mun Choon pula disingkirkan pasangan dari Taiwan Liao Min Chun/Tseng Min Hao 21-15, 19-21 dan 21-19. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051785 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list