CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1586|Reply: 0

iPad Dan iPod Kini Boleh Melakukan Panggilan Telefon Secara Percuma

[Copy link]
Post time 2-4-2015 08:19 AM | Show all posts |Read mode


Apple hari ini mengumumkan kemas kini IOS 8.4.1 yang secara automatik memberikan kemampuan melakukan panggilan telefon kepada kesemua iPad dan iPod mereka. Pengumuman ini pastinya disambut baik oleh pemilik dua peranti keluaran Apple ini. Menurut laman rasmi Apple , iPad 2 dan iPod Touch ke atas secara automatik akan mempunyai kemampuan panggilan telefon selepas kemas kini ini. Paling menarik anda tidak memerlukan kad SIM untuk melakukan panggilan telefon dan menggunakan perkhidmatan data. Anda hanya perlu mempunyai AppleID yang sah dan bayaran perkhidmatan telekomunikasi akan ditanggung sendiri oleh Apple secara percuma. Tim Cook dipetik berkata;

“Apple mencatatkan keuntungan yang tinggi tahun lalu. Keuntungan kami melangkaui GDP majoriti negara di dunia. Keuntungan ini tidak boleh dibawa ke liang lahad jadi Apple akan menanggung  bayaran penggunaan khidmat telco untuk iPad dan iPod kesemua pemilik tanpa sebarang syarat. Ini juga adalah CSR kepada pengguna produk Apple  yang menjadikan kami jenama nombor satu dunia “

Untuk mendapatkan kemas kini IOS 8.4.1 anda harus memuat turunnya bermula hari ini. Kemas kini ini hanya boleh dilakukan hari ini sahaja dan akan dihentikan pada tepat jam 12 tengah malam 2 April 2015.  Ianya juga hanya boleh dimuat turun pada peranti iPad dan iPod. Kami sempat menemuramah seorang pembaca Amanz mendapatkan reaksi mereka. Seorang pengguna yang ingin dikenali sebagai Encik MB berkata;
“Tidak sia-sia saya menyokong produk Apple selama ini. Membayar harga premium kini mendapat perkhidmatan telekomunikasi percuma”

kredit:www.amanz.my




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.392530 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list