CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1548|Reply: 0

Pahang serap kos GST untuk tiket bola sepak

[Copy link]
Post time 2-4-2015 08:28 AM | Show all posts |Read mode


Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memutuskan untuk tidak menaikkan harga tiket perlawanan meskipun ia dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).
               
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah berkata CBP sebanyak enam peratus bagi tiket perlawanan di Stadium Darul Makmur di Kuantan akan ditanggung oleh persatuan sebagai subsidi.

Beliau berkata Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengambil pendekatan tersebut bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat bola sepak di negeri ini yang sentiasa menyokong pasukan kesayangan mereka.

"Ini merupakan salah satu cara Presiden PBNP mengucapkan rasa terima kasih kepada penyokong Pahang yang tidak jemu menyokong skuad Tok Gajah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Harga tiket bagi perlawanan Liga Malaysia di Stadium Darul Makmur bagi kawasan terbuka ialah RM12, berteres RM15 dan grandstand RM25.

Raja Mustafa Shah berkata  langkah yang diambil PBNP mungkin berlainan dengan persatuan bola sepak lain di negara ini berdasarkan situasi kewangan  masing-masing.

"Saya dimaklumkan ada persatuan yang menaikkan harga tiket perlawanan dan ada yang mengekalkannya, namun saya percaya setiap pihak mempunyai pendirian tersendiri berkaitan hal ini," katanya.

Kata beliau, menjelang perlawanan Pahang menentang Lions XII, Sabtu ini, bagi saingan Liga Super pula, orang ramai boleh membeli tiket seperti biasa seawal pukul 10 pagi hari yang sama di kaunter Stadium Darul Makmur.

Dalam perkara berkaitan, beliau berkata PBNP turut berterima kasih kepada penyokong tegar skuad Tok Gajah yang lebih dikenali sebagai 'Elephant Army' kerana dilihat semakin berdisiplin ketika menonton perlawanan di stadium.

"Elephant Army tidak lagi melakukan pembakaran suar dan menjaga kelakuan ketika perlawanan melibatkan Pahang.

"Kami amat gembira dengan perkembangan positif ini dan berharap mereka akan terus memberi sokongan padu apabila skuad Pahang beraksi," katanya.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.127392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list